Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 1 Disember 2010

Paintball World Cup Asia 2010

Jumaat lepas, saya tumbang hubby ke KL. Ada hal skit. Bila mana kita orang lalu kat tepi padang Merbuk, kami nampak ada 'kandang besar' warna biru. Dengan 'bantal2 golek' n 'piramid besar' kat dalam tu. Kami berdua apa lagi. Excited. Paintball game lah kat sana. Hubby saya kata. Both of us teruja.

Saya pulak apa lagi, dari mintak diturunkan kat area Sogo, alih-alih saya suruh hubby saya turunkan saya kat tepi Padang Merbuk tu. At least, saya tau nak buat apa sebelum pergi ke tempat yang hendak dituju jam 9 nanti. Tersengih-sengih hubby saya layan kerenah bini dia yang sorang ni. Hehehe...

Nak sampai aje ke tempat paintball tu, telinga saya dah dapat tangkap bunyi gegak gempita bunyi senapang paintball. Pergh!!! First time ni nengok orang PRO main. Tegak aje saya kat depan kandang pertama tu, mata saya dah terpaku. Seronok tengok depa main. Memang tak macam hubby saya n the geng dulu main (amatur le katakan).

Kat kerusi-kerusi batu tu tak lah ramai orang tapi banyak le gak mat salih, minah saleh, melayu, India n cina yang dok menonton gak. 'Riki punya riki', oooo... kawan-kawan dan family depa ada main dalam tu. Sempat jugak le saya berkenalan dan menemuramah sorang lelaki dari Thailand. Tanya le apa-apa yang patut pasal sukan and tournament ni kat dia.... nasib dia ramah dan nak layan saya (last sekali masa saya masuk kat tempat para pemain, rupa2nya lelaki tu temankan anak dia yg masuk tournament tu. Tabik Springgg le kat lelaki ni sbg ayah.). Yang tak bestnya, tengah saya dok berborak dengan dia, Pelepop! sebiji pallet paint ball melayan cun aje kat tumit saya. Alahai... tak pasal-pasal dah kuning tumit n kaki seluar. Pasrah aje lah...

Dalam masa sejam tu, sempat gak lah saya ronda2 kawasan tournament dan gerai2nya. Bagus jugalah mereka2 ni bersukan daripada buat benda yang bukan2. Betul tak. Tapi ada yang 'kurengnya' jugak. Wahhhh...!!! pakaian sesetengah perempuan yg ada kat situ blh buat mata saya pening jap. Tu belum bebudak lelaki yg ada kat situ. MasyaAllah, macam tak sesuai pulak untuk bersukan. Rasanya sesuai utk clubbing or dating2 aje. Ish Ish Ish...

Anyway, apa-apa pun saya selagi orang bersukan, buat benda baik dan bukan benda diharamkan agama, saya masih sokong lagi. Cuma, harap-harap kurang-kurangkan lah bab-bab dosa ni. Makin panas dah Malaysia ni walaupun skarang musim tengkujuh... Oleh itu, Majulah Sukan Untuk Negara (sempat lagi promote cogankata ni, hehehe...). Jom layan gambar-gambar yang sempat saya snap... Dan TAHNIAH juga kepada pemenang2 PALS.

Ni kalau tak silap, team dari Malaysia tapi tak tau lawan dengan sapa. Dah semua kulit sawo matang dan ada yg pakai tudung, so dah tentu2nya dari negara kita kan... Ia ke...? :P

Ini pulak team Australia lawan Australia. Yang saya ingat nama kumpulan dia tsunami. Satu lagi entahlah...


Para penonton yang dok sama menonton... Free aje geng, bukannya berbayar... Hehehehe....

Poster untuk tournament PALS. Nak tau lebih lanjut blh pi lawat web dia http://palseries.wordpress.com. Mana le tau lepas ni nak try main paintball pulak... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...