Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pai Ayam, Cendawan & Kentang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni, kita try buat isi ayam pula untuk puff pastri. Alhamdulillah sedap. Tq @matgebuuntuk resipi di web. Itupun ada menderhaka skit.

Untuk yang nak try, boleh beli kulit pastry jenama kawan. Mostly kat semua supermarket ada jual. Follow aje instruction kat packaging & anda still kena uli skit guna pencanai @ rolling pin. Baru lapisan kulit pastri akan naik berlapis-lapis. Mama kata, "cantik kulitnya naik. Kalau mama buat dulu, tak menjadi langsung." Saya cakap le guna kulit dah siap aje. Lagi senang.

Bahan:
1 pek kulit pastri
200gm isi ayam
5 biji cendawa butang didadu
1 biji kentang didadu
1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam tumbuk
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih dihiris
1 helai bay leaf
1 sudu besar penuh tepung gandum
1 sudu kecil garam/secukup rasa
2 sudu besar mentega
1 biji telur (untuk sapuan)


Penyediaan:
INTI- Panaskan mentega. Tumis bawang besar, bawang putih & bay leaf, kacau & masukkan ayam, kacau & bila ayam berubah warna, masukkan kentang & air. Kacau sekali sekala lebih kurang 5-7 minit. Kemudian, masukkan cendawan. Goreng sebentar. Tuang susu & masukkan kiub ayam. Kacau rata & biar mendidih.
- Masukkan tepung gandum, kacau rata & biar pekat. Tambah garam secukup rasa & lada hitam. Kacau rata. Rasa & jika ok matikan api. Biar sejuk.


UNTUK PAI & INTI -
Tabur sedikit tepung atas meja & letakkan doh pastri. Taburkan sedikit tepung atas pastri & pencanai. Canai doh mengikut kesesuaian rupa pastri yang diingini (segi empat, segi tiga dll). Jangan terlalu nipis sangat. - Letakkan inti pai pada separuh pastri & sapukan telur kelilingnya. Lipat pastri & tekan garfu kelilingnya agar kulit tertutup rapat. Letakkan atas dulang pembakar yang ditabur sedikit tepung.
- Panaskan oven pada suhu 190°c. Uli & lipat pastri seperti tadi sehingga selesai. Setelah semua pastri atas dulang, sapukan telur di permukaan pastri. Kemudian, buat ruang udara pada kulit pastri. Ia bagi memastikan luar & dalam pai masak. Masukkan dalam oven. Bakar dalam 25 minit. Keluarkan & siap.


Ayam Bakar Panggang Berempah Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam bakar panggang berempah.
Bila encik Rudy dah expert panggang & bakar ayam, kali ni ayamnya dipanggang atas dapur dulu baru bakar dalam oven. Resipi dari @chefirvine dari rancangan Restaurant Impossible.

Bahan:
1 ekor ayam siap dipotong & dicuci.
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun (guna masa panggang ayam atas dapur)

Penyediaan:
1. Lap ayam dengan kitchen paper. Pastikan ayam tidak berair sangat.
2. Campurkan semua rempah & garam & kemudian sadurkan pada seluruh ayam.
3. Panaskan kuali leper dengan api sederhana & masukkan minyak zaitun. Setelah minyak panas, letak ayam dalam kuali leper & panggang selama 8-10 minit setiap bahagian. Panaskan oven pada suhu 210°c.
4. Setelah ayam siap dipanggang, pindahkan ayam dalam tray untuk masak dalam oven pula. Setelah oven panas, masukkan ayam & bakar selama 15 minit. Selepas itu, keluarkan ayam & biarkan ia sejuk seketika. Siap untuk dimakan dengan nasi, ratah, makan dengan tortilla atau buat sandwich.

Pavlova, Resipi Simple


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

7-8 tahun dahulu, saya teringin nak makan pavlova tapi saya tak reti masak. Pernah minta kakak ipar tanyakan kawan dia berapa harga orang jual pavlova time tu. Dan bila dengar harga & keadaan saya yang tak bekerja sangat masa tu, terus cancel. Gigihlah cari resipi. Tapi masa tu, keadaan pavlova yang dibuat sendiri tak berapa jadi tapi still alhamdulillah, ada anak saudara yang jenis makan semua & dia kata sedap. Hehe...
Dan Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit diri ni bab masak memasak. Suami, mama, mak mertua & kedua2 abah dah percaya pada anak sorang ni :)

Resipi pavlova mudah aje tapi yang mencabarnya, untuk bakar pavlova ni, ambil masa 1 1/2 jam dalam oven dengan suhu 130°c aje. Kiranya anda boleh buat bakar pavlova dulu & kemudian masak lauk berbuka. Tau2 aje dah siap dua-dua.

Bahan:
4-5 putih telur gred A
1 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan (warn putih)
1/2 camca teh serbuk vanila / esen vanila
Whipping cream (suka hati nak beli jenis botol atau kotak)
Buah2 pilihan yang anda suka

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada SUHU 180°c. , Sediakan tracing paper ikut saiz loyang & kemudian lukis beberapa bulatan atas kertas. Kemudian terbalikkan kertas & bila nak paipkan adunan, ikut aje bulatan yang dibuat tadi. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk bersih & kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih & saiznya naik 2-3 kali ganda. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga adunan kental.
3. Masukkan cuka makan & putar. Masukkan tepung jagung , serbuk vanila & gaul dengan spatula hingga rata. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Nak cantik, letak novel di muncung piping beg. Paipkan bentuk bulatan tadi hingga semua siap.
4. Masukkan dalam oven & TURUNKAN SUHU pada 130C, bakar selama 1 jam 25 minit atau hingga meringue warna coklat. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi.
5. Bila sejuk, paipkan dengan krim & tabur buah-buahan, sos coklat atau apa aje sesuai atasnya, boleh hidangkan terus atau simpan dalam peti sejuk sebelum gunakannya.

Resipi Nasi Goreng & Ikan Bilis Rangup


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah untuk iftar & hari biasa.
Untuk dapatkan ikan bilis yang rangup, anda perlu basuh ikan bilis tersebut & rendam dalam 3-4 minit agar ia lembut (kalau lepas basuh terus goreng, confirm keras). 

Resipi nasi goreng:
3 mangkuk nasi putih
1/2 bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 batang fish cake dihiris
5 biji fish ball dipotong 3
3 sudu besar cili giling
1/2 cawan air
1 biji telur
2 sudu besar kicap manis
3 Garam secukup rasa
3 sudu minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang besar & bawang putih. Masak hingga sedikit garing.
2. Masukkan pula cili giling. Kacau sebentar & masukkan air. Kacau & biarkan ia masak dalam 3-4 minit. Masukkan kicap. Kacau. Masukkan pula fish ball & fish cake. Kacau & biarkan ia masak sebentar.
3. Selepas itu, masukkan pula telur di bahagian tepi bahan masakan. Kacau kacau sedikit agar telur masak segera & pecah.
4. Masukkan nasi putih & sayur. Kacau hingga semuanya mesra. Masukkan garam secukup rasa (selalunya dalam 2-3 sudu kecil). Kacau kacau kacau & siap.

Sosej Roll Resipi Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sosej Roll ini sangat mudah & tak banyak untuk menyediakannya.
Hanya guna 4 bahan jika nak letak bread crumbs. Kalau tak suka, boleh guna 3 bahan aje.

Bahan:
4 batang sosej direbus & belah dua
8 keping roti putih dileperkan
2 biji telur
2 cawan serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Pecahkan telur & letak dalam mangkuk. Kacau. Ketepikan.
2. Letak serbuk roti dalam pinggan. Ketepikan. Panaskan minyak untuk menggoreng.
3. Letakkan sekeping belahan sosej atas roti leper & gulung. Genggam gulungan roti beberapa ketika untuk merapatkannya. Masukkan dalam bancuhan telur & sadurkan dengan serbuk roti. Masukkan dalam kuali. Ulang perkara sama untuk 3 keping roti lagi. Masak hingga keemasan. Angkat & toskan. Masak baki roti yang lain hingga selesai.

Sambal Sardin, On Aje Makan Dengan Roti & Nasi


Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah dok nak kejar masa buka puasa. Boleh aje guna sardin tin jenama apa pun.
Makan dengan nasi boleh, dengan roti pun boleh. 

Bahan:
1 tin besar sardin
1 senduk minyak masak
1 biji bawang besar dihiris
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih
1 senduk cili giling
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 biji kentang potong 4
2 sudu kicap biasa
3-4 tangkai cili padi dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & kemudian tumis bawang besar & putih yang dihiris. Setelah sedikit garing, masukkan cili. Kacau sebentar & kemudian masukkan sedikit air. Masak hingga cili sedikit kering.
2. Selepas itu, masukkan kuah sardin tin. Kacau sebentar & masukkan kentang & air. Biarkan ia masak sehingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan pula air asam jawa. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar.
4. Kemudian, masukkan ikan sardin dalam tin. Kacau. Dan kemudian, masukkan kicap, cili padi, bawang besar potong bulat, gula & garam secukup rasa. Masak hingga kuah sedikit pekat. Siap

Mi Goreng Ringkas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Mi goreng.
InsyaAllah mudah aje resipinya.
Menu mudah bukan setakat time puasa tapi bila-bila.

Bahan:
1 pek me kuning dicuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2-3 sudu besar cili giling
1 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
12 fish ball dipotong dua (letak aje apa yg ada dlm fridge)
3 sudu kicap biasa
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 biji tomato potong dadu
1 biji telur
1 ketul tauhu putih
3-5 tangkai sawi pendek. Dipotong
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling & gaul sebentar. Masukkan pula air & tomato, kacau. Biarkan masak sebentar.
3. Bila kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, sos tiram & sos cili. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.
5. Masukkan pula telur & kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul sedikit (separuh masak), masukkan mi & sayur. Masukkan tauhu yang diramas. Kacau sehingga semua bahan masakan sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit air dan sos tiram.
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar dan tabur hirisan cili merah. Siap untuk dimakan

Ikan Kembung Masak Kicap yang Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ikan kembung masak kicap.
Resipi mudah untuk yang nak lari dari menu ayam.

Bahan:
4 ekor ikan kembung digaram kunyit & goreng
3 sudu besar minyak masak
1 biji bunga lawang
1 tangkai kayu manis
1 biji bawang besar dihiris bulat
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 tangkai cili merah dipotong dua
3 tangkai cili hijau dipotong dua
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
4-5 sudu besar kicap
1/2 cawan air
1 sudu kecil lada sulah

Penyediaan:
1.Panaskan minyak dalam kuali & tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga wangi. Masukkan sos tiram & kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis . Kacau & biar mendidih seketika.
2. Kemudian, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau & lada sulah. Kacau. Masukkan ikan atau jika tak suka ikan lembik sangat, curahkan kuah kicap ke atasnya. Siap

Ikan Kembung Bakar Resipinya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ikan kembung bakar bersambal.
Resipi mudah untuk anda yang nak makan tau mau minyak 

Bahan:
3 ekor ikan kembung dibersihkan & digaram kunyit
3 helai daun pisang
1/2 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh gula
3 camca besar air

Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
2 batang serai
4 biji cili merah

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar halus hingga wangi. Kemudian, tambah pes asam jawa, air, & gula. Kacau & masak hingga naik minyak. Matikan api dan sejukkan sambal.
2. Untuk ikan kembung pula, setelah dilumurkan garam kunyit pada ikan, panaskan periuk ajaib arau non stick pan anda. Letakkan sehelai daun pisang (kalau xde, boleh aje ganti dgn kertas aluminum).
3. Lumurkan ikan kembung dengan pes bahan tumis tadi. Letakkan ikan kembung di atas daun pisang & kemudian tutup ikan dengan baki daun pisang yang lain & kemudian tutup periuk ajaib. Biarkan ikan masak dalam 8-10 minit (bergantung pada saiz ikan). 


4. Selepas itu, buka penutup periuk ajaib anda & angkat daun pisang yang menutup ikan. Terbalikkan ikan kembung tersebut perlahan-lahan & terbalikkan ia. Masakkan sebentar di sebelah tersebut & angkat. Untuk tahu isi ikan sudah masak, ia berwarna bertukar bewarna putih. Akan perlahan-lahan & siap untuk dihidang.

Kek Lapis Berempah @ Legit


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Masa kecil, pernah mama belikan kek lapis berempah @ legit ni. Subhanallah, sedap sangat kat tekak masa tu. Dan bila saya ke rumah orang yang ada kek lapis terhidang, rasanya tak sama. Ianya berlapis tapi tiada harumnya bau rempah bila dikunyah.

Dan Alhamdulillah, resipi ni dapat saya cuba bila tengok IG kat Rima. Dia selalu buat kek lapis ni, tempahan dari pelanggan dia. Dan tetiba, saya jumpa resipinya di web Tiffinbiru. So, rezekilah dapat mencuba & membuatnya.

Anda semua boleh buat. InsyaAllah. Cuma... untuk kek ini, anda perlukan sekurangnya masa 3 - 3 1/2 jam untuk menyiapkannya. Ambil masa untuk melapis.

Alhamdulillah, bila dihidang pada ayah mertua & encik Rudy, mereka kata sedap. Raya nanti boleh buat katanya (kot le sihat, InsyaAllah). Mak mertua pun request soh buat. Kiranya nanti kena buatlah tu. Spare skit untuk rumah mama.

Bahan A:
450gm mentega
150gm gula kastor
20 biji kuning telur gred A
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna kuning

Bahan B:
150gm gula kastor
6 putih telur gred A
1/2 sudu teh cream of tartar

Bahan C:
220gm tepung Hong Kong*
1 sudu teh baking powder*
2 1/2 camca teh rempah spekkoek*(*disatukan dan diayak)
Mentega cair untuk disapu pada kek

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 155c (oven kecil). Lenser tin dengan kertas minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak & lanser juga kertas tadi. Ketepikan
2.Putar mentega, susu pekat manis & golden syrup hingga sebati, masukkan gula kastor & putar hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu & terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
3.Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan esen vanilla & pewarna kuning putar rata, ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk adunan yang kering & bersih, putar putih telur & cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang . Masukkan putih telur ke dalam adunan mentega & gaul dengan kaedap kaup balik hingga sebati.
5. Masukkan tin ke dalam oven & biar 1 - 2 minit. Keluarkan tin & sudukan adunan kek 4 sudu besar penuh, ratakan & bakar 5 - 7 minit (tukar api kepada fungsi grill atau api atas sahaja). Bila masak keperangan, keluarkan & jika ada gelembong udara, cucuk perlahan dengan lidi sate & tekan perlahan dengan penekan kek lapis.
6. Sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek & lapiskan dengan 4 camca besar adunan & ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi proses menekan, menyapu mentega cair & melapis sehingga selesai & lapisan akhir anda bakar guna api atas bawah selama 10-13 minit. utup tin kek dengan aluminium foil jika permukaan kek cepat perang. Sejukkan kek, keluarkan & biar sejuk sepenuhnya.

Sup Sayur Kubis, Udang & Bebola Ikan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sup sayur kubis, udang & bebola ikan.
Resipi mudah untuk anda yang tak mahu makan makanan berminyak & nak sihat.

Bahan:
1 ikat kubis batang putih
10 ekor udang
12 biji bebola ikan potong setengah
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
500ml air
2 sudu minyak masak
1 kiub ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
Garam secukup rasa
*Jika nak pedas, boleh letakkan beberapa batang cili padi*

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & tumis bawang besar & putih. Setelah sedikit garing, masukkan udang. Kacau sebentar & masukkan air.
2. Kemudian, masukkan batang putih sawi dahulu & kiub ikan bilis. Masak hingga mendidih.
3. Selepas itu, masukkan sayur sawi hijau, bebola ikan, lada hitam, cili & garam secukup rasa. Kacau hingga mendidih. Siap

Resipi Home-Made Waffle


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Home-made Waffle.
Untuk inti atau topping, letak atau sapu aje apa yang disukai.

Ini saya sharekan resipi waffle yang sedap & menjadi dari @thepioneerwoman . Sebab, sebelum ni pernah try guna resipi kat buku yang jual mesin waffle tu tapi x menjadi sangat. Pastu x boleh terkatup rapat mesinnya.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu
1 sudu besar ekstrak vanila
2 biji telur asingkan kuning putihnya & tambah 2 putih telur lg
8 sudu besar mentega cair
Untuk inti/topping, letak aje apa suka

Penyediaan:
1. Panaskan mesin waffle.
2. Dalam 1 mangkuk, masukkan tepung, gula, garam & baking powder. Kacau.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan susu, kuning telur & ekstrak vanila. Kacau. Kemudian, masukkan adunan basah tadi ke dalam bahan kering. Kacau perlahan & kemudian guna mixer.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan putih telur & kacau guna mixer hingga ia mengembang (stiff). Selepas itu, masukkan putih telur ke dalam adunan & kacau perlahan-lahan. JANGAN KOCAK.
5. Masukkan 1-2 skop adunan ke dalam mesin waffle & bakar lebih kurang 5-6 minit. Buka penutup & letak dalam pinggan besar. Setelah sedikit sejuk, sapukan dengan kaya, peanut butter, jem atau apa sahaja. Nak rasa lain skit, letakkan aiskrim & buah-buahan atasnya. Siap.

Affogato: Espresso & Aiskrim


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Italian coffee-based dessert in da house. Ia campuran kopi & aiskrim vanila.
Untuk yang ori, disarankan guna kopi espresso panas. Tapi, encik Rudy guna kopi Vietnam aje (itu stok yg ada). Walaupun 1st time rasa, tapi memang sedap. .

Tq kak Rima @bisousatoi sebab share dessert yang sedap versi kopi. Suami suka. Katanya, "nanti share lagi yang lain jika ada ya. Dia cari resipinya."

Bahan:
1/4 cawan kopi panas / espresso
3-4 skop aiskrim vanila / coklat 

Penyediaan:
1. Skop aiskrim & letak dalam cawan. Kemudian masukkan air kopi perlahan-lahan. Jika suka, boleh letak topping hirisan coklat atau kekacang. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...