Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 12 Februari 2024

Keledek goreng, makan 3 keping mana cukup. Jom masak sendiri.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Keledek goreng, masak sendiri puas hati dengan rupa, rasa dan kuantitinya.
Beberapa minggu lepas, ada beli kuih. Tapi sedikit mengecewakan. Jadinya, untuk puas hati, saya masak sendiri. Masak tengahari, sampai ke malam boleh makan. Berulang makan.
Ini resipinya saya kongsikan.

Bahan:
5 biji keledek 
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (adunan tak terlalu pekat atau cair)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Buang kulit keledek dan potong ikut saiz yang anda mahu. 
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan air. Kacau sehingga mendapat adunan yang diingini.
3. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Bila panas, celup keledek tadi ke dalam adunan dan  perlahan-lahan masukkan dalam minyak panas. Masukkan keledek dalam 8-10 keping sekali goreng. Bila nampak keledek kekuningan kedua-dua belah bahagian, bolehlah angkat dan toskan. Goreng hingga selesai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...