Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 20 Julai 2020

Resipi Ayam Goreng Berempah Ala Nasi Kandar


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam goreng berempah ala nasi kandar.
Sedap. Itu yang saya rasa bila Rudy berjaya masak ayam goreng ni. Resipinya kami ambil dari FB Mamak Haji Penang. Itupun tepung beras kami tak letak sebab dah habis stok.

Sesiapa yang suka ayam goreng, boleh cuba. Warna merah yang naik dari saduran ayam tu, rempahnya dibeli di kedai rempah area jalan Masjid India. Setin RM5.50 aje.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
4 Sudu besar tepung ubi kayu
2 Sudu besar tepung beras.
1 Sudu besar tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil serbuk kunyit.
2 Sudu besar serbuk Kari Daging.
1/2 sudu kecil serbuk pewarna merah
1 Sudu besar cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar kisaran halus bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + Halia 2 inci
3 tangkai daun kari dihiris
Garam secukup untuk dirasa.
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Bersihkan ayam & garam kunyitkan ia seketika. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang besar, putih & halia. Gaul mesra.
2. Kemudian masukkan tepung ubi, tepung beras & tepung jagung bersama serbuk lada putih & daun kari.Gaulkan rata & dapatkan kelikatan tepung yang sesuai. Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebiji atau sedikit air.
3. Perap ayam dalam 1-2 jam di dalam fridge. Ini bagi memastikan rempah mesra dengan ayam.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
Gunakan api sederhana. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak. Dalam 4-5 ketul sekali goreng. Gorengan biasanya mengambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kering sewaktu menggoreng. Angkat & toskan. Siap.

Ahad, 19 Julai 2020

Nasi Briyani Johor


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

My 1st attempt. Alhamdulillah jadi.
Harini janji dengan Rudy sama-sama nak buat menu nasi kandar. Jadinya, saya ambil part masak nasi & lauk pauk manakala dia goreng ayam & goreng popodam + food tester lauk. Plus, kali ni saya masak letak kas kas.

Thanks @aziekitchen untuk resipi saya ambil di web. Ini resipinya. Saya ada tambah tolak skit ikut bahan yang ada.

Bahan:
7 pot beras Basmathi
2 biji buah tomato - direbus
1 helai daun pandan
7 sudu besar minyak sapi
Rempah 4 sekawan – kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
1 sudu kecil garam
1/4 cawan susu cair
Sedikit pewarna kuning

Bahan kisar basah:
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan kisar kering:
2 sudu besar rempah ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil kas kas


Penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis rempah 4 sekawan, daun pandan.
2. Masukkan bahan kisar basah & kacau seketika sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kering & tomato yang direbus tadi.


3. Masukkan pila beras & goreng seketika. Tuang air secukupnya & garam.
4. Masak nasi seperti biasa sehingga air hampir kering. Bila telah kering, tuangkan susu cair. Kacau rata & tutup periuk.
5. Bila air telah kering, titis pewarna kuning & tutup periuk. Jangan dikacau. Setelah nasi benar benar masak, baru kacau rata. Siap dihidang.


Isnin, 13 Julai 2020

Resipi Bihun Sup Utara yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

1st time buat bihun kuning ni. Ayah mertua yang first time tengok pun takut-takut nak makan. Katanya tak pernah lihat bihun orang warnakan kuning 😁
Dah kabor ke dia, orang Kedah & Perlis selalu buat bihun cenggini.

Alhamdulillah, sedap.
Jika ikutkan makan dengan sambal merah tapi dek kerana rumah ni suka cili kicap, Kita layankan aje. Jika suka bergedil, boleh add-on sekali.

Bahan sup:
4-5 ketul bahagian ayam (dipotong sederhana besar)
1 batang serai diketuk
1 1/2 inci halia ditumbuk
5 biji bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 sup bunjut
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 pokok daun sup dikerat kasar
1 batang lobak merah
Garam secukup rasa
1-2 liter air

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...