Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 25 April 2014

Al-Quran Al-Karim Amazing yang memang Amazing

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang lagi untuk kongsikan sesuatu yang amat bagus di blog ini.
Kali ini saya nak kongsikan senaskhah al-quran terbitan Karangkraf yang memang amat bagus bagi pandangan saya yang biasa-biasa ini. Memang amazing al-Quran al-Karim Amazing ini.


Saya ada membaca post di FB tentang al-quran ini. Seorang staf Karangkraf juga ada promotekan al-quran ini pada saya. Saya ada juga lihat isinya gitu-gitu aje sebelum ini di ofis pengedar. Pada awalnya saya tak berapa endahkan sebab saya & hubby sudah memiliki al-quran yang mempunyai terjemahan, tajwid, asbabun nuzul dan beberapa lagi kelebihan. Sayang pula hendak menukarkan al-quran lama yang sudah biasa dibaca dan diingati tanda tajwidnya.

Pada suatu hari, makcik saya menempah al-quran ini dengan saya. Seorang pelanggan saya juga menempah al-quran ini. Entah bagaimana, hati saya tergerak untuk mendapatkan naskhah al-quran ini juga. Dan, bila saya buka plastik pembalutnya dan belek-belek dengan rasa hati yang sedikit nervous, tiba-tiba rasa keterujaan wujud. Makin dibelek, makin rasa teruja. Wah... seronoknya al-quran ni. Tak pernah saya rasa seronok berganda bila membacanya. Saya bukan sahaja dapat membaca terjemahan al-quran berserta dengan hukum tajwidnya, tetapi macam-macam lagi ilmu yang saya perolehi dengan al-quran.

Jom saya kongsikan 33 Panduan dalam al-quran ini buat anda semua. Moga ada boleh mendapatkan naskhah ini walaupun satu untuk sebuah keluarga.

  1. Terjemahan Tafsiriyah
  2. Penunjukkan Ayat Perbahasan
  3. Tajwid Praktis Metode Warna
  4. Panduan Hukum Tajwid 
  5. Kaedah-kaedah Tajwid
  6. Terjemahan Bahasa Melayu
  7. Mu'jam
  8. Tafsir Jalalain
  9. 7 Klasifikasi Utama Al-Quran
  10. Tafsir at-Tabari
  11. Tafsir Ibnu Katsir
  12. Riyadhus Salihin
  13. Hadis Al-Arba'in An-Nawawi
  14. Syamail Muhammadiyah
  15. Hadis Nabawi
  16. Hadis Qudsi
  17. Medical Hadis
  18. Tazkiyatun Nafs
  19. Tibbun Nabawi
  20. Asmaul Husna
  21. Doa-doa Asmaul Husna
  22. Tuntunan Doa
  23. Sirah Nabawi
  24. Asbabun Nuzul
  25. Kisah Nabi & Rasul
  26. Nasihat & Pengajaran
  27. Kajian Arkeologi & Sejarah Islam
  28. Zikir Al-Ma'surat
  29. Doa Seharian
  30. Tajwid Super Praktis Khas QRQ
  31. Indeks
  32. Tutorial Praktis Umrah dan Haji
  33. Tutorial Ibadah, Solat & Mua'malah Praktis Seharian
Banyakkan kelebihannya. Teruja betul saya bila melihatnya. Kiranya dalam 1 kitab, kita boleh rujuk macam-macam. Mungkin tidak detail tapi sekurang-kurangnya kita ditambahi ilmu tentang ayat al-quran yang diturunkan pada kita ini. Moga kita semua dan ahli keluarga kita diberikan kemudahan oleh Allah untuk mempelajari, mengamalkannya dan berkongsi ilmu yang ada ini dengan orang lain. Moga Allah merahmati mereka yang merealisasikan cetakan al-quran ini dan juga para ilmuwan yang menunrunkan ilmunya kepada kita, umat akhir zaman.

Meh saya kongsikan antara isi dalam al-quran ini.






Rabu, 23 April 2014

Jangan memandang yang muda itu tiada apa

Assalammualaikum semua...

Pagi ini saya nak kongsikan 1 kisah menarik tentang seorang lelaki muda yang pada pandangan umum atau orang yang lebih tua, tidak ada apa-apa atau ilmunya hanya sedikit sahaja berbanding orang yang umurnya lebih berusia (harus hapuskan pemikiran seperti ini kerana setiap orang ada kelebihan yang Allah berikan berbanding yang lain).

Allah mengurniakan Yahya bin Akstam al-Tamimi (w. 242H) fikiran yang cerdas pada usia mudanya. Beliau seorang remaja yang sangat cerdas melebihi ramai orang yang lebih tua daripadanya.

Imam adz-Dzahabi dalam Siyar A'lam an-Nubala' mengiktiraf beliausebagai pakar fiqah yang telah mencapai darjat Mujtahid. Kerana keilmuannya, Khalifah al-Makmum melantik Yahya bin Akstam menjadi Hakim Agama (Qadi) bagi kota Baghdad, ibu kota kerajaan Abbasiyah. Padahal usia beliau pada saat itu tidak lebih daripada 21 tahun. Semua wazir (menteri) kerajaan sering kali meminta nasihat sebelum melakukan sesuatu apa pun.

Suatu hari, seseorang berniat merendah-rendahkan Yahya kerana usianya. Manusia seperti ini selalu ada setiap masa. Ia tidak menilai orang kerana ilmunya akan tetapi kerana umurnya.

Di hadapan orang ramai, orang ini bertanya kepada Yahya, "Berapakah usia Tuan Hakim?"

Yahya bin Akstam sedar apa yang berada di sebalik soalan ini. Beliau menjawab, "Usiaku lebih tua daripada 'Attab bin Asid apabila Rasulullah s.a.w. melantiknya menjadi penguasa di Mekah. Usiaku lebih tua daripada Muadz bin Jabal apabila Rasulullah s.a.w. melantiknya menjadi qadi di Yaman. Dan usiaku lebih tua daripada Kaab bin Siwar apabila Umar al-Khattab mengangkatnya menjadi qadi di Basrah."

Jawapan ini membuat lelaki tersebut terbungkam.

Moral of the story untuk kisah ini, cuba belajar untuk tidak memandang rendah pada sesiapa pun hatta kanak-kanak kecil. Ini kerana ada ilmu yang mereka miliki tetapi tidak ada pada kita. Contoh lain juga boleh dilihat melalui pengkhususan kursus di universiti atau kolej atau maktab. Kenapa kita hanya pandai dalam bidang komputer tetapi tidak seni lukis atau pemasaran? Itu menunjukkan bahawa setiap orang memiliki ilmu yang sesuai untuk dirinya dan dimanfaatkan kepada orang lain. Maka, di sini akan berlakulah perkongsian ilmu dan tolong-menolong antara setiap insan dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia dan di akhirat.


Rujukan: Umar Muhammad Noor. 2014. Ikon Syabab. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Sabtu, 19 April 2014

Charity Shoppe Islamic Relief yang menarik

Assalammualaikum...

Sebenarnya saya dan hubby pada asalnya ingat nak berjalan di Alamanda untuk beli seluar jeans kami berdua. Dah agak uzur le katakan, sebelum koyak teruk, perlu dibeli awal-awal. Hehehe...

Dan entah macam mana, masa kami di rumah, kami terlihat sebuah rancangan Jepun Before and After yang disiarkan di channel 728. Sebuah rumah lama yang didiami oleh seorang makcik dengan seorang anak perempuan dan menantunya. Rumah Jepunkan kecil-kecil dan ini membuatkan ruang nampak sempit dengan banyak barang tidak tahu hendak letak di mana. Maka, rancangan tersebut telah membantu renovate rumah makcik tersebut. Seorang tukang kayu yang amat mahir telah mengubah rumah makcik tersebut dengan sungguh cantik dan kemas sekali sehinggakan makcik tersebut menangis.

Keprihatinan tukang kayu tersebut (dan mungkin juga para pekerjanya) telah membuat saya dan hubby terdetik untuk membantu juga seperti lelaki tersebut. Membantu dengan apa yang kita ada dan mahir. Itu yang kami terus teringat yang hubby memang ada sebut hendak menderma di Islamic Relief (bila 2 bulan lepas kami ke sana sebab ada hal sedikit di hospital An-Nur). Dek kerana memang hari ni kami nak keluar, kami rancang nak ke sana dahulu barulah cari seluar jeans.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan baik encik hubby hari ini. Bila masuk aje ke Charity Shoppe Islamic Relief kami agak surprise bila lihat keadaan dalamnya. Eh, banyaknya barang? Untuk dijual atau barang yang orang derma? Saya memang ada sedikit info tentang Charity Shoppe ini tapi once dah masuk dalam, cam kagum jap. Udahnya, hubby le yang bercakap dengan staf di situ. Saya dengar-dengar kejap dan dah dapat info sikit terus lepas tu merayap tengok barang dalam tu.

Anda boleh shopping barang terpakai di situ dengan harga yang amat murah yang didermakan oleh penderma dari pelbagai golongan dan bangsa. Apa yang dimaksudkan dengan pelbagai golongan dan bangsa? Konsep Charity Shoppe ini adalah menjual barangan terpakai dengan harga rendah dari harga semasa dan berpatutan untuk tujuan kebajikan. Kesemua barangan yang dijual di sini adalah sumbangan sepenuhnya dari orang ramai tidak mengira bangsa dan agama. Ini kerana ia sejajar denganhala tuju Islamic Relief (IR) dan IRM yang mahu mewujudkan dunia yang prihatin di mana insan akan membantu insan yang lain tanpa prejudis (yang ni saya ambil di FB Charity Shoppe ya. Kang salah info pulak).

Meh saya kongsikan antara barang yang ada di kedai ini yang boleh anda dapatkan dengan harga murah.







Antara barangan yang boleh anda sumbangkan di sini adalah seperti pakaian, pelbagai jenis beg, peralatan dapur, peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, buku dan majalah, malahan aksesori wanita dan lelaki.
Lain-lain tarikan Charity Shoppe adalah kafe makanan ringan sebagai kemudahan untuk pengunjung yang ingin beli-belah secara santai dan sudut membaca yang disediakan untuk anak-anak kecil yang ingin menikmati bahan bacaan ringan di sini.

Ini alamatnya jika ada antara anda yang ingin menderma duit ataupun barangan ataupun berminat untuk menjadi sukarelawan.

Charity Shoppe
Islamic Relief Center
A-05-G, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Seksyen 9,
Pusat bandar,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Waktu beroperasi:
Selasa - Sabtu: 11:00am - 7:00pm
Ahad - Isnin & Cuti Umum: TUTUP

Selasa, 8 April 2014

5 stars for Guy Next Door by Rose Harissa

Assalammualaikum...

Dah lama tak baca novel karya Rose Harissa untuk buku dewasa. Bila nampak buku baru dia ni release, terus teringat buku dia yang heronya Ervan Prima Sakti tu. Oh, makcik suka cerita tu dan dari situlah saya suka baca novel karya Rose Harissa a.k.a Nora Ismail.

Gaya penulisan yang sempoi tapi masuk ke jiwa. Mampu buat saya ni tersengih sorang-sorang sambil membayangkan adegan dalam novel tu kalau dijadikan babak dalam versi filem pulak. Heronya pula mestilah ikut macam dalam gambar yang dilukis oleh Rose Harissa sendiri. Ops! Lupa nak bagi tau, kalau nak tengok macam mana rupanya hero heroin setiap novel karya dia, boleh aje ke FB dia atau blog dia. InsyaAllah mesti jumpanya.

Untuk buku ni, first chapter aje dah buat saya gelak-gelak. Dah terbayang yang chapter seterusnya mampu buat saya ketawa sorang-sorang. Dek kerana tahu yang Rose Harissa memang pandai melukis, cepat-cepat ke FBnya. Nak tengok rupa Adam dan Kris. Wah... suka suka... Terus bayangkan mereka berdua untuk bacaan seterusnya.


Bila masuk bab 5 aje, senyuman saya makin meleret. Siap ketawa kecil lagi. Kad yang dilukis oleh Adam pada Kris sebagai tanda minta maaf sungguh cute. Dan dek kerana kad ni, saya terus teringat betapa gigihnya encik hubby saya dulu mengorat. Mana taknya, my beloved hubby memang seorang yang pandai melukis dan berseni sikitlah berbanding isteri dia ni yang pandai lukis orang lidi dan daun aje. Hahaha...
Dulu, siap bagi saya gambar potret anak sedara dia yang kecil, lukis gambar kartun, hantar lagu dalam tulisan dan macam-macam lagi. Bila dikenangkan balik, I missed all the precious moments. Dan... dengan jayanya saya telah membuat encik hubby membuat kembali perkara comel yang dia pernah buat pada saya dulu. Tapi kali ni dalam versi gambar dan whatsapp lah. Hanya untuk tatapan isteri dia ni aje. hohohoho...

Comelkan kalau dapat kad macam ni. Bayangkan kalau dalam versi berwarna. Best best... I'm so jealous dengan orang yang pandai melukis. Hadiah dari Allah.

Bila Kris dan Adam dok perang mulut dengan gaya penulisan yang selamba itu memang mampu membuatkan saya tersenyum, serius, sedih dan siap meleleh air mata lagi. Nak tau kenapa meleleh air mata? Becoz of Adam mother's passed away dengan tiba-tiba. Touching touching. Tapi yang bagusnya, meskipun pada awalnya Adam memang lemah sangat nak bangkit lepas tahu mak dia dan meninggal tapi lepas tu dek kerana perangai Kris yang kadang-kadang kelakar, suka cari gaduh, dan lurus, mampu buat Adam ceria kembali.

Tapi perangai Kris yang ego melangit dan tak mau kalah ni yang buat saya sakit hati sikit. Ish... geramnya. Kalau adik aku, dah lama aku sound-sound kan. Belajar untuk beralah, minta maaf jika salah dan bila dah berkahwin, apa sahaja tindakan kita perlulah mendapat redha suami. Sebab syurga kita pada dia selepas berkahwin + suami masih lagi mengikut hukum dan perintah Allah.

Lagi satu yang saya suka tentang novel ni, kata-kata falsafah dari Adam dan mak dia dan kadang-kadang Kris membuatkan saya admit what they said. Masing-masing ada pendapat masing-masing dan selagi ok, just agree.

Oh ya, lagu-lagu yang diselitkan dalam novel ni juga buat saya terimbau lagu tersebut dan kenangan dari lagu tersebut. Contohnya lagu Say A Little Pray For You by Diane Warwick membuatkan saya teringat cerita My Best Friend Wedding. Filem yang saya dan rakan-rakan masa sekolah tengok dan siap beli vcdnya lagi. Lagu I Love You Baby by Frank Sinatra versi Heath Ledger menyanyi dalam filem 10 Things I Hate About You telah mampu membuatkan saya ke youtube untuk mengimbau kembali dan menyanyikannya. Plus, lagu Yuna, Terukir Bintang dan Stand By Me oleh Ben E. King. Very nostalgic.

Meh saya kongsikan lirik I Love You Baby by Frank Sinatra yang betul-betul buat saya seyum dan menyanyi sama.

You're just too good to be true can't take my eyes off of you
You'd be like heaven to touch I wanna hold you so much
And long last love has arrived and I thank God I'm alive
You're just too good to be true can't take my eyes off of you

Pardon the way that I stare is nothing else to compare
The sign of you usually weak there are no words left to speak
But if you feel like I feel please let me know that it's real
You're just too good to be true can't take my eyes off of you
I love you baby and if it's quite all right
I need you baby to warm your lonely night
I love you baby trust in me when I say
Oh pretty baby don't bring me down I pray
Oh pretty baby come on and find you stay
And let me love you baby let me love you

You're just too good to be true...
Can't take my eyes off of you
You'd be like heaven to touch I wanna hold you so much
And long last love has arrived and I thank God I'm alive
You're just too good to be true can't take my eyes off of you
I love you baby and if it's quite all right
I need you baby to warm your lonely night
I love you baby trust in me when I say
Oh pretty baby don't bring me down I pray
Oh pretty baby come on and find you stay
Oh give you baby trust to me what I said
I need you baby to warm your lonely night
Oh pretty baby come on and find you stay
And let me love you baby let me love you


Selasa, 1 April 2014

5 bintang untuk Ikon Syabab yang bermanfaat

Assalammualaikum semua,

Kali ini saya nak kongsikan 1 buku yang mendapat 5 bintang dari saya. Buku Ikon Syabab oleh Umar Muhammad Noor terbitan Telaga Biru.


Buku tulisan Umar Muhammad Noor memang saya dan suami senangi. Perkongsian ilmu menerusi kisah-kisah terdahulu dan pengajaran darinya membuatkan kami berdua rasa amat seronok membacanya dan berasa ilmu semakin bertambah (mungkin tak semuanya diingati tetapi tetap ada 1-2 kisah yang diselitkan terkena pada diri sendiri sebelum ini).

Semakin baca semakin suka. Penyampaian yang santai, contoh mudah yang diberi, kisah orang-orang alim terdahulu dan animasi yang sesuai membuatkan pembacaan menjadi seronok. Kisah-kisah yang dikongsikan tentang betapa pentingnya semangat orang muda membuatkan saya terasa yang masih belum terlambat untuk saya mempraktikkan. Bak kata ilmuwan terdahulu, belajar itu tugas sepanjang hayat. Maka, saya kembali untuk belajar memperbaiki diri demi memperbaiki agama dan ilmu serta praktikaliti. Mungkin mengambil masa tapi usaha tetap usaha.

Di sini saya selitkan antara 1 kisah menarik untuk bacaan anda :)

Generasi Salaf Generasi Membaca. Setiap Masa, Setiap Tempat
Imam Ahmad bin Yahya, seorang pakar tafsir yang dikenali sebagai gelaranTsa'lab (w. 291H), selalu membawa buku ke mana-mana beliau pergi. Setiap kali dijemput ke walimah, beliau mensyaratkan agar tuan rumah menyiapkan baginya tempat khas untuk meletakkan buku dan membaca.

Ibnu Rusyd (w.595H), ahli fiqah dan falsafah terkenal. Beliau terkenal selalu membaca buku setiap saat. Tidak pernah beliau meninggalkan buku selama hidupnya kecuali 2 malam iaitu malam beliau menikah dan malam ayahnya meninggal dunia.

Adz-Dzahabi menceritakan dalam Siyar A'lam an-Nubala bahawa setiap kali 'Amr bin Bahr al-Jahizh (w. 250H) memegang sebuah buku, beliau akan membacanya dari awal hingga akhir walau apapun jenis buku.

Menurut Ibn Khaldun, buku ialah cermin ketamadunan. Orang-orang primitif zaman batu dahulu tidak memiliki buku untuk dibaca. Mereka hanya memiliki huruf-huruf dan gambar-gambar yang mereka goreskan di atas batu. Apabila buku diciptakan, manusia seolah-olah memasuki satu anjakan baharu dalam sejarah kehidupan mereka.

Jika buku cermin ketamadunan maka membaca adalah ciri manusia moden. Orang yang suka membaca terdedah kepada pelbagai ilmu dan idea baharu yang belum pernah dimiliki. Semakin banyak yang mereka baca, semakin luas dan cerdas minda mereka.

Pada pendapat saya, setiap ibu bapa perlu menghadiahkan buku ini kepada anak-anak sebagai bahan bacaan. Moga ilmu yang dikongsikan di dalam buku ini dapat dipraktikkan oleh anak-anak anda mahupun anda juga. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...