Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kota baca 2026 di Dataran Merdeka, banyak benda baru saya belajar

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah 25 April lepas saya dan suami ada rezeki untuk datang ke Kota Baca di Dataran Merdeka. Syukur sangat. Kami keluar awal pagi. Jam 7.30 gerak dari Ampang rumah mama dan sampai ke Central Market (CM) dalam jam 7.50 gitu (nampak tak timing tu bila jalan clear dan tak jem). Dah sampai awal tu, udahnya kami ronda-ronda kawasan CM kejap, area Dayabumi dan sarapan. We call all the memories masa belajar dan dating dulu.

Central Market atau kita panggil CM. Dulu bangunan ni memang tempat jual ikan sayur zaman mertua saya masih kecil. Bila zaman suami saya belajar KL, ni kawasan orang busking, lepak, melukis dan berkarya. Pernah lah dulu layan dengan orang nyanyi kat situ. Pernah gak kena kejar dengan orang lelaki yang nak buat jahat. 

Dalam pada nak cepat ke Dataran, entah macam mana, termerayap kejap area CM. Layan tengok bangunan McD lama jadi hotel, kawasan sekitar yang dilukis mural dan taman depan jam KL dah

cantik. Maka, cancellah saya nak join sesi journaling mega kat Dataran. Time ni rasanya menggamik memori masa muda tu lebih best, hahaha...

Banguna McD lama tepi CM dah jadi hotel. Dulu, tempat ni lah orang selalu lepak, dating, jumpa kawan.


Dinding tepi banguna CM dah lawa mereka lukis mural. Semuanya sebab visit 2026.

Kawasan jam KL ni cantik DBKL jaga. Seingat saya 25 tahun dulu, kawasan ni biasa aje. Takde pokok-pokok nak tumbuh sangat. Dia lebih kepada letak mozek.

Akhirnya, sampai jugak ke Kota Baca. Jalan ditutup untuk event ni. Tapi pelancong ramai datang sebab mereka nak lawan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Medeka. 


Masa ni jam 9.19 pagi. Tak ramai lagi orang tapi ada sesetengah booth dah siap start aktiviti dengan pengunjung

Ni booth pertama kami singgah. Saya nampak banner Passport Kota Baca tu dan barang cenderamata ada dijual. Laju aje saya ajak encik suami singgah :)


Antara merchandise yang ada di booth Perbadanan Kota Buku ni. Topi, mug, t-shirt, kipas, payung dan passport buku tu berbayar. Tapi harganya ok lagi. Dan paling best, bookmark 3 serangkai tu kita dapat free. Kalau tengok kat sini, bookmark tu macam biasa aje tapi bila cantumkan, rupanya ada gambar tertentu. 

Bila cantumkan bookmark tu, nampak tak gambar yang muncul. Lawa sangat. Kertas bookmark pun berkualiti. Sayang nak koyak atau potong. Jadinya, saya preserve dengan cara saya. Nanti tengok kat gambar last ya.

Saya ajak encik suami tolong saya stampkan buku passport Kota Baca. Saya pula cop kat buku jurnal syukur saya. Ajak dia buat aktiviti ni sebab nak dia tahu sekarang benda ni tengah trend. Plus, its a good marketing secara tak langsung (bila orang masuk cop passport, orang tu atau yang temankannya akan pandang apa ada dalam booth kita). 


Saya bawak sekali jurnal syukur saya dan cop logo best kat setiap booth yang pergi. At least, ini kenanagan saya bila selak balik jurnal syukur masa akan datang. Mesti terbayang suasana hari ni.

Booth kedua yang kami pergi. Ada banyak buku best kat DBP ni. Cover pun dah lawa.


Buku tentang Hang Tuah yang covernya sangatlah eksklusif. Orang yang buat koleksi cover buku, mesti jaga elok buku ni. 

Komik yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh ITBM. Lawa sangat. Kualiti kertas pun bagus.


Koleksi komik Box Set Hang Tuah yang eksklusif oleh Jaafar Taib. Dalam box ni ada 10 jilid komik.

Antara contoh isi kandungan komik Hang Tuah tu. Lawa ilustrasinya.


Buku kanak-kanak karya Emila Yusof. Cantik. Ini kalau bagi kat cucu sedara, mesti depa suka.

Antara ilustrasi karya Emila Yusof. Suka tengok orang melukis lawa-lawa ni. Saya tak pandai melukis langsung, jadi saya hargailah dengan tengok, beli dan baca.


Udahnya, suami saya pun terjebak beli buku Emila Yusof. Katanya untuk tambah ilmu baru dan guna bila dah nak pencen nanti.

Alhamdulillah, jurnal syukur saya ada kenalan yang buka booth di Kota Baca request nak jual jurnal saya. Happy saya tengok jurnal ni elok aje terletak atas meja di Dataran.


Suasana event dari Banguna  Sultan Abdul Samad di sebelah. Masa ni tengah cari stamp kat area satu cafe dalam bangunan. Udahnya, singgah sini sat untuk ambil gambar.



Kerana passport Kota Baca ni, saya jelajah dan masuk setiap booth yang ada dan kawasan event. Saya ramahkan diri tanya tentang cop, exercise mulut, exercise kaki, exercise dompet (kalau dah masuk kat booth tertentu, nampak buku best, udah tentulah nak beli kan). 

Passport Kota Baca ni, bila saya balik rumah dan tengok balik gambar-gambar cop dalam buku, saya rasa aktiviti ni menarik. Ini yang saya boleh senaraikan kelebihan aktiviti stamp hunting ni walaupun kali pertama join dan dok kat event kurang dari 6 jam dan baca komen di threads tentang aktiviti ni:
  1. Kita jadi ramah bertemu dengan orang sebab nak minta permission untuk cop buku passport. Kalau budak muda atau sesiapa sahaja, kita belajar berinteraksi dengan manusia kembali dan bukan menghadap gajet aje. 
  2. Badan kita bersenam. Mana taknya, kita berjalan dari satu booth ke satu booth dah bertapak-tapak kita melangkah. Balik rumah aje, saya tengoj jam digital, 10000 ribu langkah saya berjalan kat Kota Baca.
  3. Kita teruja dan seronok tengok corak-corak cop dan rekebentuk yang unik pada setiap cop. Kiranya setiap cop melambangkan company yang kita dah jumpa atau tempat kita dah pergi. 
  4. Stamp hunting ni juga semacam marketing cara soft sale. Kita tarik orang untuk masuk dalam booth dan dalam pada menunggu orang lain cop, mata kita akan melihat apa yang ada dalam booth tu.
  5. Stamp hunting ni dah ala-ala macam game treasure hunt. Ia wujudkan rasa adventure yang tersendiri.
  6. Dapat release tension dengan ralitkan diri buat sesuatu yang kita suka atau elakkan diri dari fikirkan masalah yang sedang dihadap.
  7. Kita ajar anak-anak untuk bercakap dengan baik dan beradab. Kita ucap salam, kita minta permission dan cop buku papssport dan kita ucap terima kasih. Benda gini secara tak langsung latih anak untuk berterima kasih.
  8. Ada orang yang dah buat stamp hunting ni kata ia sebagai salah satu bentuk cenderahati/sourvenir bila melancong atau pergi ke suatu event. 
  9. Ada sorang warga threads kata, bila tengok cop yang diambil, ia mengingatkan kembali kenangan mereka bersungguh-sungguh dapatkan cop pada waktu tu. Mungkin masa tu ada momen lucu, nak cepat atau apa aje yang boleh buatkan mereka tersenyum bila tengok cop tertentu.
  10. Ada yang kata ia merangsang otak untuk fokus dan bantu tingkatkan memori. Memori tentang logo dan memori kat mana kita pergi + memori kejadian waktu pergi stamping tu.
  11. Ada orang kata, ia konsep slow living. Ramai tinggalkan sedikit aktiviti digital semata-mata nak pergi stamp/cop kat buku passport. Orang kembali pada hobi klasik.
  12. Pada saya yang suka journaling, ia buatkan jurnal saya ceria dan 'bercerita' dengan sendirinya apa yang berlaku. Ia kenangan baik yang harus dikenang.
  13. Kosnya murah dan mudah mula. Kalau ikutkan, saya bayar RM 8 aje untuk buku passport Kota Buku tu. Ada banyak ruang kosong dalam tu boleh dicop.
  14. Dan yang ni pun saya perasan juga, nak dapatkan cop kat booth atau tempat tertentu, ia latih kesabaran kita. Sabar menunggu orang kat depan, sabar mencari tempat yang dinyatakan, sabar kan diri bila dah penat berjalan :)
  15. Digital detox. Mata kita lari sebentar dari skrin komputer dan phone.
  16. Fleksibel dan personal. Jika di pesta buku, kita akan lihat banyak cop yang berkonsepkan buku, bercorak buku, pantun atau puisi. Dan ada yang saya lihat di medsos, orang buat konsep hutan, alam sekitar, bunga, tren keretapi, Malaysia dan macam-macam lagilah. 
Antara stamp/cop yang saya dapat di Kota Baca


Antara koleksi cop/stamps yang dapat masa kat Kota Baca tu.


Kat sini kita boleh gak drop off buku lama dan mereka akan distribute ke tempat-tempat terpilih. Cuma tang ni yang tak larat sebab mama soh hantar majalah dia yang banyak, kami pulak berjalan dengan gigihnya dari CM. Memang tak berapa rajinlah nak memikulnya.

Artis pujaan kami. Dapat jumpa dia masa pesta buku dulu pun dah happy. Kali ni rezeki dapat berbual lama dengan dia. Plus, he sing a song to me tajuk 'Jangan tunggu lama-lama' untuk terbitkan buku :)


Booth Hikayat Fandom ni buku-buku dia memang happening dan best. Kami berdua yang memang suka facts & history, memang suka booth gini. Encik suami dah beli 1 buku mereka. Buku lain insyaAllah masa PBAKL nanti.

Masa ni kami ke Perpustakaan KL untuk solat, rehat dan stamp hunting. Settle aje semua, sekali hujan turun mencurah-curah. Makanya, kami lepak le dalam library tu dekat sejam. Ok lah. memang ALlah nak bagi kami rehat jap.


Suasana dalam Perpustakaan KL tingkat 2. Orang ramai tapi masing-masing busy dengan urusan buku masing-masing.

Oh ya, kalau dah ada buku, mesti ada kopi atau air serta kudapan kan. Dan kat hujung khemah menghala ke DBKL, ada deretan khemah-khemah kopi untuk pengunjung disediakan. Korang boleh aje nak try kopi mana yang best sambil baca buku.


last but not least, bookth Pos Malaysia ni saya singgah untuk buat setem gambar kami. Saya tahu tentang ni bila ada sorang writer Karangkraf share kat wasap story dia. Saya pun pi lah sebelum balik. Dan betul, mereka boleh print gambar kita untuk jadikan setem 60 sen dalam 10 keping. Apalagi, saya sengih kat encik suami sambil cakap le nak satu. Buat kenang-kenangan :)

Alhamdulillah, settle aje aktiviti merayap kami di Kota Baca, kami balik rumah dengan tangan dan bahu penuh dengan buku dan goodies yang dapat kat sana. Hopefully, ada rezeki, tahun depan ada lagi. Dan hopefully juga, kipas dapat dibanyakkan dalam kawasan khemah sebab panas benar weh kat bawah khemah tu  waktu-waktu tertentu. Bukan saya sorang aje rasa, saya tengok orang lain siap berkipas-kipas, lap peluh dan bawak kipas kecik untuk diri sendiri (itu antara saranan saya yang tak sempat baj share bila dah habis tour eventnya). 

Bookmark 3 serangkai yang lawa tu saya letak dalam sampul yang kemudiannya saya letak dalam jurnal syukur. Sayang sangat nak potong. Benda elok dan cantik.Kiranya bila buat gini, kita rasa kenangan tu preserve elok-elok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...