Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 23 Julai 2017

Potato Chips / Kentang Goreng Rangup


Assalammualaikum & Salam sejahtera.

Kerepek kentang / chips / potato chips semua orang suka.
Selalunya kalau beli chips Mr Potato. alahai isi dalam peknya, boleh menguji iman.
Dan, ditakdirkan sedang saya tengok rancangan Chef Guy Fieri, dia tengah buat kudapan chips (banyak pahala Chef Guy ni tang kongsi ilmu jika dia...). Bila saya tengok hanya perlu 4 bahan penting dan beberapa rempah ikut suka hati, soh, saya trylah. Memang BEST rasanya. Kerangupan kentang ni bertahan hampir 2 jam tanpa perlu letak dalam balang (akak letak dalam pinggan tu aje sambil tunggu adik & suaminya datang beraya).

ILMU paling penting buat chips ni, rendam kentang dalam air bercuka untuk buang sedikit kanjinya.

Jom kita cuba buat kentang ni sendiri. Anda jimat dan boleh letak apa aje perisa yang nak dicuba. Make your own chips & you won't regret it.

Bahan-bahan:
1. 1 penyakat nipis untuk sagat kentang
2. 3 biji kentang. Basuh bersih atau buat kulit. Terpulang.
3. 1 mangkuk air
4. 2 sudu cuka (saya guna cuka apple sbb itu yg ada kat rumah)
5. Minyak untuk menggoreng

Bahan rempah saduran (guna aje apa pilihan hati):
1. 1/2 sudu kecil garam
2. 1 sudu kecil lada hitam
3. 1 sudu kecil chili flakes
4. 1 sudu kecil paprika

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan rempah dlm pinggan. Ketepikan.
2. Campurkan air dan cuka dlm satu bekas. Kacau & ketepikan
3. Hiris/sagat kentang nipis-nipis dan masukkan dalam air cuka tadi. Rendam dalam 5 minit.


4. Panaskan minyak pada api sederhana. Guna sudip spider dan letakkan kentang berendam tadi ke atas sudip (air akan tertos sendiri). Perlahan-lahan masukkan kentang ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kelihatan rangup/keemasan angkat & toskan. Sadurkan bahan rempah (mcm french fries kat KFC tu).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...