Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ikan Pari Bakar Bersambal


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak makan ikan ni. Selalu makan pun time mak mertua buat asam pedas. Itupun rasanya 1-2 tahun lepas. So, dek kerana saya prefer yang bakar, makanya kita masak lauk ni arini.
Mudah aje.

Bahan:
2 potong ikan pari
BAHAN KISAR HALUS
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras, hiris
1 sudu besar udang kering
2 batang serai, hiris halus
4 batang cili merah
1 inci halia
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis & letakkan atas kertas aluminium.

Penyediaan:
UNTUK SAMBAL

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masak dengan api kecil dan kacau sentiasa. Tambah air, garam & gula. Kacau sebati dan masak hingga naik minyak. Matikan api & ketepikan.

UNTUK IKAN
Ikan pari dicuci bersih & lap kering dengan tisu dapur. Kemudian panaskan non-stick pan, potong kertas aluminium besar skit dari saiz ikan & sapu dengan sedikit minyak pada permukaannya. Letak sekeping ikan pari & ratakan sambal tadi sekeliling ikan. Kemudian, lipat dua & letak dalam pan. Buat kaedah sama untuk baki ikan tadi. Masak lebih kurang 7-8 minit guna api sederhana.


Dalca Sayur Resipi Mama untuk anak-anaknya.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dalca sayur. Enak makan dengan nasi putih mahupun nasi tomato. Menu ni kalau tengok, lebih kurang macam lauk kenduri. Mama punya idea nak masak menu ni hari ni. Kita pun belajarlah apa yang patut. 

Bahan:
Kaki & leher ayam (jika nak guna ayam atau daging, boleh aje tukar)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 sudu besar cili giling
1 pek kecil rempah kari
3 tangkai daun kari
1 liter air
1/2 kotak santan (kotak kecil)
2 biji kentang potong 8
2 biji terung dipotong 6
1 batang lobak merah potong wedges
10 tangkai kacang panjang potong pendek
1 keping asam keping
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia & tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah kari & daun kari. Masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana & kacau.
2. Masukkan pula kaki & leher ayam. Kacau sebentar & masukkan 500ml air. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar. Kemudian, masukkan kentang & lobak merah. Gaul sesekali hingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan baki air 500ml lagi & masukkan santan. Kacau. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
4. Masukkan pula kacang panjang & terung. Kacau & biar mendidih. Tutup sebentar kuali dengan penutup kuali atau penutup periuk nasi. Tutup dalam 5 minit. Untuk pasti semua sayur masak sekata. Selepas itu, angkat penutup, kacau sebentar & masukkan garam gula secukup rasa. ambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap & siap dalca sayur kita untuk famili. 

Kentang 'Wedges' Bawang Putih Pedas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Serius sedap.
Rasa rangup, rasa pedas, rasa hangit tepi tu memang ngam kat tekak saya. Plus, it's healthy food.

Saya ambil resipinya dalam buku The Minimalist Kitchen, creator of @thefauxmartha
Saya cuma add on paprika skit sebab jenis tekak nak pedas.

Bahan:
5 biji kentang dipotong wedges & di lap kering
2 sudu besar minyak zaitun
4 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu kecil paprika
1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°. Lapikkan loyang dengan kertas aluminium atau kertas tracing.
2. Dalam satu mangkuk kecil, satukan minyak, bawang putih, paprika & garam. Kacau mesra.
3. Masukkan bahan tadi ke dalam mangkuk kentang. Gaul mesra atau 'toss'kan ia. Letakkan atas loyang & masukkan dalam oven. Masak dalam 20 minit - 30 minit.
Enak dimakan begitu sahaja, cicah dengan sos atau taburkan dengan keju parmesan.

Kupang Masak Lemak Cili Padi, Pergh!!


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Merayap ke Pasar Nilai 3 sabtu baru ni lepas jogging. Dan rezeki bila ternampak selonggok kupang fresh kat deretan jualan makanan laut. Exactly untuk confirm, saya tanya budak jual tu apa namanya sebab pernah kena komen di YouTube tentang lala (padahal betullah lala, budak YouTube tu yang salah) "Dik, apa nama benda warna kulit hijau tu?"
"Kupang namanya cik."
"Betullah namanya kupang ya? Bukan tiram ke, lala ke?
"Betullah kupang."
"Berapa sekilo?"
"RM9 cik." So, bila dah tau harga, pantas akak mintak bakul kecik. Sesi memilih bermula. Alhamdulillah rezeki dapat beli (sebab tak semua pasar ada jual).

Bahan:
1kg kupang cuci bersih
1/2 liter air
1 paket tempe potong 12
1 kotak kecil santan
1 tangkai serai
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
Sedikit air

Penyediaan:
1. Panaskan kuali pada api sederhana. Masukkan minyak. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Kacau sebentar. Masak hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan 2 sudu pati santan & tempe. Kacau sehingga mendidih.
3. Selepas itu, masukkan kupang & air. Kacau seketika. Masukkan pula santan. Kacau hingga sebati & masukkan sesudu dua garam (ikut rasa).
4. Tutup guna penutup periuk untuk pastikan ia masak seketika. Biarkan dalam 1-2 minit. Angkat & kacau hingga mendidih & sesedap rasa.

Cucur Udang, Resipi Mak Mertua Yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Rasanya dah bertahun mak mertua tak buat menu ni. Rasanya last dia masak 6-7 tahun dulu. Di saat saya tak berapa minat sangat bab memasak.

Pernah sekali dia soh goreng, udahnya saya terus masukkan adunan dalam sudip tanpa rendam dalam minyak panas. Conclusionnya, kena garas sudip tu sebab cucurnya melekat keras.
Ni resipi mak mertua saya. Boleh cuba.

Bahan cucur:
3 cawan tepung gandum
2 cawan taugeh
1 cawan daun kucai dipotong kasar
13 ekor udang saiz XL
1 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
2 cawan air (agak2 agar adunan tak terlalu pekat)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan kuah cili:
7-8 tangkai cili besar
5-7 tangkai cili padi
1 sudu besar udang kering
6 ulas bawang putih
1 cawan air asam
1 1/2 cawan air suam
2-3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam

Udang tu tak perlu buang kulit & kepalanya.Yang dah togel tu akak ingat nak buat rencah makanan lain.

Penyediaan:
1. Masukkan dalam satu mangkuk tepung, taugeh, kucai, bawang, telur, garam. Kemudian perlahan-lahan masukkan air & kacau adunan hingga tak terlalu pekat atau cair. Ketepikan.


2. Panaskan kuali & minyak guna api sederhana. Setelah panas, masukkan senduk bulat panjang ke dalam kuali berminyak. Biarkan seminit atau senduk panas. Setelah panas, keluarkan sendukkan & sudukan sedikit demi sedikit adunan ke dalamnya & letakkan udang di atas. Tekan skit. Masukkan perlahan dalam kuali. Biarkan terendam sehingga kulit cucur berwarna sedikit coklat.


3. Gunakan sudip atau chopstik untuk mengorek/cungkil tepi cucur yang melekat dalam senduk. Lakukan perlahan-lahan & hati-hati. Cucur akan terkeluar dari senduk & biarkan bahagian bawahnya masak & bertukar warna keperangan. Biarkan udang tu garing takpe janji isi dalam adunan masak. Buat seperti tadi sehingga siap.
4. Untuk kuah: kisar semua bahan dalam blender hingga halus. Siap.


Ikan Cencaru Belah Belakang, Sekali Hadap Aje dan Settle


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Subhanallah, sedapnya lauk ikan cencaru belah belakang ni. Saya boleh makan sekor ni sekali hadap. Kiranya makan dengan nasi putih hanya lauk ni aje dan kicap, dah jalan...

Lauk ni juga kontra dengan selera Rudy. Dia tak suka langsung ikan jaket ni. So, untuk dia, dah siap masak lauk ayam. Kenalah jaga tekak suami juga kan. Kesian tengok dia nanti bila takde selera nak makan bila takde ayam.

Resipi ni InsyaAllah mudah. Boleh le try.

Bahan:
3 ekor ikan cencaru - belah belakang
12-15 tangkai cili kering yang sudah direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
2 sudu air asam
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis
Gula
Garam

Penyediaan:
1. Kisar cili kering, serai, halia, bawang putih, bawang besar & air. Kemudian, panaskan kuali dengan letakkan sedikit minyak. Setelah panas, masakkan bahan & goreng sehingga cili masak. Bila sudah pecah minyak masukkan air asam, gula & garam secukup rasa. Masak hingga sambal pekat / sedikit kering. Tutup api.
2. Ikan cencaru, garam kunyitkan. Kemudian masukkan sedikit minyak dalam 1 cawan dalam kuali. Guna api sederhana.
3. Sumbatkan sambal sedikit sejuk tadi ke dalam perut ikan & juga belakang ikan. Kemudian, perlahan-lahan goreng ikan tersebut depan & belakang. Setelah nampak garing, dah boleh angkat ikan cencaru belah belakang kita ni. 

Spaghetti Carbonara cara Itali


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Jika perhatikan resipi spaghetti carbonara di YouTube atau di Food Network , asalnya makanan ini kurang kuahnya. Ianya creamy. Tiada kuahnya sangat. Tapi kita di Malaysia, selagi boleh, nak kuah tu macam bihun sup :)
So, saya cubalah versi Itali ni. Not bad. Cuma tang keju aje akak sadis. Malaysia ni segala macam keju semuanya mahal. Udahnya saya habiskan aje keju mozarella & cheddar yang ada dalam peti sejuk. Parmesan kat kedai aje sepaket dah RM12. Tak sampai 300gm kot.

Anyway, dan bila dicuba, Alhamdulillah sedap. Cuma jika suka pedas, boleh le tabur chili flakes bebanyak.

Bahan:
1 cekak spaghetti
2 sudu minyak zaitun / 2 sudu mentega
2 batang sosej dipotong kiub
20 keping pepperoni dihiris kasar
1 jambak cendawan enoki dipisahkan
1 cawan brokoli siap direbus
2 biji telur + 1 biji kuning telur
1 cawan keju parmesan/ cheddar
1 sudu kecil parsley
1 liter air (untuk merebus)

Penyediaan:
1. Panaskan air & rebus spaghetti. Sambil menunggu ia lembut, dalam kuali lain yang dipanaskan, masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan sosej. Kacau seketika & masukkan bawang putih serta pepperoni. Kacau hingga ia sedikit garing. Letakkan sedikit garam.
2. Masukkan pula cendawan, kacau sebentar & biarkan.


3. Dalam satu mangkuk kecil, satukan telur & keju. Kacau hingga sebati. Ketepikan.
4. Setelah cendawan sedikit kecut & spaghetti kelihatan sudah lembut, tutup kedua2 api dapur. Pindahkan spaghetti yang masih panas itu ke dalam kuali bahan goreng. Guna aje penyepit untuk mudah. Pindahkan juga dalam 2-3 senduk air rebusan ke dalam kuali. Masukkan brokoli & campuran telur & keju. Dengan pantas, kacau semua bahan dalam kuali sehingga mesra. Kepanasan spaghetti, kuali & bahan goreng tadi akan membuatkan telur & keju menjadi berkrim tanpa berketul. Setelah mesra, pindahkan dalam mangkuk & taburkan dengan daun parsley & chilli flakes.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...