Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam sos plum Khairulaming yang viral puasa 2026


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, tahun ni dapat buat resipi Khairulaming lagi. Resipi pertama yang saya cuba adalah ayam sos plum. Bila dengar aje perkataan sos plum, huarghhh... lega sangat. Akhirnya sos plum yang saya guna hanya untuk masak ketam akhirnya digunakan untuk resipi ayam pula. Tak membazir you sos ni dibeli encik suami last year. 

Bila tengok KA share cara penyediaannya, saya confident boleh buat. Bukan apa, bahan-bahan lain tu semua ada dan selalu pun masak ayam sambal. Cuma kali ni bezanya letak kicap, sos plum dan daun limau purut. Ok gais, ini saya sharekan resipi ayam sos plum KA.

Bahan:
1/2 ekor ayam
1 sudu kecil lada hitam
3 sudu besar sos tiram
6 tangkai cili besar hijau dan merah
14 tangkai cili padi (4 tangkai untuk hiasan)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 cawan air
4 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
2 batang serai dihiris kasar
3 helai daun limau purut
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam sos plum. Ada juga si Bob interframe lepas kenyang.

Penyediaan:
1. Sadurkan ayam dengan sos tiram dan lada hitam. Bakar ayam dalam air fryer pada suhu 200c selama 20-25 minit (tengok pada saiz ayam)

Dek kerana lada hitam kisar kasar abis, kita guna serbuk ajelah.

2. Sementara tunggu ayam masak, kita buat sambal. Dalam chopper, masukkan cili besar, 10 tangkai cili padi, bawang merah dan juga bawang putih. Kisar kasar bahan-bahan ni. Kemudian, panaskan sedikit minyak. Setelah panas, masukkan bahan yang dikisar tadi. tumis sebentar sehingga cili sedikit garing. 


3. Bila cili dah nampak masak, masukkan air. Kacau dan biarkan ia mendidih sebentar. Kemudian masukkan sos plum, sos tiram, kicap manis dan sos ikan. Kacau hingga mesra.


4. Untuk lebih aromatik bak kata KA, masukkan serai, 4 tangkai cili padi dan daun limau purut yang dikoyak kasar. Kacau sebentar dan masukkan ayam panggang tadi ke dalam sambal. Kacau seketika hingga nampak mesra, dah siap. Tutup api dan hidangkan dalam pinggan yang sesuai ayam sos plum kita. Terima kasih KA sharing the recipe :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...