Ahad, 25 April 2010
Movie When in Rome yang mampu pecahkan tawa
Khamis, 15 April 2010
Kenapa HATI susah menerima ILMU
Kali ini saya ingin kongsikan sebab-sebab kenapa ilmu susah melekat di dalam hati & cara-cara membuka hati yang tertutup. Selalu saya akui perkara ini terjadi bilamana saya cuba mengingati sesuatu tapi hanya sebahagian kecil sahaja yang melekat di minda...
ILMU merupakan hakikat kebenaran yang mutlak. Tempatnya di dalam HATI. Jadi, HATI perlu bersih dan suci supaya ILMU dapat bertapak di dalamnya.
Sebab-sebab ILMU susah bertapak di dalam HATI.
* Kekeruhan dosa dan kotoran yang berkumpul di dalam hati
* Makanan yang syubhah dan haram
* Tidak memohon keredhaan ibu dan bapa
* Hati sering terdorong ke arah lain. Tidak diarahkan merenung keagungan Allah
* Hati tertutup kerana pegangan dalam perkara-perkara kehidupan seharian terhadap tradisi yang diwarisi sejak kanak-kanak tanpa dinilai berdasarkan penilaian syariat
* Taasub kepada sesuatu aliran fahaman dan merendahkan aliran fahaman golongan lain tanpa pendekatan tasamuh (keterbukaan)
* Belum mempunyai ILMU yang berkaitan sebagai asas
Membuka HATI yang tertutup
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ma'arij al-Quddus Fi Madarij Ma'rifatin Nafs, HATI seseorang itu akan tertutup daripada memperolehi ILMU yang benar sehinggalah dia menjalankan usaha yang serius untuk membukanya.
Kaedah membuka HATI
1. Mengutamakan mujahad iaitu berjuang melawan kehendak nafsu yang menyeleweng dari jalan Allah. Allah swt berfirman: Dan orang yang berjuang untuk (menari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. (Surah al-Ankabut: 69)
2. Menghapuskan sifat mazmumah iaitu sifat peribadi yang tercela
3. Menjauhi maksiat
4. Meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah
5. Banyak bertawakal kepada Allah
6. Zuhud atau meninggalkan kecintaan kepada keduniaan yang melampau atau perkara yang melalaikan
7. Berusaha menjauhi tuntutan syaitan
8. Ikhlas kepada Allah. Dengan keikhlasan itu HATI akan suci dan bersih lalu dipenuhi nur. Dengan nur, segala ILMU pengetahuan mudah difahami dan diserap
9. Membaca al-Quran. Sering membaca al-Quran kerana dengannya akan terbuka sinar HATI dan akan mudah menerima ILMU. Al-Quran adalah tangga untuk mencapai ILMU di lohmahfuz di mana kandungan al-Quran itu sendiri berasal daripada catatan di lohmahfuz
10. Merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana kedua-duanya merupakan sumber ILMU sejati dan penyempurnaan kepada akal manusia. ILMU pengetahuan yang benar akan memperolehi sinar apabila dihubungkan dengan kedua-dua sumber asli
11. Mengamalkan ILMU yang dipelajari. Seorang muhaddis terkemuka, Ibn al-Salah menyebutkan bahawa Syeikh Waqi pernah berkata: "Apabila anda ingin menghafal hadis, hendaklah anda mengamalkan ajarannya."
Sumber rujukan: Siti Nor Bahyah Mahamood dan Muhammad Zakaria, 2009. Rahsia Minda Hebat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.
Gambar: Dari google search
Ahad, 11 April 2010
Misteri Bunyi di Gunung Nuang akhirnya tiba
Jumaat, 9 April 2010
Amalan pemakanan Rasulullah S.A.W.
- Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa mereka yang menjaga kesihatan badan akan beroleh umur panjang.
- Perut ialah rumah segala penyakit & berpuasa ialah kepala segala ubat. Oleh itu biasakanlah berpuasa sunat sekurang-kurangnya 3 hari sebulan. Sebaik-baiknya berpuasa sunatlah dua kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.
- Makanlah secara berjemaah untuk mendatangkan berkat. Sabda Rasulullah S.A.W. : Berjemaah itu rahmat. (Riwayat al-Baihaqi no.9119)
- Makan di pasar yang sibuk bukanlah amalan Rasulullah S.A.W.
- Rahmat Allah berada di tengah-tengah hidangan. Oleh itu mulalah makan makanan yang berada di tepi pinggan atau hidangan dahulu dan berakhir di bahagian tengah, bukan dimulai dari tengah.
- Rasulullah S.A.W. makan hidangan hingga habis ke butir yang terakhir.
- Apabila berpuasa, bangunlah bersahur sebelum terbit fajar kerana banyak rahmat Allah pada waktu tersebut.
Sumber: Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood & Haji Muhammad Zakaria, April 2009, Rahsia Minda Hebat, Selangor, Telaga Biru Sdn Bhd.