Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 2 Januari 2020

Dalca Sayur Resipi Mama


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dalca sayur. Enak makan dengan nasi putih mahupun nasi tomato.
Mama punya idea nak masak menu ni.

Bahan:
Kaki & leher ayam (jika nak guna ayam atau daging, boleh aje tukar)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 sudu besar cili giling
1 pek kecil rempah kari
3 tangkai daun kari
1 liter air
1/2 kotak santan (kotak kecil)
2 biji kentang potong 8
2 biji terung dipotong 6
1 batang lobak merah potong wedges
10 tangkai kacang panjang potong pendek
1 keping asam keping
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia & tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah kari & daun kari. Masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana & kacau.
2. Masukkan pula kaki & leher ayam. Kacau sebentar & masukkan 500ml air. Kacau seketika & biarkan ia masak sebentar. Kemudian, masukkan kentang & lobak merah. Gaul sesekali hingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan baki air 500ml lagi & masukkan santan. Kacau. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
4. Masukkan pula kacang panjang & terung. Kacau & biar mendidih. Tutup sebentar kuali dengan penutup kuali atau penutup periuk nasi. Tutup dalam 5 minit. Untuk pasti semua sayur masak sekata. Selepas itu, angkat penutup, kacau sebentar & masukkan garam gula secukup rasa. ambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap & siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...