Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Senangnya masak popcorn

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Popcorn atau bertih jagung. Semua orang sukanya. Dari kecil sehingga dewasa dan orang tua.
Alhamdulillah, semalam saya dan hubby cuba masak popcorn. Entah kenapa, tiba-tiba Allah ilhamkan pada kami untuk cuba memasaknya. Apalagi, saya dan hubby pun lepas ambil stok pergilah ke kedai mencari biji jagung kering dan mentega (bahan yang lain dah ada).

Selepas asar, kami pun berharap agar popcorn tu jadi sebab masak dah jumpa biji jagung kering tu, kami tak berapa confident ia ke tidak jagung ni yang nak digunakan. Dan hubby sempat menyakat, "kalau dia tak bunyi pop-pop meriah dalam periuk tu dan hanya bunyi pek pek aje, confirm bukan biji jagung ni." Kena cari yang lain. Heh.

Alhamdulillah, bila dengar aje bunyi pop pop pop meriah dalam periuk yang bertutup tu, kami berdua dah senyum-senyum. Hubby kata, "Confirm ni biji jagung yang betul." Hehehe... Dan bila bukak aje penutup periuk lepas dia dah masak, wahh... gebunya popcorn saya tu (macam dalam gambar kat atas ya).
So, apa lagi, jom cuba. Jimat duit anda & ahli keluarga pun suka.

Bahan:
1. 1 genggam biji jagung yang kering
2. 2 sudu besar minyak sayuran / minyak zaitun
3. 3 sudu besar mentega yang dicairkan
4. 1 sudu besar garam
5. 2 sudu besar parutan keju (mozarella or cheddar)

Penyediaan:
1. Masukkan minyak ke dalam periuk yang sedikit tinggi. Buka api sederhana besar.
2. Masukkan biji jagung dan tutup terus periuk. Biarkan ia masak sehingga jagung di dalam periuk itu berbunyi meletup-letup. JANGAN buka penutup sehingga bunyi meletup itu reda atau senyap.
3. Bila sudah berhenti berbunyi, tutup api & buka penutup periuk.
4. Taburkan mentega cair, garam & keju dan kacau hingga rata. Siap untuk dihidang...

Jika anda ingin dapatkan rasa yang lain, boleh aje curahkan sedikit sos coklat atau sos strawberi jenama hershey's tu dan gaul masa dia panas-panas berserta dengan sedikit garam dan keju (kalau tak suka keju pun takpe).

Happy Cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...