Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Kuih oldies yang sentiasa sedap dimakan bila minum petang atau sarapan. Kuih yang lembut, aroma yang klasik & rasa yang enak, memang membangkit selera. Ini resipinya.
Bahan:
Bahan A:
1 cawan gula Melaka (dipecah kecilkan agar mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 simpul daun pandan
Bahan B:
11gm yis
1/2 cawan air suam
Bahan C:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Bahan D:
1 cawan kelapa putih parut
1/4 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan A dalam kuali kecil & masak atas api sehingga gula melarut. Tutup api & sejukkan seketika. Buang daun pandan.
2. Masukkan yis dalam cawan berisi air & kacau. Biarkan yis mengembara dalam cawan selama 10 minit.
3. Campurkan bahan C ke dalam mangkuk besar. Kacau seketika & masukkan adunan B. Kacau sebentar dan kemudian masukkan adunan A sedikit demi sedikit. Kacau/Whisk adunan sehingga hilang bintil-bintil tepung. Jika sukar, anda boleh tapis adunan ke dalam mangkuk lain sambil menekan menggunakan sudu adunan yang terhalang oleh bintil tepung. So, adunan lebih smooth.
4. Tutup adunan menggunakan kain lembab. Biarkan selama 1 jam agar adunan kembang.
5. Setelah adunan kembang, sapukan minyak sekeliling loyang pengukus. Masukkan adunan ke dalam loyang & biarkan 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam periuk pengukus. Setwlah itu, masukkan kuih dalam pengukus & kukus selama 40 minit.
6. Setelah apam masak, keluarkan dari periuk pengukus - biarkan seketika dalam 10 minit sebelum memotong. Taburkan bahan D yang dicampur ke atas apam yang dipotong atau golekkan apam pada bahan D. Siap untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan