Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 13 September 2021

Ayam panggang kari berlemon yang sedap sangat


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam panggang kari & lemon. Mudah, murah, sedap.


Paling penting, sebelum salutkan rempah dengan ayam, ayam perlu dilap dengan tisu dapur (kitchen tissue) supaya minyak & rempah dapat tersalut elok pada ayam.

Bahan:
1 ekor ayam siap dipotong & dicuci
2 biji kentang dibelah dua
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu besar minyak zaitun 

Penyediaan:
1. Lap ayam dengan kitchen paper. Pastikan ayam tidak berair sangat. Panaskan oven pada suhu 210 darjah celcius. 
2. Campurkan semua rempah & garam & kemudian sadurkan pada seluruh ayam dan kentang.
3. Masukkan ayam ke dalam oven. Bakar selama 25-30 minit atau warna kekuningan garing. Selepas itu, keluarkan ayam & biarkan ia sejuk seketika. Siap untuk dihidang.

Rabu, 1 September 2021

Sambal telur pecah, khas buat peminat telur & makanan pedas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Menu feveret mak mertua saya masak untuk suami saya. Jadinya, harini kita kongsikan dengan semua. Makan dengan nasi sedap, nak makan dengan roti atau maggi pun sedap juga 😋🥵

Bahan:
7 biji telur
3 batang cili merah
1 cawan cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci kunyit
1/4 cawan minyak

Penyediaan:
1. Kisar atau tumbuk semua bahan (kecuali telur & minyak) hingga 90% lumat. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Setelah panas, masukkan bahan kisar/tumbuk dalam kuali. Kacau beberapa ketika & masak hingga separuh garing. Masukkan telur & kacau perlahan-lahan agar telur tidak terlalu pecah & sambal bersalut seluruhnya pada telur. Setelah tiada lagi nampak telur mentah, tutup api & pindahkan ke dalam pinggan. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...