Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Berubat dengan susu unta dan air kencing unta

Assalammualaikum semua...

Air kencing unta? Mesti anda yang baca ni rasa pelik sedikit. Ialah, selalunya kita dinyatakan tentang kebaikan pelbagai jenis susu termasuk susu unta tetapi ini air kencing. Well, saya pun masa 1st time baca senarai tajuk dalam kandungan buku 101 Hadis Pengubatan Rasulullah s.a.w tadi pun macam pelik. Terus selak muka surat tu dan kongsi infonya dengan hubby.

Jika anda mengerjakan umrah atau haji dan dibawa melawat ke ladang unta, pasti anda akan disajikan dengan susu unta dan air kencing unta ini. Boleh beli dan bawa balik ke Malaysia lagi kerana harganya agak murah. Hanya RM5 sebotol. 

"Daripada Anas r.a. menceritakan: Terdapat beberapa orang datang ke Madinah dan mengalami sakit kerana cuaca di Madinah dan mengalami sakit kerana cuaca di Madinah (yang tidak sesuai dengan tubuh mereka). Nabi s.a.w. lalu menyuruh mereka supaya tinggal bersama pengembala unta milik baginda dan meminum susu & juga air kencing unta-unta Baginda. Mereka pun tinggal dengannya dan meminum susu dan air kencing unta hingga tubuh badan mereka kembali pulih/sihat. Namun, mereka telah membunuh pengembala itu dan merampas unta-unta. Telah sampai berita tersebut kepada Baginda s.a.w lalu Baginda menghantar sekumpulan sahabat menjejaki mereka dan (apabila mereka dijumpai) dibawa mereka bertemu Baginda. Baginda menghukum mereka dengan dipotong tangan dan kaki mereka serta dibutakan mata mereka."
(Riwayat Al-Bukhari, Kitab ath-Thib: no. 5686)

Terdapat hadis daripada Ibnu Abbas r.a menceritakan tentang manfaat air kencing unta dalam perubatan, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Hendaklah kamu berubat dengan air kencing unta kerana ia bermanfaat untuk penyakit zaribah (perut yang tidak dapat menghadamkan makanan)."
(Riwayat Ibnu Munzir daripada Ibnu Abbas r.a. Kitab Fath al-Bari)

Khasiat & Nutrisi Susu Unta Mengikut Kajian Pemakanan.

  • Nisbah laktosa (gula yang terdapat dalam susu unta) adalah yang paling tinggi berbanding susu-susu yang lain, iaitu sebanyak 5.78%. Oleh sebab itu, susu unta lebih manis. Laktosa ini dicerna oleh enzim laktosa dalam badan untuk menjadi glukosa & galaktosa (gula ringkas yang terdapat dalam laktosa) untuk menghasilkan tenaga kepada tubuh.
  • Susu unta mengandungi kandungan lemak yang paling rendah iaitu 2.9% berbanding 7.6% dalam susu kerbau, 5.5% dalam susu biri-biri, 4.5% dalam susu lembu dan 3.8% dalam susu kambing biasa. oleh itu, risiko peningkatan kolesterol dengan meminum susu unta lebih rendah daripada susu-susu yang lain.
  • Nisbah air dalam susu unta ialah 8.9%. Nisbah ini adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan susu-susu yang lain. Nisbah ini sesuai dengan keperluan penduduk yang menjadi pengguna terbanyak bagi susu unta di padang pasir yang panas. Meminum susu unta akan menghilangkan dahaga mereka hampir seperti meminum air.
  • Susu unta kaya dengan vitamin H iaitu 3 kali ganda daripada susu-susu lain.
  • Kandungan protein dalam susu unta adalah sekitar 2.5% hingga 4.5% iaitu lebih rendah daripada nisbah protein yang ada dalam susu lembu dan kambing. Oleh itu, susu unta paling sesuai diberikan kepada pesakit dalam tempoh pemulihan atau rawatan.
  • Susu unta mengandungi bahan-bahan yang dapat mengatasi racun atau toksin dan bakteria serta bahan-bahan yang dapat meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit. Oleh itu, susu unta amat sesuai diberikan kepada penghidap penyakit asma, diabetis, tuberculosis (batuk kering), radang hati (hepatitis), sirosis (penyakit hati), luka atau ulser sistem penghadaman (digestive) dan kanser.
  • Susu unta mempunyai garam-garam mineral seperti kalsium, magnesium potassium dan sodium yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan kambing. Susu unta juga kaya dengan zat besi, tembaga, magnesium dan zink. Kelebihan ini menambah khasiat pengubatan yang ada pada susu unta khususnya bagi orang yang menghidapi masalah tekanan darah rendah dan lemah sistem badan, begitu juga kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia. 
Air Kencing Unta Bersifat Alkali
Berbeza dengan air kencing manusia yang bersifat asid. Air kencing unta mengandungi jumlah potassium yang banyak dan sedikit sodium. Apabila dibandingkan antara air kencing unta dengan air kencing lembu, kambing dan manusia, didapati bahawa kandungan magnesium dalam air kencing unta lebih tinggi. Kandungan urea dan protein albumen sangat tinggi jika dibandingkan dengan air kencing manusia sementara kandungan asid uriknya adalah lebih rendah.

Kandungan itulah yang membolehkannya memainkan peranan membaiki keseimbangan elektrolit pada badan pesakit-pesakit ascites (asites) kerana penyakit ascetis terhasil disebabkan oleh berlakunya kekurangan albumen dan potassium sementara air kencing unta kaya dengan kedua-dua bahan tersebut. Faktor itu juga memberi kepada kelawasan pembuangan air kencing bagi orang yang meminum air kencing unta serta dapat meningkatkan proses pengosongan usus yang menjadikan penghidap ascites berasa lebih selesa dan lebih bersemangat. 

Untuk pelbagai lagi info amalan sunah Rasulullah s.a.w dan kajian sains, boleh aje dapatkan buku di bawah ini. Nak dapat dengan harga diskaun, boleh aje ke blog Belidiskaun atau Bukuislamikdiskaun


Diharamkan Wangian Syurga...

Assalammualaikum semua...


Saya baru aje sambung bacaan buku "Kompas Umat Akhir Zaman" by Umar Muhammad Noor. Ada beberapa kisah di dalamnya yang menarik minat saya. Ada yang saya kongsikan dalam FB dan kali ini saya kongsikan di blog. Meh saya kongsikan siapakah golongan yg diharamkan mencium bau syurga meskipun baunya boleh dicium dari jarak yang jauh seperti 40 tahun, 70 tahun malahan 500 tahun.

Rasulullah s.a.w menceritakan dalam beberapa hadis. Salah satunya adalah wanita-wanita yg telah dicabut rasa malu daripada hati mereka sehingga mereka rela mendedahkan aurat mereka di hadapan awam. Apabila menyebut sifat ahli neraka ini, Rasulullah bersabda:

"Dan wanita-wanita yg berpakaian namun telanjang, berjalan dengan lenggang-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yg miring. Mereka tidak akan masuk syurga, dan tidak mendapati wangiannya. Padahal wangian Syurga boleh didapati daripada perjalanan sejauh begini & begini (sangat jauh)."

Berikutnya, para pengkhianat yg tidak menghormati perjanjian damai antara kaum muslimin dengan non-muslim di dalam suatu negeri.

Daripada Abu Bakrah, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barang siapa yg membunuh ahli Zimmah, maka ia tidak akan mendapati wangian Syurga. Padahal wangian itu dapat dihidu dari jawak 40 tahun perjalanan."

Berikutnya, para penuntut ilmu agama yg tidak menggunakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah, malah menggunakannya untuk meraih kemasyhuran & harta dunia.

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yg menuntut ilmu y diharapkan redha Allah padanya, namun ia mempelajarinya untuk mendapat keuntungan dunia, maka ia tidak akan mendapati wangian Syurga pada hari Kiamat."


Novel Deception Point & Awak Suka Saya Tak?

Buku ini saya beri 4 bintang setengah.

Dah lama juga saya tak membaca buku inggeris sehingga habis. Jika ada pun, hanya suku atau separuh buku. Bukannya apa, orang kata don't judge a book by it's cover tapi adakala tak boleh pakai ayat tu. Nampak menarik sikit cover buku inggeris kat kedai buku Popular atau MPH atau Kinokuniya tu, mulalah tangan ni gatal capai dan baca sinopsisnya. Rasa menarik & ada duit lebih sikit dalam dompet tu, mulalah bawak ke cashier. :) Sudahnya, hanya a few books sahaja yg khatam. Yang lain tu, rasanya tak tau bila nak habis. Cantik aje letak dalam almari. Beli ajelah dulukan... kot le tetiba ada anak-anak sedara teringin nak baca english books, boleh aje bukak lemari tu.

Untuk buku Dan Brown ni, saya beri 4 setengah bintang. 1st time saya baca buku Dan Brown masa dok Labuan. Boring aje  masa nak tunggu viva atau baca jurnal, saya tanya member2. Ada tak novel menarik boleh pinjam. Dan, sorang member saya ni berikanlah buku Dan Brown yg meletup2 ceritanya tu, The Da Vinci Code (tapi masa ni belum keluar lagi filemnya so, mana2 yang cerita pasal Kristian tu, saya tanyalah member saya yg 'dah kembali pada agama fitrah').

Dan masa merayap ke kedai buku sebelum bercuti baru ni, saya nampak buku Dan Brown ni tengah discount 25% untuk members. Waaaa... menarik tertarik tu sebab buku inggeris kan mahal kalau masuk dalam Malaysia ni. Belek punya belek buku2 Dan Brown dan buku lain, akhirnya Deception Point menjadi rezeki hari tu.

Buku ni saya suka sebab watak dia bukan Robert Langdon (asyik abang Robert Langdon aje, bosan juga kan). Hero dalam cerita ini adalah seorang wanita, Rachel Sexton. Anak seorang Senator di Amerika. Dia punya segalanya (beauty with brain) cuma, ayah dia yang Senator tu memang dah suka kuasa dan abaikan keluarga. Even, when her mother died, boleh lagi ayah dia ni buat drama swasta plus, mengabiskan harta arwah bini dia pulak. Memang geramlah.

Then, satu hari tu, dia dapat arahan US President untuk berjumpa face to face. Wahhhh... apa lagi, makcik ni pun mintak le pendapat bos dia, William Pickering. Bos dia kata, just follow aje permintaan President tu, if anything, nanti dia back-up. Dan, akhirnya dia menjadi saksi yang satu tahi bintang yang dijumpai kat kawasan Artik mengandungi 'fosil hidupan lain' di dalamnya. Erti kata lain, ada hidupan lain di luar sana selain manusia (Alahai omputih ni, dalam Islam dah lama tahu tentang ni. Allah dah informkan kita dalam Al-Quran dalam banyak surah cuma, bukan kita yang layak untuk bertemu mereka kerana Allah dah bina hijab antara mereka dan kita).

Dan, bermula dari situlah, sedikit demi sedikit konspirasi dalam kalangan orang2 berkuasa dalam kabinet dan badan2 tertentu di Amerika terbongkar. Dalam kepala saya time askar upahan ni bunuh orang dok terfikir, 'depa ni memang dilahirkan takde perasaan ke masa bunuh orang tak bersalah? Nyawa tu takde nilai ke?Cuba kalau family dia kena bunuh, apa ke perasaannya? Bengap sangat kot sampai dah tak boleh nak tolak permintaan yang tak masuk dek akal tu.

Untuk lebih rasa teruja, boleh le baca novel yang lain daripada cinta ni. Totally different. It's make your adrenaline pumps up. :)

Buku ini saya beri 4 bintang

Habis aje baca Deception Point, saya baca pula buku pertama Melur Jelita ni (dah standby dah 2 buku untuk percutian kali ni). Buku ni, masa beberapa bulan lepas terbit, ada rakan2 pembaca dan rakan2 saya yang baca. Ada yang beri komen positif dan ada juga yang negatif. Sudahnya, akibat komen2 mereka dan tuntutan kerja, baru sekarang le dapat bacanya (tebal tau buku ni. Kalau sehari memang tak cukup masa weh!)

Ia tentang cerita seorang lelaki cina yang sudah kembali ke 'agama fitrah' mencintai seorang gadis. Benda tu memang nampak biasa tapi ianya dibuat sedikit luar biasa bila mana si Hilman Yong ni, simpan perasaan dia sehingga 11 tahun mencintai gadis yang tidak tahu akan kewujudannya. When the times come, akhirnya mereka jumpa juga cuma si Hilman ni dah tersalah anggap. Ingatkan si Intan ni nak beli cincin perkahwinannya, tapi rupanya untuk bakal isteri abang tersayang. Frust le sekejap pakcik ni. Dan masa wedding tersebut, akhirnya dia tahu kenyataannya. Apa lagi, senyum lebar le hatinyakan.

So, bila ajak kahwin cepat, si Intan ni tak nak le pulak. Biasalah, perempuan atau lelaki sekarang ni memang suka dok seronok berkawan dan ambil masa beberapa tahun or bulan untuk kenal hati masing2. Tapi, jika di lihat pada  tuntutan agama, salah tu wehhhh... Dan si Intan ni pulak, jenis tak sabar, pantang kena cabar sikit dah mula sebut bukan2 tanpa berfikir pastu menyesal tak sudah. Haishhhh... nak aje aku cepuk2 cik kak ni. Nasib le karektor lelaki yang si Melur Jelita ni bina, jenis tahan sabar walaupun cemburu tetap ada. Dan akhirnya, masa hari pernikahan hampir tiba, satu insiden dah berlaku. Insiden tersebut telah membuatkan s Intan ni belajar le barsabar sedikit demi sedikit dan bertenang.

Walaupun ceritanya panjang dan saya admit memang ada yang saya skip2 bacaannya (ada part tertentu tu macam slow lah pulak), tapi perkongsian ilmu, pendapat dan cerita di dalamnya amat menarik. Dalam banyak2 tu, satu yang buat saya tefikir. Dalam membari hantaran perkahwinan, kenapa perlu kita letakkan kasut di atas dulang hantaran sama tarafnya dengan al-quran yang turut ada di dulang hantaran yang lain. Jika diikutkan, al-quran memang tiada terbanding nilainya dengan segala benda yang ada di dunia. Ia kalam Allah. Kata-kata Allah kepada Rasulullah s.a.w kepada umat manusia. Bila memikirkan tentang ini, ya, saya akan cuba nasihatkan family saya untuk tidak meletakkan kasut sebagai hantaran. Cubalah kita letak barang-barang yang Allah & Rasulnya suka seperti al-quran, terjemahannya, wangian, manisan, pakaian yang menutup aurat atau telekung dan pelbagai lagi. Itu lebih baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...