Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kangkung Goreng Belacan, Menu sedap sentiasa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sedap bila makan dengan bubur ataupun nasi.

Bahan:
1 ikat kangkung diambil daun & batang lembutnya
8-10 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput belacan bakar
1/2 cawan air
Sedikit minya untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi, belacan, bawang merah, bawang putih & air. Kisar jangan halus sangat ya.
2. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan 1/2 sudu besar gula & sedikit garam. Kacau seketika.
3. Selepas itu, masukkan batang kangkung dahulu. Kacau. Biarkan ia layu sedikit & masukkan kangkung. Kacau hingga mesra & kangkung layu. Tambahkan sedikit garam. Kacau & siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...