Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Telur Rebus Bersadur dengan Inti Ketam
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Saya nampak menu telur rebus bersadur dengan inti ketam ni kat IG @through_helenaeyes buat golden balls dia. Nampak cam sedap & mudah. So, hari minggu ni saya ngetest. Alhamdulillah sedap.
Anda pun blh cuba...
Bahan:
3 biji telur rebus
1 biji telur dikocok
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan breadcrumbs
3 crab stick yang direbus
2 sudu besar mayonis
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada sulah
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali atau pan kecil. Api sederhana.
2. Sadur telur rebus dengan tepung dahulu kemudian salut dengan telur dan kemudian breadcrumbs. Selepas itu goreng sehingga telur berwarna keemasan. Setelah masak, letakkan di atas relai / kertas tisu. Biarkan sejuk.
3. Belah crabstick memanjang atau boleh aje potong kecil-kecil dan letaknya dalam satu mangkuk. Kemudian, masukkan pula mayonis, lada sulah & garam. Gaul hingga mesra.
4. Setelah telur sejuk, belah 2 & letakkannya dalam mangkuk kecil. Letakkan di atas telur campuran ketam & mayonis. Siap telur rebus bersadur dengan inti ketam.
Happy cooking
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan