Lama betul rasanya tak update. Sedikit busy hidupku ini... But, still need to write something agar tak terlupa terus. Iya dah? ;)
Kali ni saya nak kongsikan 1 naskhah buku tulisan Azzam Supardi yang bertajuk 'Breakfast Blues'. Exactly a few books tulisan penulis ni saya ada nampak dalam FBnya. Dan entah bagaimana (sudah ketentuan Ilahi sebenarnya), saya ter'jumpa' buku ini ada rupanya terjual kat Pesta Buku Bookerville MPH last week. Apa lagi, I'm super duper excited. Pantas capai naskhahnya dan unjuk pada encik hubby. "Ayang, dah jumpa. Best." Hubby saya sengih ajelah sebab dia tahu ada artikel kontot encik Azzam ni mampu buat dia ketawa.
3 buku yang saya beli masa pesta buku Bookerville. Tak banyak dapat dicapai sebab nak kena berjimat gak ni beb. Nak GST le katakan. Banyak benda yang dah naik... rasa nak meroyan aje kalau cerita bab GST ni...
Kita sambung bab buku ni (abaikan aje bab GST tu, sebab saya rasa ramai orang dah mengadu pada Allah, so, mereka pandailah beri reason kukuh pada si Pencipta Manusia itu). Bila saya balik Ampang dan tunjukkan pada my sis yang dah baca buku Pilo Toq juga, dia pun senyum. Dan sudahnya, dia jadi pembaca pertama buku ni sebab encik suaminya nak kena check darah coz demam dah dekat seminggu (takut kena denggi). Dek kerana takut lama kat hospital tu, buku sayalah mangsa penemannya. Confirm dia ketawa sorang-sorang kat kerusi menunggu di hospital...
Akhirnya... dapat juga saya baca buku ni petangnya. Sudahnya saya mula tersengih sorang-sorang. Buku ini seolah-olah menjadi ubat penenang sekejap pada saya untuk tersenyum di kala stress (sometimes its quit hard to smile if you need to face problems).
Barangkali ada orang di luar sana yang merasakan buku ini bukannya bahan menarik sangat untuk dibaca but for me, its like a smile medicine to every person. Give you positive energy to feel happy. Dan... at the end of the book, ada terselit kisah-kisah sedikit serius yang membuatkan saya mengiakan terutama sekali bab "Mengalah bukan kalah". Ia sebenarnya ujian buat kita sama ada kita mampu bersabar atau masih mahu menegakkan sesuatu yang adakalanya tak perlu ambil serius sangat. Penyelesaiannya adalah mudah. Just be patient. InsyaAllah, ada ganjaran untuk kita, dari sudut apa, hanya Allah yang tahu. So, buatlah baik selagi mana anda rasa anda mampu melakukannya...
Untuk anda yang inginkan bacaan santai yang menghiburkan, buku ini amat saya sarankan. Untuk buku ini, saya, personally, berikan 4 bintang untuknya. :)
Ini saya kongsikan ubat senyum untuk anda... (bagi saya, ia ubat senyum)
Happy reading & have a happy life everyone...
Breakfast blues?? Macam menarik. Saya tengah layan Diagnosis. Also a good book to read. Bila baca mesti terfikir dan lepas tu mesti tersenyum sendiri.
BalasPadamJom blogwalking blog biasa saya http://ainisharendcare.blogspot.com