Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Moga TGNA ditempatkan di kalangan hambaNYA yang dikasihi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...
Innalillah hiwaina ilaihiroji'un, dari Allah kita datang dan pada Allah kita kembali.

Sebak, sedih, pilu, terkesan. Tiada kata yang mampu diucapkan pada rasa yang ada dalam hati dan apa yang ada dalam fikiran. Pemergian LELAKI HEBAT pada pandangan mata saya ini membuatkan saya dan hubby bersedih dan menitiskan air mata. Meskipun kami berdua tidak pernah bersua, berjumpa hatta berkenalan dengan beliau dan hanya melihat & membaca kisahnya di buku, suratkhabar, internet dan billboard, namun, auranya sebagai seorang pemimpin, ilmuwan, agamawan, ulama dan hamba Allah yang 'humble' mampu menarik kami untuk sentiasa menyokong perjuangan dan tindakannya.

Dia seorang yang sangat ringkas pada zahirnya namun sungguh teliti dalam setiap tindakannya. Pernah ada satu kisah dari sahabat saya yang pernah menjadi anak muridnya. Menurut beliau, beliau pernah kena rotan dan marah oleh TGNA gara-gara lambat bangun untuk bersolat subuh. Namun, segala tindakan TGNA padanya tidak pernah didendami tapi sentiasa diingati sebagai satu proses pembelajaran untuk taat pada Allah melalui solat 5 waktu. Lelaki hebat dan baik ini meskipun banyak fitnah dan kisah tidak benar dilontarkan kepadanya dan pastinya ada kisah yang mengguris perasaannya tetapi pendekatan yang diberikan amat mudah. Belajar untuk memaafkan kerana pada pandangan beliau orang yang menyampaikan berita tersebut tidak mengetahui perkara sebenar dan beliau juga mahukan mempermudahkan urusan hisabnya untuk masuk ke syurga Allah tanpa perlu menunggu orang yang menganiaya atau menfitnahnya tercari-carinya di alam sana.

Moga Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini ditempatkan di kalangan hambaNYA yang soleh, dirahmati, disayangi dan kami dapat berjumpanya di syurga Allah nanti. Al-Fatihah...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...