Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 19 April 2014

Charity Shoppe Islamic Relief yang menarik

Assalammualaikum...

Sebenarnya saya dan hubby pada asalnya ingat nak berjalan di Alamanda untuk beli seluar jeans kami berdua. Dah agak uzur le katakan, sebelum koyak teruk, perlu dibeli awal-awal. Hehehe...

Dan entah macam mana, masa kami di rumah, kami terlihat sebuah rancangan Jepun Before and After yang disiarkan di channel 728. Sebuah rumah lama yang didiami oleh seorang makcik dengan seorang anak perempuan dan menantunya. Rumah Jepunkan kecil-kecil dan ini membuatkan ruang nampak sempit dengan banyak barang tidak tahu hendak letak di mana. Maka, rancangan tersebut telah membantu renovate rumah makcik tersebut. Seorang tukang kayu yang amat mahir telah mengubah rumah makcik tersebut dengan sungguh cantik dan kemas sekali sehinggakan makcik tersebut menangis.

Keprihatinan tukang kayu tersebut (dan mungkin juga para pekerjanya) telah membuat saya dan hubby terdetik untuk membantu juga seperti lelaki tersebut. Membantu dengan apa yang kita ada dan mahir. Itu yang kami terus teringat yang hubby memang ada sebut hendak menderma di Islamic Relief (bila 2 bulan lepas kami ke sana sebab ada hal sedikit di hospital An-Nur). Dek kerana memang hari ni kami nak keluar, kami rancang nak ke sana dahulu barulah cari seluar jeans.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan baik encik hubby hari ini. Bila masuk aje ke Charity Shoppe Islamic Relief kami agak surprise bila lihat keadaan dalamnya. Eh, banyaknya barang? Untuk dijual atau barang yang orang derma? Saya memang ada sedikit info tentang Charity Shoppe ini tapi once dah masuk dalam, cam kagum jap. Udahnya, hubby le yang bercakap dengan staf di situ. Saya dengar-dengar kejap dan dah dapat info sikit terus lepas tu merayap tengok barang dalam tu.

Anda boleh shopping barang terpakai di situ dengan harga yang amat murah yang didermakan oleh penderma dari pelbagai golongan dan bangsa. Apa yang dimaksudkan dengan pelbagai golongan dan bangsa? Konsep Charity Shoppe ini adalah menjual barangan terpakai dengan harga rendah dari harga semasa dan berpatutan untuk tujuan kebajikan. Kesemua barangan yang dijual di sini adalah sumbangan sepenuhnya dari orang ramai tidak mengira bangsa dan agama. Ini kerana ia sejajar denganhala tuju Islamic Relief (IR) dan IRM yang mahu mewujudkan dunia yang prihatin di mana insan akan membantu insan yang lain tanpa prejudis (yang ni saya ambil di FB Charity Shoppe ya. Kang salah info pulak).

Meh saya kongsikan antara barang yang ada di kedai ini yang boleh anda dapatkan dengan harga murah.







Antara barangan yang boleh anda sumbangkan di sini adalah seperti pakaian, pelbagai jenis beg, peralatan dapur, peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, buku dan majalah, malahan aksesori wanita dan lelaki.
Lain-lain tarikan Charity Shoppe adalah kafe makanan ringan sebagai kemudahan untuk pengunjung yang ingin beli-belah secara santai dan sudut membaca yang disediakan untuk anak-anak kecil yang ingin menikmati bahan bacaan ringan di sini.

Ini alamatnya jika ada antara anda yang ingin menderma duit ataupun barangan ataupun berminat untuk menjadi sukarelawan.

Charity Shoppe
Islamic Relief Center
A-05-G, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Seksyen 9,
Pusat bandar,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu beroperasi:
Selasa - Sabtu: 11:00am - 7:00pm
Ahad - Isnin & Cuti Umum: TUTUP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...