Assalammulaikum & Salam Sejahtera. Menu sambal sardin memang itulah yang paling mudah bila dok nak kejar masa buka puasa. Untuk menu ni, anda boleh aje guna sardin tin jenama apa pun. Janji sardin tin.
Sambal sardin ni makan dengan nasi boleh, dengan roti pun boleh. Nak buat roti telur tepek sardin pun boleh juga.
Bahan:
1 tin besar sardin
1 senduk minyak masak
1 biji bawang besar dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih
1 senduk cili giling
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 biji kentang potong 4
2 sudu kicap biasa
3-4 tangkai cili padi dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak & kemudian tumis bawang besar & putih yang dihiris. Setelah sedikit garing, masukkan cili. Kacau sebentar & kemudian masukkan sedikit air. Masak hingga cili sedikit kering.
2. Selepas itu, masukkan kuah sardin tin. Kacau sebentar & masukkan kentang & air. Biarkan ia masak sehingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan pula air asam jawa. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar.
4. Kemudian, masukkan ikan sardin dalam tin. Kacau. Dan kemudian, masukkan kicap, cili padi, bawang besar potong bulat, gula & garam secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat. Siap sambal sardinnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan