Alhamdulillah. Setelah 5 hari saya demam (3 hari demam teruk) akhirnya mengadap juga saya internet balik. Ini pun batuk masih lagi bernyanyi riang. Kejap lagu irama malaysia, kejap lagu irama pop rock. Walau apa pun iramanya, syukur saya sihat kembali.
Masa saya terlantar di bilik hari Jumaat lepas, sayup-sayup saya terdengar bunyi hon posmen memanggil di luar rumah. Hubby saya pun bergegas keluar. Tiba-tiba telinga saya menangkap suara posmen tersebut menyebut nama saya. Hubby saya pun mengiakan. Tertanya juga saya surat dari mana pulaklah tu. Beberapa minit kemudian, hubby masuk ke dalam dan beritahu surat dari KD dah sampai. Saya yang mamai-mamai akibat panahan ubat selsema terus aje angguk kepala dan sambung tidur balik.
Lepas solat Zohor, saya keluar bilik dan tanya hubby sama ada buku saya yang kedua dah keluar website KD ke. Dia pun kata yup. Alhamdulillah... akhirnya buku kedua keluar juga. Semoga mendapat sambutan yang baik dari pembaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan