Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Khamis, 31 Mei 2012
Miss Ahjumma yg membuat emosi saya naik dan turun
Sekarang ni saya tengah layan cerita korea "Miss Ahjumma" di channel korea 393 (SBS).
Sebenarnya saya dah lama tak tengok cerita korea. Bukan apa, karang dok terponggok aje depan tv layan cerita ni. Entah macam mana, last 2 weeks saya dah tak tau nak tengok cerita apa, saya bukak le channel 393 ni yg dok tayang "Miss Ahjumma". Masa tu tengah scene dia gaduh dengan laki dia sebab orang ketiga. Ingatkan nak layan kejap aje. Eh, alih-alih sampai habis episod tu saya tonton. Menarik Tertarik ni cerita kali ni. Bukan cerita tentang orang muda, tapi orang yang dah berkahwin dan punya anak tapi diganggu keharmoniannya oleh orang ketiga (perempuan sihir hampeh tu lah kan...).
Dan untuk 2-3 hari saya tak tengok dah. Malas nak layan dah. Tapi tetiba bukak balik channel tu tengok Geung Hwa (alah makcik ahjumma ni lah) dah jadi cantik. Wahhh... menarik tu... Apalagi, continue le saya tengok cerita ni.
Tapi kesian, dia bercerai jugak dengan suami dia sebab perempuan tak guna tu (dah mcm cerita ultraman plak ada ayat 'tak guna' ni, hehehe...). Lepas bercerai, dah le kena tipu duit dia, mintak kerja pun tak dapat dan yg paling sedih sekali, perempuan hampeh tu blh pulak dok berjalan depan mata dia dengan ex-husband n anak perempuan dia. Aduhhh... sedih gila dia time tu. Saya pun bengang aje... Kalau saya, dah lama perempuan tu makan tempeleng (hehehe... emosi plak ek).
Dan Tuhan itu Maha Adil, akhirnya dia dapat gak kerja kat satu company pengiklanan ni. Company ni bos dia lelaki yg dia terserempak secara tak sengaja time dia sedih2. Lelaki yg wajah serius ni, walaupun serius tapi dalam hati ada taman tau. Dia beri sapu tangan dia pada Geung Hwa ni bila dia nangis time dia pakai pakaian maskot ayam dan lepas nampak insiden perempuan tak guna, ex-hubby n anak dia tu.
Dan sekarang, meskipun perempuan tak guna tu, dok sibuk2 menjalankan aktiviti 'meracun fikiran oran lain' dan cuba memusnahkan hidup dia, tapi dia kena balik. Wahhh!! Saya memang suka bab2 ni. What you give, you get back lah... Tak sabar rasanya nak tengok Geung Hwa ini kembali ceria, bos dia tu pun ceria dan perempuan hampeh tu dpt balasannya.... Jom semua, kita tonton cerita ni... Lain dari yg lain...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan