Dah lama betul saya tak up date blog ni... Mana takde, bila nak up date aje, terpandang post lepas. Terus takde mood. Tu yg buat benda lain dulu...
Well, sepanjang saya tak mengup-date blog, saya mengkhatamkan 4 buah novel (ada gak berjalan dgn family untuk cuti2 Malaysia). 1st novel yang saya khatam novel dari Rose Harissa@Nora Ismail, Serasi Di Hati.
Seperti novel yang sebelum ni dibaca, karya Puan Nora ni memang tak mengecewakan. Cuma bagi saya tak boleh lawan lagi Wasilah Cinta Weera & ...Dan Cinta Pun Tersenyum. Buku ni saya beri 4 stengah bintang. Untuk tahu lebih lanjut, boleh dapatkan buku ni ya kat Belidiskaun...
Dah abis buku ni, makcik baca buku Ramlee Awang Murshid pulak. Fiksyen 302.
Mula-mula baca macam faham. Tapi makin lama makin buat makcik rasa macam blur jap. Ni sapa sebenarnya orang jahat ni... Confius makcik... Last sekali, oleh kerana tak tahan nak tau saper orang jahat ni, akhirnya makcik mempercepatkan bacaan. Makcik melangkau-langkau paragraph2 yang ade.... kih kih kih... bila dah tau aje sape sebenarnya dalang, fuh, lega hati makcik (dah kenapa tetiba menggelarkan diri makcik ni??? layan ajelah mood skarang ni...). Lupa plak, buku ni makcik bagi 3 stengah bintang ajelah sebab makcik lebih suka buku2 RAM yg Bagaikan Puteri dan Ranggau (yg ni makcik bagi 5 bintang).
Dah settle buku RAM ni, makcik baca buku karya Norhayati Berahim pulak. Menunggu Keretapi.
Buku ni makcik lambat skit habis baca. Mana taknya, merayap dengan family suami berjalan2 time cuti sekolah hari tu... jadinya, curi2 masa ajelah nak membacanya... Buku ni yang bestnya ialah bab sharing the knowledge. Makcik ni memang kekurangan masa untuk menambah ilmu pengetahuan jadinya makcik amat2lah berterima kasih dengan Puan NB ni kerana memberi makcik maklumat2 yang terkini (walaupun dah lama tapi bg makcik ianya tetap baru bila baru 1st time tahu tentang info tu). Buku ni makcik bagi 4 bintang...
Buku terakhir yang baru aje makcik abis baca ialah buku Dari Milan Ke Maran dari Norhayati Berahim gak.
Buku ni makcik suka sangat. Makcik bagi 4 stengah bintang... Sebabnya watak Moon dan Sharmin yang ceria dalam buku ni membuatkan makcik pun rasa ceria. Watak Moon ni jugak mengingatkan kembali makcik pada seorang rakan dahulu yang macam Moon. Dia pernah kata dengan makcik yang dia nak buat pembedahan jantina. Makcik pujuk-pujuk dia agar jangan buat dan ingatkan arwah ayah dia yang kasihan di alam sana. Tapi, makcik nak cakap lebih tak beranilah dengan dia sebab mak dia masih hidup plus, mak dia pun dok sokong dia jadi 'au'. Makcik nak kata apa lagi. Cuma makcik berdoa (jika dia masih hidup), Allah kurniakan hidayah dan jalan yang lurus pada dia dan maknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan