Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Agar-agar Milo, Pandan & Oreo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ternampak agar-agar Milo Pandan last week kat IG geng memasak. So, tetiba teringat a pack of Oreo ada dalam stok. So, kita buat agar-agar inti Oreo. Alhamdulillah sedap. 

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g gula
1 tin susu cair (evaporated milk)
3/4 cawan milo
1/2 cawan air pandan (blend daun pandan & tapis)
3 titik pewarna hijau (untuk naikkan warna)
1 pek biskut Oreo (boleh aje nak guna Oreo putih / coklat intinya - pecahkan menjadi kecil tapi still keep intinya.
Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Masukkan pula susu & kacau sebentar.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil. Kemudian, masukkan serbuk Milo. Kacau hingga Milo mencair.
3. Masukkan air pandan & pewarna hijau ke dalam agar-agar warna putih tadi. Kacau & tutup api.
4. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar. 


5. Pertama, tuang 1-2 senduk adunan Milo (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 2-3 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan warna hijau di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Oreo di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan milo di atas lapisan hijau tadi.
6. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti air. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...