Pesta buku datang lagi. Tak sabar rasanya nak pergi. Last sekali saya pergi pesta buku adalah tahun lepas. Adalah dalam empat lima biji buku saya beli. Nak beli banyak2 karang takut tak terbaca pulak. Rugi jer duit rasernya.
Saya mula mengenali pesta buku ni sejak dari tadika lagi. Abah dan mama memang jenis suka membeli buku jadi setiap kali pesta buku mereka akan bawa saya dan adik-adik ke sana. Macam-macam bukulah yg kami minta. Namun, sejak abah pencen dan tumpukan perhatian pada business, kami dah jarang pergi ke pesta buku. Beli buku pun hanya di kedai sahaja. Tak pun baca suratkhabar dan majalah yg dibeli mama.
Namun, sejak tamat belajar dan balik ke semenanjung semula, saya mula memupuk kembali minat yang satu ini. Nasib baik suami saya jenis yg supportive, jadi adalah geng untuk diajak berjalan bersama. Rasanya kali ni saya akan ke sana dua kali kot. First pada hari jumaat iaitu hari pelancaran manakala second day adalah hari esoknya coz nak bawa anak sedara pula beli buku di sana.
Hopefully pada pesta buku nanti, ada byk buku2 menarik diterbitkan dan saya pasti tidak mahu ketinggalan untuk memilikinya...
Anak sedara means Fikrah kan?
BalasPadam-Nazira-
Betul tu... tp tak tahulah kalau ader yg lain nak ikut.
BalasPadam