Meh sini semua. Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips yang diperoleh dari majalah Impiana bulan Oktober 2010. Info ni saya dapat gara-gara hubby saya baca majalah ni bila kami tidur di rumah mama saya. Apa lagi, tumpang dua kaki lah.
Jom kita kongsi tip-tipnya:
- Warna ruang: Apabila anda cuba menjadikan bilik atau ruang sempit kelihatan luas, peraturan memilih warna adalah mudah. Warna putih, kuning dan warna-warna pastel (lembut) kegemaran anda boleh dijadikan pilihan utama. Warna-warna cerah ini akan membiaskan cahaya dan secara tidak langsung menjadi ruang tersebut kelihatan luas.
- Cermin & Kaca: Kedua-dua elemen ini membantu menghasilkan visual ruang yang luas. Cermin pada dinding akan menggandakan visual manakala meja kaca atau dinding kaca turut membantu menampakkan keluasan persekitaran.
- Monokromatik: Kekalkan ruang dalam nada warna yang sama atau monokromatik. Contohnya, jika anda memilih warna krim untuk dinding, maka kemasan tingkap dan lantai seperti permaidani juga sebaiknya pilihlah warna krim kekuningan atau kecoklatan. Sofa upholsteri anda juga haruslah dalam warna krim atau warna neutral lainnya dengan penekanan krim juga.
- Corak besar, kecil atau berjalur?: Kehadiran corak, motif pada fabrik, kertas dinding dan perabot upholsteri menjadikan ruang lebih cantik. Corak-corak ini mampu menjadikan ruang sempit kelihatan bertambah sempit. Ruang sempit sebenarnya paling ideal jika dihiaskan dengan corak berjalur. Anda boleh memilih corak berjalur dalam warna monokromatik secara menegak untuk menjadikan ruang kelihatan besar.
- Saiz perabot: Memadailah untuk meletak hanya satu perabot besar manakala yang lainnya bersaiz kecil. Ini bagi memudahkan pergerakan anda dan tetamu.
- Susunan perabot: Untuk tampak menarik, cuba letakkan perabot di sudut selekoh.
- Perabot pelbagai fungsi: Perabot jenis ini dapat mengurangkan kehadiran lebih banyak perabot lain. Contohnya, meja makan boleh dilipat menjadi meja kecil, futon boleh menjadi sofa dan katil manakala katil loft boleh menempatkan meja di bawahnya.
- Tingkap: Pilih kemasan tingkap yang membenarkan anda melihat pemandangan luar dengan jelas. Sebagai tambahan, kemasan tingkap haruslah serasi dengan keseluruhan warna ruang sempit, oleh itu pastikan ia warna monokromatik.
- Elemen menegak: Contohnya, rak buku sepatutnya dibina menegak hingga ke arah siling, gambar atau rakaman foto perlu digantung.
- Ruang sentiasa kemas: Buang atau simpan sahaja barang-barang yang tidak diperlukan atau digunakan selalu di dalam ruang penyimpanan. Gunakan rak atau laci untuk menyusun barang-barang kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan