Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Dah lama tak update apa-apa dalam blog ni. Akak busy skit dengan kehidupan harian sesejak akhir ni. Ini pun belajar untuk update apa yang perlu juga.
Mi kicap, 1st time makan masa kat rumah makcik saya di Ipoh. Ya Allah, rasa macam sedap sangat kat tekak ni. So, masa mula-mula akan buat, tak berapa nak jadi. Termasin sikit (lubang kicap cair tu rupanya tertebuk besar dan apa lagi, terlebih curah le).
So, this is the 2nd attempt akak buat. Alhamdulillah jadi. Anak-anak sedara pun suka. Encik hubby pun kata orait.
So, here are the ingredients & steps that you can follow (ter'speaking' le pulak pagi-pagi ni).
Bahan-bahan:
1. 1 pek me kuning
2. 1 biji bawang besar dihiris
3. 2 ulas bawang putih dihiris
4. 2-3 sudu besar cili giling / cili blend
5. 1 cawan air (untuk masakkan cili giling tu sebentar)
6. 2 batang fish cake. Dipotong
7. 3-5 ketul fish ball. Dipotong (jika nak taruk potongan ayam pun orait aje)
8. 2 sudu kicap biasa (kicap manis)
9. 2-3 sudu kicap pekat (saya guna brand Tamin)
10. 3-4 sudu sos tiram (ikut suka)
11. 1-2 sudu sos cili (ikut suka)
12. 1 biji telur
13. 3-5 tangkai sawi pendek. Dipotong (taruk aje sayur apa yang berkenan di hati)
14. 3 sudu besar minyak masak
15. 1 batang cili merah untuk hiasan
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah & putih
2. Bila dah garing sedikit, masukkan cili giling dan gaul sebentar. Masukkan pula air dan kacau. Biarkan cili masak sebentar.
3. Bila dah kelihatan garing sedikit, masukkan potongan fish cake/fish ball/ayam. Kacau.
4. Masukkan kicap biasa, kicap pekat, sos tiram & sos cili. Gaul semuanya agar sekata. Tambahkan sedikit air jika nampak kering.
5. Masukkan pula telur dan kacau sedikit. Bila dah lihat telur macam dah berketul sedikit (separuh masak), masukkan mi kuning dan sayur. Kacau sehingga semua bahan masakan sebati. Jika warna tak berapa umph, tambahkan sedikit kicap pekat. Jika tak berapa basah, tambahkan sedikit air dan sos tiram. Jika nak kering, tak payahlah tambah air dan sos tu (suka-suka hati anda)
6. Bila dah masak, masukkan mi dalam mangkuk besar dan tabur hirisan cili merah. Siap untuk dimakan.
Happy Cooking.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan