Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kelah Buku 2026, Jurnal Diri buat peminat journaling di Malaysia


Kelah Buku 2026 baru aje berlangsung 10 Januari lalu di Taman Botani, Putrajaya. Event ni tahun lepas mereka ada buat tapi tak dapat nak join sebab mama tak sihat dan masuk hospital. Dan lebih kurang seminggu sebelum event start, saya ternampak poster promosi di medsos. Weh!! Boleh join ni. Terus tanya suami dan family kot ada yang boleh jaga MIL masa kami berdua beraktiviti di Taman Botani. Alhamdulillah, kakak ipar sorang ni kata dia boleh. Yeah... Moga Allah mudahkan urusan dia sepanjang masa sebab bantu saya dan suami.

Sambil menunggu hari Kelah Buku, ternampak poster aktiviti mereka kongsi. Ada pertandingan menjurnal sempena Kelah Buku. Saya baca syaratnya dan tetiba cakap dalam hati, 'Apa kata try join. Aku dah 5 tahun menulis jurnal kesyukuran dan decorate jurnal. Adalah skit skill kat situ'. Terus saya decide jam tu juga nak join. Dan entah macam mana, Khamis pagi tu, tengah sarapan sambil tonton Culinary Class War S2, terpandang chef-chef profesional dan ada kedai makan sendiri ni berusaha buat yang terbaik dalam masa yang diberikan oleh juri dan rancangan. Bila terdengar seorang chef ni kata dia berlatih setiap hari untuk dapatkan teknik, masakan dan penyediaan yang diharapkan masa pertandingan, terus tersentap jap. 'Kalau mereka yang profesional pun sanggup berlatih untuk mempersembahkan yang terbaik, takkan aku nak walk-in gitu aje dalam pertandingan jurnal tu. Kena design dan sketch skit ni'. Apalagi, settle aje urusan rumah dan order buku, terus aje design dan tulis barang nak bawa. 

Dan Jumaat malam sebelum event esok, tetiba rasa nak bagi goodies kecil dan jurnal kesyukuran Pelengkap Kegembiraan kepada orang tertentu. Apalagi, laju aje balut jurnal dan sediakan pouch kecil untuk pengunjung bertuah (gula-gula tu sempatlah beli masa nak beli barang dapur petangnya).

Dapatlah sediakan pouch kecil berisi kalender tahun baru, gula-gula dan batu motivasi.

Hari Kelah Buku 2026, ingatkan nak pi dalam 7.30. Udahnya kol 8.15 juga gerak sebab settlekan hal si bulus dulu. Sampai aje kat Taman Botani kol 8.40 gitu, rupanya dah berderet kereta beratur nak masuk ke dalam kawasan parking. Udahnya, kami terpaksa parking jauh sebab suami tak nak kereta dia kena saman. Gigih diknon kami berjalan dekat 2km nak sampai ke tapak acara. Kiranya kami settle letak

barang kat bawah pokok kat area tapak acara tu dalam 9.40. Letak aje barang, saya minta suami dok situ aje dengan kerusi healing dia sambil baca komik. Laju kaki mencari khemah urusetia. 

Sambil merayap jap area situ, dapatlah saya tengok kemeriahan awal yang berlaku. Masa ni nampaklah mereka yang memang minat jounaling, dah lama menjurnal, belajar untuk menjurnal, penerbit yang berdagang buku dan family yang dok bawa anak kecil untuk beraktiviti, semuanya happy. Kiranya masing-masing layan aje suasana masa tu. Saya yang jarang nak bercakap, tetiba aje ringan mulut. Korang layan ajelah gambar bawah ni dengan captionnya ya...

Masa ni tak perasmian belum lagi start. Tapi dapat dilihat kawasan hujung yang ada gerai penerbit nampak meriah.

Nampak yang baju pink tu. Dia novelis Karangkraf. Dia sedang ada sesi journaling dengan peminatnya.

Dari sudut pandang atas area jalan sebelah kawasan acara

Sis ni boleh aje berjournaling seorang diri. Letakkan orang yang minat buku, journaling dan art di mana sahaja, mereka tahu nak buat apa untuk isi waktu masa tu. 

Lawanya tikar piknik ni. Ceria. Rupanya ada pertandingan tikar piknik tercantik haritu untuk penerbit.

Tikar piknik design by Annjfr ni pun kiut.
 
Masa ni Perasmian Kelah Buku dah bermula.

Ada banyak booth penerbita yang on hari ni. Fixi, The Patriots, PTS, Iman, Mangosteen, Oked, Prolog, karangkraf, Kata-Pilar, Oakheart dll

Kat sini pun boleh dapat buku murah-murah dari penerbit. Kira macam ala-ala pre dulu sebelum PBAKL

Seronok betul depa  menjurnal buku. Syok apa main sticker, gam dan kertas.

Masa ni, kot ada nak tambah koleksi journaling, boleh aje dapatkan kat gerai-gerai yang ada kat situ. Semua comei-comei.

Masa ni semua orang ada aktiviti. Ada yang menjurnal, berborak, membaca, main game dengan kawan dan family, belajar menjurnal, makan dan minum dan buat kawan baru.

Saya yang memang niat nak masuk pertandingan menjurnal tu pun Alhamdulillah dah siap. Nasib encik suami ada tolong juga.

Masa ni saya dah dapat kawan baru. Saya jumpa sis Nilamtang sebab dah lama sebenarnya saya follow dia sejak zaman blogger lagi. Cuma rezekinya kali ni baru jumpa. Lepas tu, saya berkenalan dengan sorang writer, sorang penterjemah dan sorang pelukis doodle. I'm happy meeting with them.

Sis Nilamtang. Saya hadiahkan dia jurnal kesyukuran terbitan saya. Hopefully dia happy.

Oh ya, saya hadiahkan juga jurnal kesyukuran Pelengkap Kegembiraan ni kepada penulis Karangkraf Idora Darwina. Katanya, memang dah lama dia journaling. Syukur...

Kenalan baru saya ini juga saya hadiahkan mereka jurnal kesyukuran. Hopefully mereka dapat manfaatnya. 

Encik suami, dia paling lepak sekali. Dia biarkan isteri dia merayap, buat kerja, jumpa kawan baru, dan dia pula santai baca komik silatnya. Cuaca dan angin turut berkompromi pada hari tu. 

Alhamdulillah... Saya menang pertandingan menjurnal tu. Happy me...

Oh ya, anda yang nak menjurnal tapi tak tahu nak mula bagaimana, buat apa yang anda suka untuk bukukan. Jika anda suka memasak, boleh aje buat jurnal masakan, Jika anda suka pokok dan tumbuh-tumbuhan, boleh aje buat jurnal berkaitannya. Jika anda suka koleksi kertas dan apa sahaja yang menarik aktiviti pada hari-hari tertentu, boleh aje buat junk jurnal. Jika anda seorang yang suka mengembara, buat aje travelog jurnal. Dan jika anda berusaha untuk belajar tenangkan diri, bersyukur selalu dan menghargai apa sahaja yang berlaku dalam hidup dan buang rasa dengki, anda boleh cuba jurnal kesyukuran. Jika nak tulis perkara baik tapi tak pasti nak buat macam mana dan tak tahu apa kelebihannya, boleh dapatkan Pelengkap Kegembiraan, jurnal kesyukuran terbitan saya di web EkspresiSyukur

Jika anda nak tahu tentang lebih lanjut lagi tentang bersyukur, menghargai, berterima kasih, buku yang bagus dan mutiara kata yang positif, layari aje blog Ekspresisyukur ni.

Kelah Buku, bukan setakat berkelah sahaja tetapi ia lebih dari itu. Ada banyak manfaat orang boleh dapat darinya. Contohnya saya. Saya dapat kawan baru, dapat hadiahkan jurnal kesyukuran saya untuk orang cuba dan tahu tentang bersyukur serta menghargai, suami saya dapat lepak habiskan komik silatnya, kami dapat tahu yang Taman Botani ni rupanya ada banyak aktiviti menarik dan paling penting, kita dapat bersama orang tersayang dan sekepala dalam bab berkelah ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...