Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 8 Januari 2016

Kek Pandan Gula Melaka yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Dah hampir 3 minggu sebenarnya saya buat kek pandan gula melaka ni. Exactly, this idea to make this cake came from instagram. Saya ada follow beberapa IG orang pandai masak-masak dan kek dan lately, I saw so many people request this Bakingbachelor to make Pandan Gula Melaka cake & Victoria Sandwich cake. Dek kerana kita kena usaha satu persatu, so, kek pertama yang saya nak cuba adalah kek ni.

Bila dah siap dan dah potong kek ni, saya rasa sedap. Aroma daun pandan yang fresh dan sedikit rasa gula melaka pada icingnya membuatkan mulut meleret tersenyum. Alhamdulillah, dapat juga rasa kek yang ramai orang cuba belajar & beli ni. Akak nak beli, memang tak mampu sangatlah. So, the easiest way is learn how to bake it. Bukan sahaja kita jimat tetapi boleh makan berulang-ulang kali dan dikongsikan dengan keluarga tersayang.

Jom saya kongsikan cara membuat kek ni. Walaupun ramai yang buat cupcake, tapi saya lebih suka kek sebab.... tuang terus adunan dalam loyang dan tada.... dah masa... hehehehe... nampak tak saya adakala seorang yang 'rajin'... ngeeeee...

Resipi ni saya ambil nak godek-godek sikit dari blog Azlita Masam Manis, Fuzzymazing dan beberapa lagi blog masakan. Resipinya lebih kurang sama cuma mereka buat cupcake dan saya terus nak buat kek.

Bahan-bahan:
300 gm tepung kek
3/4 sudu teh baking powder atau double acting (mana-mana yang ada dalam simpanan ya)
185 gm unsalted butter (tang ni saya guna buttercup biasa aje)
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu teh esen vanilla
100 gm gula halus atau gula caster
3 biji telur saiz A (suhu bilik tau sebab kalau telur baru keluar peti ais, bila dipukul, tak kembang cantik atau dalam kuantiti sepatutnya)
112 gm santan KARA + 38 gm air
3 sudu besar jus pandan (gunakan 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya. Air tu dalam 1/2 cawan aje untuk blander sebab nak guna pun sikit aje)
sedikit pewarna hijau (tang warna hijau ni, kalau rasa hijaunya tak menyerlah masa pukul adunan, ekau tambahlah lagi ikut rasa hati dan mata memandangnya :) )

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180C, 15 minit sebelum adunan kek dimasukkan.
2. Sediakan loyang pembakar dan sapukan mentega keliling loyang serta lapikkan dengan kertas tracing.
3. Dalam 1 bekas, satukan tepung dan baking powder kemudian ayak.
4. Dalam bekas lain, campurkan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata. Ketepikan
5. Dalam bekas mixer, satukan butter, esen vanila, garam dan pukul sebentar. Dalam 2-3 minit pada kelajuan sederhana.
6. Masukkan gula halus dan pukul adunan sehingga agar kembang atau tak berapa rasa tekstur gula tu bila rasa dengan jari.
7. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sekata.
8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan (mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung) pukul atau kaup balik hingga adunan sebati especially bahagian bawah sekali ya.
9. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek masak (guna lidi satay tu untuk cucuk di bahagian tengah kek)
10. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan kek dalam loyang dalam 20 minit. Setelah agak sejuk, baru letakkannya di atas relai. 


Penyediaan Krim Gula Melaka.

Karamel Gula Melaka
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter
1 sudu besar karamel gula Melaka (adunan gula Melaka yang di masak tadi)

1. Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
2. Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat. (Ini saya ambil info dari web Azlita Masam Manis)
3. Kemudian tuangkan karamel gula Melaka tadi, gaul rata biarkan ia pekat sebentar.
4. Sementara anda lihat gula sudah mendidih dan terbentuk kaki itik tadi, baru pukul telur dan kuning telur dalam mixer hingga kembang. Bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
5. Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali (ingat!! bukan mesin pemutar ya,)
6. Bila dah betul- betul sejuk, lebih kurang 11/2 gitu, keluarkan
7. Putar semula dan masukkan esen vanilla dan butter sedikit demi sedikit sambil putar hingga kembang dan halus.
8. Kemudian sapukan krim yang sudah siap ke atas dan keliling kek. Setelah selesai, masukkan kek ke dalam peti sejuk dalam 1/2 jam dan kemudiannya dah boleh potong... :)

Anda cubalah ya. Bila kek dah siap, hati anda akan rasa happy dengan sendirinya... itu belum tengok ahli keluarga makan dengan sedapnya... :)

Happy cooking

3 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...