Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Khamis, 16 Februari 2012
Lempeng... all time favourite
Ni semua gara-gara blog DTS@Encik Mat Gebu... Tengah gatal-gatal merayap tengok blog masakan yang dah lama tak jengah, tetiba nampak pulak menu lempeng ni... Aduhhh... berdecip-decip mulut makcik bila membayangkan kesedapannya. Makan pulak dengan sambal bilis or kari. Marvelous...
Makanya makcik mengajak encik hubby bershopping malam semalam untuk belian barang dapur, laundry dan bahan-bahan lempeng ni. Encik hubby mana boleh tolak sebab memang dah seminggu pun barang dapur tak bertambah sejak balik bercuti aritu (plus, nak masak spegetthi meatballs sempena birthday en. hubby nanti)..
Jom saya kongsi bahan-bahannya (resipinya saya ambil di blog Encik Mat).
1. 3 cawan tepung gandum (family makcik ramai, so bertambah le tepungnya)
2. 3 1/2 cawan air
3. 1 biji bawang didadu halus
4. 1 biji telur
5. 6 urat daun kucai
6. Garam secukup rasa
7. 1 camca mentega yang dicairkan (makcik guna minyak sayur aje... hehehe..)
Cara-cara memasak:
1. Campurkan semua bahan kecuali mentega/minyak tadi.
2. Gaul sehingga tidak berketul-ketul tepungnya. Kemudian, masukkan 1 camca mentega or minyak sayur ke dalam campuran bahan tadi. Biarkan lebih kurang 5 minit untuk bahan-bahan menjadi mesra. Chewahhh...
3. Panaskan kuali leper atau non stick pan. Leserkan minyak di atasnya (kalau guna kuali leper lah).
4. Bila dah panas, tuang sesenduk adunan bahan tadi ke atas kuali@pan (macam gambar di bawah ya).
5. Lepas tu terbalikkan lempeng tu bila nampak adunan tu macam terangkat skit sekelilingnya. Penyek-penyek skit dan rasa-rasa macam dah masak, maka angkat lah. Dah siapppp...
Lempeng ni sedap di makan dengan kuah kari (tak kisahlah ayam ke, daging ke, ikan ke), sambal bilis, sambal sardin atau susu. Paling simple, makan begitu aje pun sodappp...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan