Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Untuk menu ni, anda guna aje apa sahaja jenis sayur yang suka/ada & letakkanlah ayam/fish balls/ fish cake atau apa aje. Nak rasa sedap skit, boleh letakkan kiub pati ayam seketul.
Kalau tak nak makan dengan nasi, celur aje bihun , mee atau mi kering. Letak cili potong dengan kicap. Perghh!!!
Bahan:
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris / ketul
2 sudu besar minyak zaitun
5 - 7 biji fishball dibelah dua
2 batang fish cake dihiris
5-6 baby corn potong dua
1/2 batang kubis panjang
2 batang saderi dihiris serong
1 batang lobak merah dihiris serong
1 batang cili merah dihiris serong
1 liter air
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa