Masa kecil2 dahulu kita seronok belajar benda2 baru. Belajar melalui guru, ibu bapa, rakan2, musuh (mesti ada punyer) dan orang di sekitar kita. Belajar untuk memperbaiki diri dan juga hidup. Sehingga sekarang saya masih juga belajar walaupun dari segi mengejar segulung ijazah tinggal satu peringkat lagi. Sekarang ini saya belajar pula mengenal perangai, tabiat, kehendak dan sebagainya...
Walaupun kita berharap orang yang rapat dengan kita dapat menyokong dan memahami situasi kita yang masih belajar, tapi ada segelintar mereka tidak sabar dan memperlekehkan apa yang kita lakukan. Mungkin bagi mereka ianya tidaklah sesukar mana tapi bagi kita yang baru sahaja bertaktih, pastinya mengambil masa. Barangkali mereka lupa yang mereka juga dahulu pernah berada dalam situasi yang sama seperti kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan