Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Spaghetti kuah putih dengan ayam popcorn / Spaghetti white sauce with chicken popcorn


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ni saya ngetest ikut penyediaan yang dikongsi oleh rakan instagram saya, Daddyisthechef.
Tapi ada menderhaka skit ikut bahan apa yang ada.

Jika ada yang nak cuba, ini resipinya. Rasanya kena alter/ubah ikut jenis keju yang digunakan. Jika guna parmesan, garam kurangkan skit kerana keju ni jenis masin skit. Tapi jika guna mozzarella, garam lebihkan.

Bahan:
1/3 spaghetti yang direbus
1 mangkuk chicken popcorn
2 sudu besar mentega (untuk menggoreng)
1 biji bawang besar dihiris
2 tangkai daun kari
1 tin susu cair
1 sudu kecil paprika (nak pedas tambah lagi)
1 sudu kecil mix herbs
1/2 cawan air
1/2 cawan mozzarella/parmesan
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Sebaik panas, masukkan bawang. Kacau seketika & kemudian masukkan daun kari. Masak sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan susu cair, air, paprika & mix herbs. Kacau kuah sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan keju. Kacau seketika.
4. Masukkan pula chicken popcorn & spaghetti. Gaul spaghetti & perisakan sedikit garam. Gaul hingga mesra & siap.

Siakap Masam Manis / Sweetsour


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya kongsikan resipi ikan siakap sweetsour @ masam manis.
Jika anda nak guna ikan spesis lain pun boleh aje. Ikut mana yang mahu. Yang samanya adalah jenis kuahnya.

Bahan:
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk lada sulah
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar pes cili
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato potong dadu
1/2 cili hijau/kuning/merah benggala
1 batang timun dibuang tengahnya & didadu
1 cawan air
1/2 sudu besar gula
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Basuh ikan bersih & salutkan ikan dengan sedikit garam, serbuk kunyit & lada sulah. Goreng hingga masak (Jangan Garing sangat). Ketepikan dalam pinggan besar.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Goreng bawang besar & bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes cili. Masak hingga naik minyak dan kemudian masukkan air. Biarkan ia masak hingga mendidih.
3. Masukkan sos tomato & sos cili. Kacau seketika. Kemudian masukkan buah tomato, cili benggala (capsicum) & timun. Masak dalam 3-4 minit. Perasakan dengan sedikit garam & gula. If rasa dah ok, boleh tutup api dan tuangkan sos tadi ke atas ikan. Jika rajin, boleh taburkan juga sedikit hirisan daun bawang/sup. Siap.

Sayur Campur


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Enak dimakan dengan nasi atau dengan makaroni rebus. Sedap lagi jika tambah dengan sambal cili kicap.
Untuk yang diet atau nak sihat, masak guna minyak zaitun sedikit ya.

Bahan:
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 besar bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 cawan isi ayam didadu
2 cawan air
1 batang lobak merah dipotong ikut suka
3 batang sayur saderi dihiris serong
10 batang sawi pendek dihiris
1 cili merah dihiris
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar & bawang putih. Goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam. Kacau sebentar dan masukkan air serta lobak merah. Masak hingga air mendidih & lobak sedikit lembut.
2. Kemudian masukkan pula batang saderi. Masak dalam 2-3 minit. Selepas itu masukkan pula sawi & cili merah. Perasakan dengan sedikit garam. Masak seketika & siap.

Jika anda nak masak untuk makan dengan makaroni, just add on air & garam. Sayur Tu pun boleh tambah jika mahu.

Ayam Masak Kicap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana dok pikir apa nak masak dengan cepat & bebudak suka, kita buat ni aje. 

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
& disalut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat. Biar empal sikit isinya.
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris (jika suka)
1 batang kayu manis
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato dipotong 6
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Sebaik panas, masukkan bawang besar, bawang putih & kayu manis. Goreng hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos tiram & kicap manis. Gaul seketika & masukkan pula air & kicap pekat. Kacau sebentar & biarkan hingga kuah mendidih.
3. Selepas itu, masukkan ayam goreng tadi, gaul sebentar & biarkan masak dalam 5 -7 minit. Masukkan garam secukup rasa & buah tomato. Masak dalam seminit, dah siap untuk dihidang.

Waffle buah & aiskrim


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Orang demam mengidam. Boleh cenggitu??
Encik hubby & saya tetiba teringin nak makan waffle bila demam macam kebah skit.

Tetiba tekak kami teringin nak makan waffle. Dan apa lagi, kita cari balik resipi apa yang mudah. Dan... Kita guna resipi oleh @laura_in_the_kitchen
Ini resipinya anda boleh cuba. Untuk adunan ni, anda akan dapat 5 keping waffles.

Bahan:
2 cawan tepung gandum/serbaguna
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 cawan susu (saya guna anchor)
2 biji telur suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila
1/3 mentega yang dicairkan
1/3 mentega cair untuk sapuan pada mesin waffle
Aiskrim & buah-buahan

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk besar, masukkan susu, telur, mentega & ekstrak vanila. Kacau hingga sekata.
2. Kemudian, masukkan semua bahan kering iaitu tepung, gula, baking powder & garam. Pukul adunan hingga mesra (tak perlu guna mesin, just guna whisk). Biarkan adunan rehat dalam 5 minit.
3. Sementara tunggu adunan rehat, kita panaskan mesin waffle. Sebaik mesin panas, sapukan mentega cair tadi di atas permukaan dengan menggunakan berus.
4. Selepas itu, masukkan 1-2 senduk adunan ke dalam mesin waffle (bergantung pada saiz mesin anda). Katup mesin waffle dan biarkan adunan masak dalam 4-6 minit. JANGAN BUKA AWAL/CEPAT kerana takut adunan lembik dan tak sempat mengeras.
5. Sebaik masak, angkat waffle dan letakkan atas piring. Buat proses seterusnya seperti tadi.

Cara menikmatinya, anda boleh letak aiskrim & buah-buahan ataupun sapukan mentega, kaya, jem di atas permukaan waffle & katup ia. Siap.

Spy Cinta Dari Chantilly yang sangat best


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya selesai baca novel Mazni Aznita @ Anita Aruszi yang baru. Buku yang pada pendapat saya sangat bagus dan saya berikan 5 bintang.

Sejak akhir-akhir ni, memang saya kadang-kadang aje membaca novel. Mungkin kerana faktor usia dan mungkin juga kerana saya terlalu memilih dalam membaca. Saya memilih kerana sekarang ini jarang-jarang ada novel yang mampu membuatkan saya membaca word by word, line by line. Selalunya ada beberapa muka surat akan saya forward kerana penceritaan yang meleret & tak masuk ke dalam jiwa (jika anda kaki novel atau ulat buku yang dah baca beratus buku, anda akan faham).

Kenapa saya berikan buku ni bintang yang banyak?
For sure jalan ceritanya yang bagus, penyampaian yang tak meleret, teka-teki yang membuatkan kita sentiasa berfikir apa akan berlaku lepas ni dan lepas ni dan lepas ni. Dan padahnya, dari start naik komuter di KL sentral sampai ke Nilai, habis beberapa bab saya baca meskipun kepala pening. Dan separuh buku habis dibaca sehingga tengah malam semalam.

Hero yang mempunyai 2 identiti ini sangat unik. Dan heroin yang nampak polos tapi keras kepala ini amat sesuai digandingkan. Mikey Mikhail & Suri Imani memang sangat secocok. Perkenalan mereka yang sangat tak dijangka dan pertemuan kembali yang 'agak cute tapi kasar' sangat menarik minat saya untuk terus membaca. Cara Mikey & Suri membalas antara sama lain mampu buat saya terus terbayangkan situasi tersebut dalam fikiran. Agak romantik. Agak lucu. Agak selamba.

Meskipun ada beberapa bab tertentu yang bercerita tentang Johanna Bassley & Ezekiel, saya tetiba jadi blur kejap tapi cepat dapat menangkap kisah mereka. Plot cerita ni sedikit berat dan peratus kisah cinta yang ada agak minimum tapi konflik yang berlaku memang mampu buat anda terus mengharapkan sesuatu yang lain berlaku selepas ini. And its happen.

Saya tak mahu komen banyak. Biar keterujaan ini anda terima sendiri. Dan untuk pengetahuan, saya dapat selesai baca dua kali buku ini dalam masa sehari setengah. Meskipun dan tamat membacanya, saya rasa seolah-olah tidak puas. Mahu terus menghayati kisah mereka.

Anyway, thanks to the writer for this awesome novel. Thanks to Allah who give her the idea.

Kisah Ajaibnya Sedekah, Buku Never Give Up

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Sedang saya habiskan bacaan buku Never Give Up, Allah Kan ada oleh Ustaz Hanafiah, saya terbaca tentang perkongsian SEDEKAH yang ada yang saya tahu tentang kebaikannya & ada yang tidak. Jadinya, saya kongsikan untuk bacaan ada semua. Moga kita dapat mengamalkannya. 





Sambal Cili Ayam Penyet


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sambal cili ayam penyet. Alhamdulillah sedap di tekak saya. 1st time cuba resipi ni & suka rasanya.

Ini saya kongsikan resipinya. Boleh buat stok untuk makan 2-3 hari.
Bahan2:
4 tangkai cili merah
17 - 20 tangkai cili padi
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1/2 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis (direndam seketika)
2 sudu besar gula melaka/gula merah
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 senduk minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan 1 senduk minyak masak. Kemudian goreng bawang, ikan bilis & gula melaka. Goreng hingga bawang sudah layu.
2. Masukkan pula cili merah, cili padi, belacan & tomato. Goreng hingga tomato layu.
3. Kemudian kecilkan api. Masukkan bahan2 goreng tadi ke dalam blander. Blend/kisar 90% lumat. Jika mesin sukar nak kisar, tambah sesenduk baki sup ayam tadi. Asalkan bahan mudah dikisar.
4. Kemudian masukkan sesenduk minyak lagi. Setelah minyak panas, masukkan semua bahan kisar tadi. Gaul seketika. Selepas itu, masukkan gula & garam secukup rasa. Jika anda ada limau kasturi, masukkan jusnya dalam 1-2 biji sahaja. Goreng cili sehingga naik minyak. Siap.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...