New version 2017
Old version 2015 (mula-mula masak dulu)
Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Hei hei hei... kali ni saya kongsikan resipi yang dah bertahun nak buat tapi masa mula-mula belajar masak sendiri dulu, memang tak jadi sebab saya confius dengan corn meal dan corn flour. Budak baru belajarlah katakan...
Alhamdulillah, after a few years belajar, mencuba dan menilik blog serta youtube masakan, akhirnya tahulah saya kelemahan saya masa buat corn dog dulu. Gigih sungguh saya mencari corn meal kat Malaysia ni. Semua pasaraya dan kedai jual bahan bakeri saya cari, tak jumpa-jumpa juga. Udahnya, ada sahabat saya yang duduk di Australia balik ke Malaysia kejap. Apalagi, saya minta tolong dia belikan saya corn meal dan juga tepung 'OO' yang confirm memang takde kat Malaysia jugak (saya dah cari di kedai bakeri dan pasaraya, pun takde juga). Alhamdulillah, saya dapat juga kedua-dua barang tu last year. Nasiblah expired date dia lama itu yang lambat sikit baru cuba.
Dan baru-baru ini, tengah saya merayap dengan hubby kat Jaya Grocer Bangi, saya dah jumpa kedua-dua barang yang saya cari last year. Excited giler. Terus saya tunjukkan pada encik hubby dan kongsikan dengan cousins saya yang sama-sama dok sibuk cari tepung double O tu.
Harga tepung double O ini memang sedikit mahal berbanding tepung roti atau gandum biasa tapi, tepung ini amat berkualiti kerana kebanyakan bakeri di Australia atau negara Eropah, tepung ini digunakan untuk menghasilkan roti yang bermutu seperti ciabata, focacia dan lain-lain.
Untuk yang cari corn meal untuk buat corn dog, cari aje yang namanya Polenta yang di pakej ingredientnya corn meal. Macam dalam gambar ni (nampak seketul 4 segi sebab pakej tu dan betul2 vakum isinya bagi padat).
Jom cuba buat corn dog ni. InsyaAllah ahli keluarga anda sukakannya.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum (tinggalkan sedikit untuk salut hotdog sebelum celup)
3/4 cup cornmeal
1/2 cup gula kastor
2 tsp garam
1 tsp baking soda
1-1/2 cawan susu
2 telur
1 pek hotdog
Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, Campurkan tepung, cornmeal, gula, garam dan baking soda. Gaulkan untuk mesrakan ia.2. Kemudian masukkan susu dan telur. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul.
3. Potong sebatang hotdog menjadi separuh. Salut hotdog dengan tepung agar mudah dicelup nanti. Cucuk hotdog dengan lidi atau pencungkil gigi.
4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Celup hotdog tadi ke dalam adunan tepung yang dimasukkan ke dalam gelas yang sederhana tinggi. Ia bagi memudahkan anda agar tidak menggoleknya di dalam mangkuk. Goreng sehingga warnanya keemasan.
5. Setelah masak, letakkan ia diatas tisu dapur atau wire rack. Lepas tu, dah sejuk, apa lagi, kita ngap ngap lah :)Happy cooking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan