Buku ini saya beri 4 bintang setengah.
Dah lama juga saya tak membaca buku inggeris sehingga habis. Jika ada pun, hanya suku atau separuh buku. Bukannya apa, orang kata don't judge a book by it's cover tapi adakala tak boleh pakai ayat tu. Nampak menarik sikit cover buku inggeris kat kedai buku Popular atau MPH atau Kinokuniya tu, mulalah tangan ni gatal capai dan baca sinopsisnya. Rasa menarik & ada duit lebih sikit dalam dompet tu, mulalah bawak ke cashier. :) Sudahnya, hanya a few books sahaja yg khatam. Yang lain tu, rasanya tak tau bila nak habis. Cantik aje letak dalam almari. Beli ajelah dulukan... kot le tetiba ada anak-anak sedara teringin nak baca english books, boleh aje bukak lemari tu.
Untuk buku Dan Brown ni, saya beri 4 setengah bintang. 1st time saya baca buku Dan Brown masa dok Labuan. Boring aje masa nak tunggu viva atau baca jurnal, saya tanya member2. Ada tak novel menarik boleh pinjam. Dan, sorang member saya ni berikanlah buku Dan Brown yg meletup2 ceritanya tu, The Da Vinci Code (tapi masa ni belum keluar lagi filemnya so, mana2 yang cerita pasal Kristian tu, saya tanyalah member saya yg 'dah kembali pada agama fitrah').
Dan masa merayap ke kedai buku sebelum bercuti baru ni, saya nampak buku Dan Brown ni tengah discount 25% untuk members. Waaaa... menarik tertarik tu sebab buku inggeris kan mahal kalau masuk dalam Malaysia ni. Belek punya belek buku2 Dan Brown dan buku lain, akhirnya Deception Point menjadi rezeki hari tu.
Buku ni saya suka sebab watak dia bukan Robert Langdon (asyik abang Robert Langdon aje, bosan juga kan). Hero dalam cerita ini adalah seorang wanita, Rachel Sexton. Anak seorang Senator di Amerika. Dia punya segalanya (beauty with brain) cuma, ayah dia yang Senator tu memang dah suka kuasa dan abaikan keluarga. Even, when her mother died, boleh lagi ayah dia ni buat drama swasta plus, mengabiskan harta arwah bini dia pulak. Memang geramlah.
Then, satu hari tu, dia dapat arahan US President untuk berjumpa face to face. Wahhhh... apa lagi, makcik ni pun mintak le pendapat bos dia, William Pickering. Bos dia kata, just follow aje permintaan President tu, if anything, nanti dia back-up. Dan, akhirnya dia menjadi saksi yang satu tahi bintang yang dijumpai kat kawasan Artik mengandungi 'fosil hidupan lain' di dalamnya. Erti kata lain, ada hidupan lain di luar sana selain manusia (Alahai omputih ni, dalam Islam dah lama tahu tentang ni. Allah dah informkan kita dalam Al-Quran dalam banyak surah cuma, bukan kita yang layak untuk bertemu mereka kerana Allah dah bina hijab antara mereka dan kita).
Dan, bermula dari situlah, sedikit demi sedikit konspirasi dalam kalangan orang2 berkuasa dalam kabinet dan badan2 tertentu di Amerika terbongkar. Dalam kepala saya time askar upahan ni bunuh orang dok terfikir, 'depa ni memang dilahirkan takde perasaan ke masa bunuh orang tak bersalah? Nyawa tu takde nilai ke?Cuba kalau family dia kena bunuh, apa ke perasaannya? Bengap sangat kot sampai dah tak boleh nak tolak permintaan yang tak masuk dek akal tu.
Untuk lebih rasa teruja, boleh le baca novel yang lain daripada cinta ni. Totally different. It's make your adrenaline pumps up. :)
Buku ini saya beri 4 bintang
Habis aje baca Deception Point, saya baca pula buku pertama Melur Jelita ni (dah standby dah 2 buku untuk percutian kali ni). Buku ni, masa beberapa bulan lepas terbit, ada rakan2 pembaca dan rakan2 saya yang baca. Ada yang beri komen positif dan ada juga yang negatif. Sudahnya, akibat komen2 mereka dan tuntutan kerja, baru sekarang le dapat bacanya (tebal tau buku ni. Kalau sehari memang tak cukup masa weh!)
Ia tentang cerita seorang lelaki cina yang sudah kembali ke 'agama fitrah' mencintai seorang gadis. Benda tu memang nampak biasa tapi ianya dibuat sedikit luar biasa bila mana si Hilman Yong ni, simpan perasaan dia sehingga 11 tahun mencintai gadis yang tidak tahu akan kewujudannya. When the times come, akhirnya mereka jumpa juga cuma si Hilman ni dah tersalah anggap. Ingatkan si Intan ni nak beli cincin perkahwinannya, tapi rupanya untuk bakal isteri abang tersayang. Frust le sekejap pakcik ni. Dan masa wedding tersebut, akhirnya dia tahu kenyataannya. Apa lagi, senyum lebar le hatinyakan.
So, bila ajak kahwin cepat, si Intan ni tak nak le pulak. Biasalah, perempuan atau lelaki sekarang ni memang suka dok seronok berkawan dan ambil masa beberapa tahun or bulan untuk kenal hati masing2. Tapi, jika di lihat pada tuntutan agama, salah tu wehhhh... Dan si Intan ni pulak, jenis tak sabar, pantang kena cabar sikit dah mula sebut bukan2 tanpa berfikir pastu menyesal tak sudah. Haishhhh... nak aje aku cepuk2 cik kak ni. Nasib le karektor lelaki yang si Melur Jelita ni bina, jenis tahan sabar walaupun cemburu tetap ada. Dan akhirnya, masa hari pernikahan hampir tiba, satu insiden dah berlaku. Insiden tersebut telah membuatkan s Intan ni belajar le barsabar sedikit demi sedikit dan bertenang.
Walaupun ceritanya panjang dan saya admit memang ada yang saya skip2 bacaannya (ada part tertentu tu macam slow lah pulak), tapi perkongsian ilmu, pendapat dan cerita di dalamnya amat menarik. Dalam banyak2 tu, satu yang buat saya tefikir. Dalam membari hantaran perkahwinan, kenapa perlu kita letakkan kasut di atas dulang hantaran sama tarafnya dengan al-quran yang turut ada di dulang hantaran yang lain. Jika diikutkan, al-quran memang tiada terbanding nilainya dengan segala benda yang ada di dunia. Ia kalam Allah. Kata-kata Allah kepada Rasulullah s.a.w kepada umat manusia. Bila memikirkan tentang ini, ya, saya akan cuba nasihatkan family saya untuk tidak meletakkan kasut sebagai hantaran. Cubalah kita letak barang-barang yang Allah & Rasulnya suka seperti al-quran, terjemahannya, wangian, manisan, pakaian yang menutup aurat atau telekung dan pelbagai lagi. Itu lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan