Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Isnin, 15 Oktober 2018
Fatty Crab
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
1st time try. Rasanya ok. But I still prefer ketam masak lemak putih resipi mama. Still the best.
Oh ya, kot nak cari ketam yang banyak isi, masa pilih ketam tu, ketuk2 atau jentik kuat2 kat kepala dia. Kalau bunyi lampung maksudnya isi kurang, kalau bunyi mampat, banyaklah isinya (tip dari penjual di pasar).
Bahan:
3 ekor ketam dibelah dua
1 liter air
3 ulas bawang putih
1/2 cawan cili padi merah & hijau
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung campur sedikit air (buat bancuhan)
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam & gula secukup rasa
2 cawan air rebusan ketam
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Rebus ketam yang dah dibasuh bersih & belah dua. Rebus dalam 10 minit api sederhana. Kemudian simpan 2 cawan air rebusan ketam & toskan ketam yang siap direbus. Ketepikan.
2. Kisar bawang putih & cili padi tapi jangan halus sangat. Sedang2 gitu.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Selepas itu, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing dan masukkan sos tiram. Kacau seketika & masukkan air rebusan ketam tadi. Masak hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan pula bancuhan tepung jagung & jus limau kasturi. Gaul hingga kuah sedikit likat. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Bila rasa dah ok, masukkan ketam & gaul mesra. Biarkan masak seketika & siap.
Ahad, 14 Oktober 2018
Spicy Chicken Bites
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Spicy chicken bites.
Nak lagi sedap, cecah dengan sambal ayam penyet. Marbeles.
Exactly, ada masak nasi goreng. Dan kerana macam kosong aje makan gitu aje, saya add on sambal ayam penyet + chicken bites.
Bahan:
3 Isi ayam dipotong panjang
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada sulah/putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garlic powder
1 sudu kecil serbuk oregano
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, garam, lada sulah, lada hitam, paprika, garlic powder, oregano. Gaul mesra. Kemudian, pecahkan telur ayam dalam 1 mangkuk kecil & kocokkan ia. Ketepikan.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Setelah panas, sadurkan 1 potongan ayam pada campuran tepung, kemudian sadurkan pada telur & sadur kembali pada tepung. Goreng dalam kuali. Goreng hanya dalam 5-6 hiris sekali gus. Jangan banyak-banyak.
3. Goreng hingga keemasan, angkat & toskan. Ulang proses tadi sehingga ayam habis. Sedap dimakan dengan nasi, cicah sos atau sambal atau makan begitu sahaja.
Sabtu, 13 Oktober 2018
Cucur Gebu Gebas / Cucur Kembung
Assalammualaikum & Slaam Sejahtera.
Menu mudah untuk sarapan atau minum petang. Resipi ni saya dapat dari kakak cafe di ofis encik hubby kerja. Ingredient penting untuk cucur ni adalah YIS/IBU ROTI.
Bahan:
1 pek kecil yis
1 tangki cili merah dihiris
1 labu bawang merah dihiris
1/3 cawan ikan bilis direndam (supaya lembut)
1 batang lobak merah diparut
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Masukkan ikan bilis, cili, bawang dalam satu bekas. Gaul.
2. Masukkan pula tepung, garam, yis, telur & air. Gaul hingga mesra. Tambah air jika adunan pekat atau tambah tepung sedikit jika adunan cair
3. Biarkan adunan mesra dalam 30 minit. Panaskan kuali & goreng sejemput demi sejemput sehingga warnanya kekuningan. Angkat dan toskan. Siap
Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dek kerana dah beli labu 'holloween' yang cantik di Bandung haritu, makanya hari ni kita buat sup. Sementelah saya pun demam on off on off, memang sedap le makan. Dan Alhamdulillah, anak saudara si Ely suka dengan sup ni. Siap request nak lagi dan makan sendiri.
Tapi, labu hollowen ni, sedap buat sup atau pastri atau kek tapi tidak gulai. Kerana, esoknya mama masak gulai lemak labu, isinya tak berapa cantik dan ianya kelihatan banyak serat terkeluar berbanding labu di Malaysia.
Sup ni boleh dimakan begitu sahaja, makan dengan roti bakar / garlic bread, makan dengan pepperoni goreng & taburan daun sup/daun thyme/oregano.
Sup ni boleh dimakan begitu sahaja, makan dengan roti bakar / garlic bread, makan dengan pepperoni goreng & taburan daun sup/daun thyme/oregano.
Bahan:
1kg labu dibuang kulit & dipotong kiub besar
1 batang lobak merah dipotong dadu
1 biji kentang dibuang kulit & dipotong dadu
1 biji bawang besar potong empat
4 cawan air stok ayam (guna 2 kiub ayam & cairkan dalam air)
1/2 kotak krim (boleh guna whipping cream/heavy cream/light cream)
1/4 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan kecuali krim ke dalam periuk. Masak pada api sederhana & semua bahan empuk / lembut. Tutup api & biarkan ia sejuk seketika.P/s: JANGAN panaskan atas dapur jika sup dah letak krim. Untuk selamat, bila nak makan, panaskan sup sekejap & letak dalam mangkuk kecil & baru letak krim.
Selasa, 2 Oktober 2018
Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Subhanallah, lama rasanya saya tak makan cendawan ni. Sebab susah nak dapatkannya. Tak semua pasar atau tempat menjualnya. Alhamdulillah rezeki dapat jumpa kat pasar nilai tempohari. RM5 sepinggan.
Bahan:
200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
1 genggam ikan bilis direndam seketika & toskan
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
500ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
1/2 cawan cili padi
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Penyediaan:
1. Toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi & kemudian perah airnya. Masukkan cendawan dalam lesung & tumbuk sedikit. Jangan lumat.
2. Masukkan cendawan, serai & bahan kisar halus ke dalam periuk. Gaul rata.Tuang santan sedikit & hingga mendidih. Tambahkan ikan bilis &asam keping. Masak hingga cendawan lembut.
3.Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Kacau dan masak sebentar. Siap.
Isnin, 1 Oktober 2018
Ikan Siakap Masak Sambal
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Bila tanya suami nak makan ikan goreng apa, pantas dia request siakap. Nasib le juga nak makan ikan, kalau tak ayam aje semedang... Hehehe... .
Bahan:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
2 batang serai, diketuk
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
2 batang cili merah besar
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Gula & garam secukup rasa
Minyak untuk menumis & menggoreng
Penyediaan:
1. Lap kering ikan siakap yang bersih & sadurkan dengan lada sulah, tepung jagung & garam. Perap dalam 10 minit. Kemudian goreng. Selepas masak, angkat, toskan & ketepikan.
2. Untuk bahan sambal, kisar kasar cili padi & cili merah.
3. Panas sedikit minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia & serai. Masak hingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili yang dikisar. Masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan jus limau kasturi, gula & garam secukup rasa. Masak seketika, siap.
Langgan:
Catatan (Atom)