Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 28 Jun 2013

Berubat dengan susu unta dan air kencing unta

Assalammualaikum semua...

Air kencing unta? Mesti anda yang baca ni rasa pelik sedikit. Ialah, selalunya kita dinyatakan tentang kebaikan pelbagai jenis susu termasuk susu unta tetapi ini air kencing. Well, saya pun masa 1st time baca senarai tajuk dalam kandungan buku 101 Hadis Pengubatan Rasulullah s.a.w tadi pun macam pelik. Terus selak muka surat tu dan kongsi infonya dengan hubby.

Jika anda mengerjakan umrah atau haji dan dibawa melawat ke ladang unta, pasti anda akan disajikan dengan susu unta dan air kencing unta ini. Boleh beli dan bawa balik ke Malaysia lagi kerana harganya agak murah. Hanya RM5 sebotol. 

"Daripada Anas r.a. menceritakan: Terdapat beberapa orang datang ke Madinah dan mengalami sakit kerana cuaca di Madinah dan mengalami sakit kerana cuaca di Madinah (yang tidak sesuai dengan tubuh mereka). Nabi s.a.w. lalu menyuruh mereka supaya tinggal bersama pengembala unta milik baginda dan meminum susu & juga air kencing unta-unta Baginda. Mereka pun tinggal dengannya dan meminum susu dan air kencing unta hingga tubuh badan mereka kembali pulih/sihat. Namun, mereka telah membunuh pengembala itu dan merampas unta-unta. Telah sampai berita tersebut kepada Baginda s.a.w lalu Baginda menghantar sekumpulan sahabat menjejaki mereka dan (apabila mereka dijumpai) dibawa mereka bertemu Baginda. Baginda menghukum mereka dengan dipotong tangan dan kaki mereka serta dibutakan mata mereka."
(Riwayat Al-Bukhari, Kitab ath-Thib: no. 5686)

Terdapat hadis daripada Ibnu Abbas r.a menceritakan tentang manfaat air kencing unta dalam perubatan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Hendaklah kamu berubat dengan air kencing unta kerana ia bermanfaat untuk penyakit zaribah (perut yang tidak dapat menghadamkan makanan)."
(Riwayat Ibnu Munzir daripada Ibnu Abbas r.a. Kitab Fath al-Bari)

Khasiat & Nutrisi Susu Unta Mengikut Kajian Pemakanan.

  • Nisbah laktosa (gula yang terdapat dalam susu unta) adalah yang paling tinggi berbanding susu-susu yang lain, iaitu sebanyak 5.78%. Oleh sebab itu, susu unta lebih manis. Laktosa ini dicerna oleh enzim laktosa dalam badan untuk menjadi glukosa & galaktosa (gula ringkas yang terdapat dalam laktosa) untuk menghasilkan tenaga kepada tubuh.
  • Susu unta mengandungi kandungan lemak yang paling rendah iaitu 2.9% berbanding 7.6% dalam susu kerbau, 5.5% dalam susu biri-biri, 4.5% dalam susu lembu dan 3.8% dalam susu kambing biasa. oleh itu, risiko peningkatan kolesterol dengan meminum susu unta lebih rendah daripada susu-susu yang lain.
  • Nisbah air dalam susu unta ialah 8.9%. Nisbah ini adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan susu-susu yang lain. Nisbah ini sesuai dengan keperluan penduduk yang menjadi pengguna terbanyak bagi susu unta di padang pasir yang panas. Meminum susu unta akan menghilangkan dahaga mereka hampir seperti meminum air.
  • Susu unta kaya dengan vitamin H iaitu 3 kali ganda daripada susu-susu lain.
  • Kandungan protein dalam susu unta adalah sekitar 2.5% hingga 4.5% iaitu lebih rendah daripada nisbah protein yang ada dalam susu lembu dan kambing. Oleh itu, susu unta paling sesuai diberikan kepada pesakit dalam tempoh pemulihan atau rawatan.
  • Susu unta mengandungi bahan-bahan yang dapat mengatasi racun atau toksin dan bakteria serta bahan-bahan yang dapat meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit. Oleh itu, susu unta amat sesuai diberikan kepada penghidap penyakit asma, diabetis, tuberculosis (batuk kering), radang hati (hepatitis), sirosis (penyakit hati), luka atau ulser sistem penghadaman (digestive) dan kanser.
  • Susu unta mempunyai garam-garam mineral seperti kalsium, magnesium potassium dan sodium yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan kambing. Susu unta juga kaya dengan zat besi, tembaga, magnesium dan zink. Kelebihan ini menambah khasiat pengubatan yang ada pada susu unta khususnya bagi orang yang menghidapi masalah tekanan darah rendah dan lemah sistem badan, begitu juga kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia. 
Air Kencing Unta Bersifat Alkali
Berbeza dengan air kencing manusia yang bersifat asid. Air kencing unta mengandungi jumlah potassium yang banyak dan sedikit sodium. Apabila dibandingkan antara air kencing unta dengan air kencing lembu, kambing dan manusia, didapati bahawa kandungan magnesium dalam air kencing unta lebih tinggi. Kandungan urea dan protein albumen sangat tinggi jika dibandingkan dengan air kencing manusia sementara kandungan asid uriknya adalah lebih rendah.

Kandungan itulah yang membolehkannya memainkan peranan membaiki keseimbangan elektrolit pada badan pesakit-pesakit ascites (asites) kerana penyakit ascetis terhasil disebabkan oleh berlakunya kekurangan albumen dan potassium sementara air kencing unta kaya dengan kedua-dua bahan tersebut. Faktor itu juga memberi kepada kelawasan pembuangan air kencing bagi orang yang meminum air kencing unta serta dapat meningkatkan proses pengosongan usus yang menjadikan penghidap ascites berasa lebih selesa dan lebih bersemangat. 

Untuk pelbagai lagi info amalan sunah Rasulullah s.a.w dan kajian sains, boleh aje dapatkan buku di bawah ini. Nak dapat dengan harga diskaun, boleh aje ke blog Belidiskaun atau Bukuislamikdiskaun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...