Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tomyam Ayam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tomyam ayam, mostly kita orang Asia Tenggara memang suka.
Sesuai dimakan dengan nasi, bihun mahupun begitu sahaja.

Untuk sayurnya, anda boleh letak apa sahaja yang anda suka. Batang saderi, lobak merah, putih jagung, tomato, cendawan, kubis bunga atau apa sahaja. Yang penting, anda suka. 

Bahan:
3 keping dada ayam dipotong dadu isinya
1 batang lobak merah dihiris
1/2 jambak bunga kubis dipotong ikut suka
4 helai daun limau purut
3 batang serai diketuk
10 biji cili padi belah 2 tidak putus
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 inci lengkuas, hiris nipis
3 biji limau nipis ambil jusnya
1 pek kecil pes tomyam pilihan anda
1 kiub tomyam Maggi
1 biji tomato dipotong 6
Gula & garam secukup rasa
Air
Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 biji tomato yang ranum

Penyediaan:
1. Panaskan 1 senduk minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga naik bau.
2. Masukkan 1 liter air. Kacau & biarkan sehingga mendidih. Kemudian, letak pes tomyam & lengkuas. Masak seketika.
3. Selepas itu, masukkan lobak merah & ayam. Bila ayam sudab Biarkah bertukar warna & air mendidih, letakkan pula daun limau purut, cili padi, bunga kobis & bawang besar. Kacau & masak hingga ayam lembut & sayur sedikit lembut.
4. Masuk pula sedikit gula. Tuang jus limau nipis, kacau rata & masukkan garam sesedap rasa. Masak sebentar tomyam ayam hingga mendidih & siap.

French fries with cheese, mix herbs & paprika.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. French fries with cheese, mix herbs & paprika.

Enak dimakan masa sarapan, makan tengahari, minum petang atau kudapan waktu malam.
Simple & everyone can do it. Bahan-bahannya hanya kentang frozen, chilli flakes, mix herbs, paprika dan parutan keju mozarella. Selalunya menu french fries with cheese ni saya buat memang teringin sangat. Kalau tak, saya goreng aje kentang gitu aje. 

Sambal Bilis Petai


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah tengah musim buah skarang ni, petai pun menjadi juga. Alhamdulillah rezeki Allah beri pada kita semua... Makanya confirmlah saya akan masal sambal bilis petai bila dah sampai musim. Cuma nak dapatkan petai jenis besar-besar ni, susah skit. Selalu dapat saiz comel-comel je. 

Apapun, sambal bilis petai ni bila dah ada kat meja makan, laju aje tangan masing-masing menyudunya bila makan. 

Bahan:
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)
3 tangkai petai

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula ikan bilis, bawang besar & petai. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam lagi. Jika dah puas hati, tutup api dan siap sambal bilis petai. 

Ayam panggang dengan cuka balsamic / roasted chicken with balsamic vinegar & burger ayam panggang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ayam panggang ni special sebab perap dengan balsamic vinegar. Cuka balsamic ni selalu saya tengok chef-chef di Food Network guna. Mula-mula meraban gak mencarinya. Memang tak jumpa langsung & ada pun, jenis haram.

Dan rezeki saya, tengah-tengah nak bayar buku kat Al-Hidayah, ternampak botol hitam dok display kat area tempat diskaun makanan. Tengok le kejap. Dan hati terus teruja bila tengok perkataan balsamic vinegar. So, apa lagi, saya beli le sebotol. Depa tengah promosi, lagilah jimat :)

Ini balsamic vinegar yang dibeli. Pueh hati berjumpa idaman hati :)

Untuk ayam panggang ni, anda boleh makan begitu sahaja, boleh masukkan dalam salad ataupun buat burger ayam panggang. Inilah yang saya buat bila encik hubby rajin memasak burger.

Quite an easy recipe.
Perap segala bahan sekurangnya 2 jam & panggang dalam oven 1 jam dengan 200°c. Siap.

Jika nak makan macam tu aje, boleh potong ayam panggang tersebut & picit lemon yang sudah masak itu atas ayam agar jus & isinya keluar.

Bahan:
1/4 cawan balsamic vinegar
2 sudu besar Dijon mustard
2 sudu besar jus lemon
2 ulas bawang putih dicincang garlic cloves
2 sudu besar minyak zaitun/sayuran
1 sudu kecil garam & lada hitam
1 ekor ayam di potong beberapa bahagian .

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan balsamic vinegar, Dijon mustard, jus lemon, bawang putih, minyak zaitun, garam & lada hitam. Gaul mesra.

Campuran bahan untuk perapan / marinate.

2. Masukkan bahan campuran tadi pada ayam. Gaul seketika & masukkan ayam & bahan dalam plastik. Perap sekurangnya 2 jam.
3. Panaskan oven pada 200°c. Alas dulang dengan kertas aluminium atau baking sheet. Letak ayam di atasnya & panggang dalam 1 jam hingga masak. Setelah masak, boleh aje makan begitu sahaja, makan dengan salad atau buat burger ayam panggang. Suka-suka hati.

Bila dah siap masak. Kita senyum lebar... Alhamdulillah...

Burger Ayam Panggang dengan Balsamic Vinegar. InsyaAllah semua suka. Boleh add on apa sahaja yang anda nak letak untuk intinya. 

Happy cooking.

Paprik Ayam buat peminat satu lauk dan sayur dalam satu mangkuk.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Paprik ayam, makanan yang ada satu lauk dan ada macam-macam sayur dalamnya.

Dek kerana takde idea nak masak sayur, tetiba menu ni menjelma kat minda. Apalagi, kita carilah resipinya kat web @matgebu . Ini pun menderhaka bahan apa yang ada aje.
Alhamdulillah sedap. Cuma jika anda nakpaprik ayam versi pedas, boleh tambah sikit cili kisar atau cili padi.

Bahan:
2 keping dada ayam, dihiris
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar hiris
3 helai daun limau purut
5 cili padi merah dihiris dua
5 cili padi hijau dihiris dua
1 cili merah besar dihiris kasar
2 ulas bawang putih dicincang
3 tangkai kacang panjang, kerat pendek
1 batang lobak merah dipotong serong
1/4 kubis bunga dipotong kasar
2 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 camca besar gula
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih & serai hingga harum. Masukkan cili kisar & masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan masukkan ayam. Gaul rata & masak hingga ayam berubah warna. 2. Masukkan pula sos cili & sos tomato, kacau seketika & masukkan cili padi, cili besar & lobak merah. Masak hingga lobak sedikit lembut. 3. Tambah kacang panjang & kubis bunga. Gaul hingga mesra. Masukkan daun limau purut & tambah gula Kacau dan masak sekejap.
4. Akhir sekali letak jus limau kasturi, kacau dan rasa. Tambah garam jika perlu. Siap paprik ayam untuk seisi keluarga.

Kari Sotong, dah rasa macam kedai mamak pula.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tetiba teringin bila nampak menu kari sotong ni melintas kat IG. Teringat jugak yang anak-anak sedara suka sotong. So, its time to try new menu & Alhamdulillah, mereka semua sukakannya. Bertambah nasi.

Tq @matgebu untuk resipi di web. Itupun menderhaka ikut bahan apa yang ada kat dapur. 

Bahan:
6 ekor sotong
1 biji tomato belah 8
1 1/2 sudu besar cili giling
2 sudu besar penuh rempah kari ikan
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
1 cawan santan
1/3 air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan tumis:
1 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih hiris
1 inci halia, hiris halus

Penyediaan:
1. Sotong dipotong 4-5 bahagian. Cuci & toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan bawang merah, bawang putih, halia & daun kari, masak sekejap. Tambah cili giling/kisar & tumis hingga cili garing.
3. Masuk pula bancuhan rempah kari. Masak dengan hingga rempah garing & kemudian masukkan air asam jawa. Kacau rata. Tuang air secukupnya dalam 1 1/2 cawan, kacau dan biar mendidih.
4. Selepas itu, masuk pula sotong & santan. Kacau perlahan. Bila mendidih, perasakan dengan garam & sedikit gula. Masak seketika. Tambah tomato. Kacau sebentar & rasa. Jika ok, tutup api. Siap kari sotong untuk dinikmati semua.

Jangan buang kulit lemon, limau nipis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ilmu baru dari rancangan The Kitchen kat Food Network.

Untuk tidak membazirkan kulit lemon bila kita hanya nak guna jusnya, sagat kulit tersebut & campurkan dengan gula. Gaul mesra.

Guna gula lemon ini bila nak buat lemonade, teh o ais limau, manisan dalam pastri mahupun kek & biskut.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...