Ada 7 tips disarankan untuk mencetuskan ruang tamu yang cosy dan praktikal.
- PENCAHAYAAN: Ruang ini boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi aplikasi pencahayaan bersesuaian. Pencahayaan putih (day light) misalnya untuk urusan-urusan penting dan rasmi atau teknikal manakala untuk mood santai pula boleh dijelmakan menggunakan pencahayaan kuning (warna light). Sebagai langkah selamat, pasangkan dua jenis lampu pada kediaman, lampu siling atau halogen bercahaya putih manakala cendelier, lampu meja dan lampu berdiri dilengkapi mentol bercahaya kuning. Jika tidak memasang alat pelaras (dimmer) anda boleh memilih mentol berkuasa rendah yang memberikan cahaya yang lembut pada ruang tamu.
- LUKISAN: Lukisan atau gambar berbingkai adalah elemen hiasan dinding yang boleh digunakan untuk menimbulkan mood yang tenang. Lukisan pemandangan di tepian pantai misalnya membawa imiginasi sesiapa yang memandangnyaseolah-olah berada di tepi pantai. Foto-foto kenangan sewaktu kecil boleh dibingkaikan dan dipamerkan pada dinding dalam pola yang menarik.
- FABRIK KAYA TEKSTUR: Gunakan fabrik yang bertekstur seperti baldu, jacquard atau sutera untuk sesetengah pekakas kemasan lembut. Sebagai contoh kusyen pada sofa, langsir atau upholsteri sofa.
- WARNA: Gunakan warna-warna ruang yang mencetuskan mood tenang dan mesra. Warna-warna pastel misalnya sesuai diaplikasikan untuk mengundang mood sebegini.
- SUSUNAN PERABOT: Susunan perabot memainkan peranan penting dalam mencipta ruang yang mesra. Letakkan perabot secara berkelompok membentuk suasana yang selesa untuk perbincangan. Sofa hendaklah diletakkan berdekatan antara satu sama lain agar tetamu berasa tidak terasing atau tersisih. Ambil kita trafik agar letakkan perabot tidak mengganggu lalu lintas keluar masuk ke ruang tamu.
- AROMA: Aspek bau-bauan tidak boleh dipandang ringan dalam mencipta mood yang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Cetusan bau-bauan yang menyenangkan akan menambahkan keselesaan dan ketenangan buat tetamu. Nyalakan lilin aroma terapi atau bakar minyaknya menggunakan bekas khas untuk mendapatkan kesan yang optimum. Penyembur wangian berjadual yang kini terdapat di pasana juga boleh dijadikan pilihan.
- BUNYI-BUNYIAN: Walaupun tidak boleh dilihat, tetap memainkan peranan penting. Agar ruang tamu tampak relaks, wujudkan water feature kecil di salah satu sudut ruang tamu anda. Bunyi air mengalir boleh menjadi terapi pada minda. Memasang kerincing angin juga idea yang menarik kerana ia memberikan bunyian yang tersendiri setiap kali ditiup angin. Muzik jazz dan klasik yang perlahan juga hidangan untuk telinga yang membuai perasaan dan menenangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan