Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Khamis, 9 Mei 2019
Kek Lapis Berempah @ Legit
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Masa kecil, pernah mama belikan kek lapis berempah @ legit ni. Subhanallah, sedap sangat kat tekak masa tu. Dan bila saya ke rumah orang yang ada kek lapis terhidang, rasanya tak sama. Ianya berlapis tapi tiada harumnya bau rempah bila dikunyah.
Dan Alhamdulillah, resipi ni dapat saya cuba bila tengok IG kat Rima. Dia selalu buat kek lapis ni, tempahan dari pelanggan dia. Dan tetiba, saya jumpa resipinya di web Tiffinbiru. So, rezekilah dapat mencuba & membuatnya.
Anda semua boleh buat. InsyaAllah. Cuma... untuk kek ini, anda perlukan sekurangnya masa 3 - 3 1/2 jam untuk menyiapkannya. Ambil masa untuk melapis.
Alhamdulillah, bila dihidang pada ayah mertua & encik Rudy, mereka kata sedap. Raya nanti boleh buat katanya (kot le sihat, InsyaAllah). Mak mertua pun request soh buat. Kiranya nanti kena buatlah tu. Spare skit untuk rumah mama.
Bahan A:
450gm mentega
150gm gula kastor
20 biji kuning telur gred A
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna kuning
Bahan B:
150gm gula kastor
6 putih telur gred A
1/2 sudu teh cream of tartar
Bahan C:
220gm tepung Hong Kong*
1 sudu teh baking powder*
2 1/2 camca teh rempah spekkoek*(*disatukan dan diayak)
Mentega cair untuk disapu pada kek
Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 155c (oven kecil). Lenser tin dengan kertas minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak & lanser juga kertas tadi. Ketepikan
2.Putar mentega, susu pekat manis & golden syrup hingga sebati, masukkan gula kastor & putar hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu & terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
3.Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan esen vanilla & pewarna kuning putar rata, ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk adunan yang kering & bersih, putar putih telur & cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang . Masukkan putih telur ke dalam adunan mentega & gaul dengan kaedap kaup balik hingga sebati.
5. Masukkan tin ke dalam oven & biar 1 - 2 minit. Keluarkan tin & sudukan adunan kek 4 sudu besar penuh, ratakan & bakar 5 - 7 minit (tukar api kepada fungsi grill atau api atas sahaja). Bila masak keperangan, keluarkan & jika ada gelembong udara, cucuk perlahan dengan lidi sate & tekan perlahan dengan penekan kek lapis.
6. Sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek & lapiskan dengan 4 camca besar adunan & ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi proses menekan, menyapu mentega cair & melapis sehingga selesai & lapisan akhir anda bakar guna api atas bawah selama 10-13 minit. utup tin kek dengan aluminium foil jika permukaan kek cepat perang. Sejukkan kek, keluarkan & biar sejuk sepenuhnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan