Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 8 Disember 2019

Sambal Udang Yang Pedas Tapi Kaw


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

The simplest picture I can took.
Dek kerana ayah mertua nak makan tengahari & akak tak sempat nak settle kemas elok-elok sebab busy sangat, makanya inilah kisah di sebalik gambar sambal udang dalam mangkuk tu, ngeee.. Itupun dia dah siap nak amik pinggan kat raknya.

Sambal udang ni memang menu feveret saya. Makan dengan nasi putih atau nasi lemak, laku keras. Nak letak dalam maggi pun jadi... Cuma sejak kahwin dengan orang tak berapa gemar seafood ni, makanya tahap dapat makan tu kekadang aje. But still, bila masak, memang yang lain ambil berekor-ekor.

Bahan:
1kg udang dibuang kepala & kulit bahagian depan.
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
2 biji bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
5-6 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula udang dan juga bawang besar. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam lagi. Jika dah puas hati dengan rasanya, tutup api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...