Masa hari raya lepas, saya beraya di rumah sepupu di Bentong, Pahang. Tengah lepak-lepak lepas selesai makan tengahari, dia dok hidangkan kek pada anak-anaknya dan kami. Lepas sesuap aje potongan kek @ brownies tu masuk dalam mulut, terus kata dalam hati, 'Eh! cam sedap aje.' Tangan pun capai seketul lagi.
Rupanya my mum pun suka bila dah masuk mulut. Apalagi, lepas my cousin siap potong dalam piring elok-elok, saya bawak pi ruang tamu. Bagi hubby dan abah makan. Hubby pun kata sedap. Itu yang tanya cousin, apa nama kek @ brownies ni. Dia kata congo bars. Dua ke tiga kali jugaklah saya nak menyebutnya sebab tak pernah dengar. Rupanya, kek @ brownies ni, seorang lagi cousin saya yang buat dan jual tapi saya tak tahu tentang congo bars ni. Selalunya makcik saya dan adik-beradiknya selalu beli carrot cake aje dengan dia.
Lepas dari hari tu (dan stok yang diberikan sedikit cousin saya dah habis), saya godek-godek internet dan pakcik google. Bersungguh-sungguh mencari resipinya. Akhirnya, selepas 'mengkaji' resipi mana yang mudah dan sedap (kebanyakannya cut & paste aje), saya pun ngetest. Akhirnya, jadilah congo bars yang diidamkan seperti dalam gambar kat atas. Itupun saya heret adik bongsu saya sekali minta tolong. Bukan apa, akak dia ni kalau buat kek, kekadang jadi, kekadang tak jadi. Tapi, selalunya kalau kek, memang chances dia 50-50. Hehehehe...
Dan, Alhamdulillah, semalam saya buat lagi dan berikan sedulang pada suami untuk bawa ke ofis. Alhamdulillah, depa sukakannya juga. Barangkali rasanya yang tak berapa manis dan lembut tu bila dimakan meskipun sejuk selepas 5 jam dalam peti sejuk. Tapi, memang kalau dimakan time sejuk-sejuk, rasanya memang mengancam skit :)
Ini buktinya betapa pantasnya congo bars ni habis bila orang dewasa makan. Kiranya, memang kanak-kanak dan orang dewasa boleh masuk dengan rasanya.
Jom saya kongsikan resipinya. Memang mudah dan nak lagi mudah dan cepat, saya sarankan guna hand mixer atau mixer. Kalau guna pemukul biasa tu, alamatnya dekat sejam gak lah nak bagi butter dan gula tu kembang (bergantung pada kepantasan tangan kiri dan kanan anda memukul).
Bahan-bahan (yang ni untuk 1 dulang sederhana besar):
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm mentega
320 gm gula perang yang halus (lebih cepat untuk mentega dan gula kembang) - boleh dikurangkan kuantitinya jika tak suka manis.
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1/2 atau 1 cawan kacang badam yang "slice". (Kalau masuk seketul-seketul tu, mau siapa yang ada masalah gigi, terus tak suka makan kacang langsung)
1/2 atau 1 cawan kacang pecan (kalau sukalah)
1/2 atau 1 cawan gajus (just cincang-cincang tapi tidak terlalu halus tau. Sedang-sedang gitu)
ataupun pelbagai jenis kekacang lain yang anda suka nak taruk.
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan pukul sehingga butter melarut atau adunan kembang. Selalunya gula tersebut akan jadi amat halus lepas dipukul lebih kurang 15-20 minit guna hand mixer.
3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar pukul adunan dengan pukulan sederhana perlahan atau no. 2 pada mixer tersebut.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan pukul rata.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan pukul rata.
6. Akhir sekali masukkan 3/4 chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna. Yang ni tak payah pakai mixer dah. Pakai aje senduk kayu atau plastik tu. (Oh ya, coklat tu, saya campurkan extra coklat bar yang tak habis masa kenduri bertunang cousin saya. Pakai aje apa yang ada, janji jangan membazir).
7. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau apa aje dulang yang ada tapi jangan besar sangat yang telah digris dgn mentega dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukaan adunan.
8. Taburkan 1/4 baki coklat chip yang ada ke atas adunan dalam tin pembakar atau loyang sebagai hiasan. Kalau anda google, ada macam-macam benda boleh anda taburkan atas adunan sebelum dibakar. Ada yang taruk smarties, coklat m&m, badam cincang, kelapa kering, chocolate chip warna putih, kepingan karamel yang dipotong dadu, marshmellow dan macam-macam lagi.
9. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atas kuning keemasan. Guna api atas bawah. Jangan terlebih bakar. Kalau oven kecil, guna 160C ya.
Happy cooking...
salam...
BalasPadamtengah2 malam ni dok cari resipi memang buat perut lapar. saya cari resipi sushi tadi ni singgah sini.
sudi2kan singgah blog saya ya. tq
maipilihdotcom.blogspot.com