Assalammualaikum & salam sejahtera. Pagi tadi, mak mertua saya jatuh di dapur. Suami baru aje keluar hantar kakak ipar balik Cheras tak sampai setengah jam. Saya pula baru aje selesai bersihkan dapur lepas masak sarapan dan bagi kucing makan. Tengah saya dok rehat kejap hadap handset dalam bilik sebelum mandi tiba-tiba terdengar suara menjerit, "Fisyah." Saya diam. Kot salah dengar ke. Bukan apa, MIL memang ada pasang radio kat ruang tamu, jadi saya ingat kot lah suara orang kat radio. Saya diam lagi. Layan lagi kerja kat phone. Pastu terdengar lagi suara jerit, "Fisyah, fisyah, fisyah" Sah. Memang suara MIL. Makin kuat
Saya terus bangun dan bukak pintu. Saya pandang kerusi kat ruang tamu dia selalu duduk. Takde. Saya toleh ke dapur. Tak nampak pulak dia. "Mak, nape mak?" Kot le dia dalam bilik, saya tunggu dia bagi permission masuk. "Sini kat dapur. Mak jatuh ni." Ah sudah! Laju saya jalan. Tengok-tengok dia dan terduduk di lantai dekat kerusi meja makan. "Eh mak. Macam mana boleh jatuh ni?" Laju saya pandang dia saya pandang sinki yang terbuka paip air. Saya pandang selipar merah yang selalu dia pakai merata. Pantas saya check kaki dia. Saya cuba bangunkan dia pelan-pelan dari arah belakang badan dia. Saya dapat angkat badan dia separuh aje dari duduk. Kaki MIL macam tak kuat nak berdiri. Semacam tenaga dia tinggal 10% aje. "Kejap mak. Fisyah letak mak balik. Kita try dari depan pulak." Saya tukar posisi. Cuba angkat dia dari arah depan.Dengan guna kederat yang ada, saya cuba sekali lagi. Tak lepas juga. Saya letak dia balik. "Jap mak. Lupa nak check. Kaki mak ok ke? Ada terpeleot ke? Tadi mak kata sakit, kot le ada patah ke?"
Saya minta dia luruskan kaki. Dia lurus macam biasa. Saya pegang-pegang area kaki dan buku lali. Dia tak menjerit. Saya tanya dia lagi, "Mak jatuh macam mana tadi? Punggung dulu ke peha?" "Aku jatuh belah kiri. Selipar tu licin. Tu yang jatuh," dia cakap sambil saya tengok selipar yang dekat area sinki. Saya pandang lantai. Lantai kering tak basah. Saya pandang sinki yang air dok mengalir lagi. Saya bangun dan tutup paip di sinki. Saya nampak ada anak tudung dan tudung hitam dalam sinki. Sah! Dia basuh tangan aje anak tudung dan tudung tu dan nak sidai dalam bilik. Tak nak basuh sekali dalam mesin basuh. Saya jalan balik ke dia. "Mak, kalau fisyah letakkan mak duduk atas kerusi meja makan ni dulu boleh? Kita cuba ya."
Sekali lagi saya cuba angkat dia bahagian kanan badan dan tangan kiri dia cuba pegang tempat duduk kerusi. Tak lepas juga. Dia geleng-geleng kepala. Tak boleh. "Ok mak, macam ni. Fisyah sandarkan mak kat dinding dulu. Kita luruskan badan. Luruskan kaki. Fisyah try call Amy jap. Mintak tolong dia datang dan angkat sekali. Fisyah tak lepas angkat sorang ni mak." "Tak payahlah panggil dia. Dia kerje." Dah agak dah, mesti dia tak nak orang tahu. Masalahnya, takkanlah saya tegar nak biarkan dia terduduk kat situ aje. Kang kot apa-apa terjadi, dah 'cerita' lain pulak. Laju saya call wife anak saudara (saya suspek Amy kerja harini sebab semalam dah cuti) yang dok 6 pintu selang dari kami. Saya masuk bilik dan terus capai phone. Saya call Atif. Nasib dia cepat angkat. Terus tanyakan suami dia. Dia kata Amy kerje. Saya cakap ke dia nenek jatuh ni. Maksu tak larat angkat sorang-sorang. Takpelah, maksu try call orang lain. Masa ni mak mertua saya terpaksa pasrah ajelah saya call anak cucu dia. Saya call kak ipar n suami tak angkat. Phone charging agaknya. Saya call anak dia, nasib terus pickup. Saya khabarkan neneknya jatuh. Dia kata, dia datang sekarang dan bagitau mak.
Dah dapat call 2 orang, saya datang ke MIL yang dok bersandar kat dinding tadi. Saya tengok kaki dia. "Mak, jap fisyah check. Kot le jari mak sakit ke, terseliuh ke, patah ke. Kang jadi macam Fisyah 2 minggu lepas, tiles jatuh atas kaki. Doktor check kot le tulang retak or patah." Dia diam aje. Dibiarkan saya check kaki dia. Masa ni dah perasan, tangan dan badan dia menggeletar kuat. Agaknya tahan sakit dan terkejut. Saya pegang-pegang kaki, peha, tangan, macam ok, saya lega. "Mak kita telefon abang ya? Kena bagitau ni. Rudy takde kat rumah skarang." "Takyahlah..." dia tak bagi. Tapi saya tak kesah, saya call biras saya terus. Tak angkat. Mungkin charge phone juga agaknya. Saya terus call anak perempuan dia, hopefully ada kat rumah. Nasib 2 kali dering dia dah angkat.
"Fikrah, mak kau mana?" terus saya tanya lepas jawab salam dia. "Mak kat bawah. Ada orang datang rumah, berubat," dia jawab. "Fikrah, nenek kau jatuh ni. Maksu try angkat sorang, tak lepas. Nanti bagi tau mak abah kau ya." "Allahu Akbar nenek... Ok ok, Nanti kakak bagitau mak abah." Saya tahu mak mertua saya mesti tak suka saya call semua orang, tapi bila dah jadi gini, benda lain saya tolak tepi dulu. Kasi settle dia yang terduduk di lantai dan menggeletar tu. Settle aje call anak saudara, baru saya teringat nak call suami sendiri (udah kalut, buat aje mana yang ingat kan). Once suami saya pickup call terus aje saya terjah, "Yang, awak kat mana tu?" "Baru sampai Kajang, nape?" "Yang, mak jatuh ni kat dapur," terus saya cakap. Dengar suara suami dan kak ipar cakap Allahu Akbar kat sana. Dengar kak ipar kata, "Dee, kita patah balik." Suami terus cakap, "Yang, saya patah balik dengan adik ni tengok mak." Tengah suami saya cakap, saya dengar suara orang kat depan gate. Dengar suara Atif bagi salam. Saya inform suami yang Atif dah datang dan nak bukak gate. Dia kata ok and putuskan line. Laju saya keluar rumah dan dapatkan Atif.
Once Atif masuk, kami berdua terus dapatkan mak yang duduk di lantai. Saya pegang badan dan tangan mak belah kanan, Atif belah kiri. Pelan-pelan kami berdirikan dia. Masa ni, tangan mak dah tak berapa menggeletar. Agaknya dah lega skit lepas beberapa minit dok bersandar. Kami tanya mak nak dok mana, bilik atau sofa. Dia kata sofa. Terus kami pimpin dia ke kerusi depan. Dapat dia duduk kat sofa, kami bertiga terus lega. At least, satu perkara dah selesai. Tak lama kemudian, sorang demi sorang anak sedara dan kak ipar datang. Dan, bermula di sini pulak, sesi memujuk mak untuk setuju kami bawa dia ke klinik atau hospital untuk x-ray atau scan. Kami semua risau, kot ada tulang retak ke, urat terhimpit ke, bengkak ke, apa ke kat badan tua dia yang masuk 80 tu. Lebih setengah jam jugalah kami dok pujuk dia pi check tapi dia tolak. Sampai aje suami saya dan kakak dia sorang lagi, maka sesi memujuk sedikit keras. Saya pandangkan aje mereka. dan berharap mak lembut hatilah nak pi klinik.
Entah macam mana, Allah beri ilham ke kakak ipar and anak sedara untuk cari doktor yang boleh datang ke rumah. Alhamdulillah, anak sedara sorang ni dapat call klinik yang famili mereka selalu pergi. Dapatlah online terus dengan doktor klinik tu. Dia loud speaker terus, bagi neneknya dan semua orang dengar. Alhamdululillah, lepas dah dengar doktor tu sendiri cakap kat telefon dan suami guna nama arwah abah, mak mertua akhirnya lembut hati nak pergi klinik buat x-ray. Syukur sangat kami semua waktu ni. Lega. Makanya, kakak-kakak ipar saya temankan mak ke bilik dan bersiap. Lebih kurang 10 minit, mereka semua keluar dari rumah menuju ke klinik. Masa ni, kami harap, takpe apa-apa yang serius. Bukan apa, kami tak mahu benda yang sama jadi macam arwah FIL. Dalam masa seminggu dia jatuh terentak kepala tu, saraf dalam badan dia macam dah kacau bilau. Arwah susah nak kencing balik, asyik tidur dalam bilik (perkara ni jarang berlaku sebab dia jenis dok kat kerusi depan), kaki dia menggeletar dan tak boleh sarung selipar dengan betul dan tiba-tiba dia jatuh terduduk bila nak berjalan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan