Assalammulaikum & Salam Sejahtera semua...
Ayam goreng, siapa yang tak sukakan. Dan masa saya dan hubby tengok cerita Driners, Drive-ins & Dives, tiba-tiba tukang masak tu buat burger ayam bersalut cornflakes. Kita orang macam tercengang gak macam Guy Fieri, hos rancangan tu. Tak pernah terfikir langsung yang cornflakes untuk breakfast tu boleh dibuat untuk goreng ayam. Dan, dek kerana nampak senang aje cara penyediaannya, saya pun apa lagi, berkobar-kobarlah nak ngetest. Kot lah memang sedap macam yang ditunjukkan oleh hos bila merasakannya.
Dan... bila saya dan hubby dah buat, memang agree sangat yang ayam tu memang lembut dan rangup di luar bila dimakan. Kira macam ala-ala crunchy juicy gitu.
Jom saya kongsikan cara penyediaannya yang mudah untuk anda cuba bila dah tak tahu nak makan apa ya... :)
Bahan-bahan:
1. Roti burger / roti sandwich (mana-mana yang berkenan)
2. 6 filet ayam (saya beli kat pasaraya sebab kat pasar, macam susah skitlah nak soh orang tu potong kan..)
3. 200 gram tepung gandum
4. 250 gram cornflakes (yang biasa tau bukan yang madu tu)
5. 1 biji telur
6. 1/2 sudu kecil lada hitam
7. 1/2 sudu kecil garam
8. 1/2 daun oregano yang kering (saya guna yang dalam botol McCormick tu)
9. 1 biji tomato
10. Sayur salad
11. Mayonis & sos
12. Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Masukkan garam, lada hitam dan oregano ke dalam tepung gandum. Gaul agar bahan mesra.
2. Sediakan 3 bekas berasingan untuk meletakkan campuran tepung tadi, telur dan cornflakes. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Salut ayam dengan campuran tepung kemudian celup ia dalam campuran telur dan akhirnya sekali sadurkan seluruh fillet ayam dengan cornflakes. Goreng hingga masak dan keemasan.
Ayam saya ni kalau anda lihat, tak berapa disadur sangat dengan cornflakes sebab masa ni hubby saya yang buat. Bini dia time tu tengah gosok baju. Rasanya kalau sadur betul-betul, mesti seluruh ayam tu nampak crispy yummy sangat.
4. Bila dah siap menggoreng, bolehlah mulakan untuk sandwich pula. Sapukan sos dan mayonis pada roti biasa atau roti burger anda (yang dah dipotong ya).
5. Potong tomato bulat-bulat dan basuh sayur salad. Kemudian letakkan di atas roti. Letakkan pula ayam goreng cornflakes di atas sayur tersebut. Jika suka keju, boleh aje letakkan keju cheese dale atau apa sahaja keju di atasnya dan kemudian tekap dengan roti yang satu lagi.
Tada.... dah siap dan boleh dimakan untuk breakfast atau pun untuk dinner ringan-ringan.
Ini versi sandwich
Ini pula versi burger. Dek kerana ada anak-anak sedara yang tak suka keju, makannya tak letaklah. Hubby dan saya aje yang suka keju meju ni...
Happy Cooking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan