Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 23 Mac 2014

Bagels, roti yang boleh dimakan begitu sahaja, dicelup dalam air ataupun dibuat sandwich

Assalammualaikum...

Dah seminggu lebih rasanya saya tak kongsi apa-apa. Busy sedikit + badan tak sihat. Kafarah dosa untuk saya... Alhamdulillah...

Kali ni saya nak kongsikan resipi roti bagels dengan anda semua.
Roti ni bukanlah roti yang lembut macam roti gardenia atau high 5. Ia roti yang sedikit liat tetapi sedap dimakan dengan pelbagai cara yang anda suka.

Anda boleh makan roti ini dengan cara:

  1. Makan begitu sahaja
  2. Celup dengan air milo panas, coklat panas, susu atau apa sahaja minuman kesukaan
  3. Boleh dibuat sandwich dengan memotong tengah roti dan taruklah sayur atau sardin atau apa sahaja yang berkenan di hati
  4. Boleh dipotong tengah dan diletakkan marjerin atau taburan gula atas marjerin (alah, mcm makan roti gardenia dengan mentega dan gula tu). 
  5. Boleh sapukan jem kesukaan dibelahan tengahnya juga

Menarikkan. Macam-macam cara boleh dimakan roti ni. Roti ini juga tahan lama. Dalam 2 minggu pun masih tak berkulat. Nak tahan lagi lama, letak dalam fridge. Hehehehe...
Jom saya kongsikan resipinya.

Bahan-bahan:
1. 7 cawan tepung roti / 1kg tepung roti
2. 1 sudu besar garam
3. 1 sudu besar yis
4. 2 sudu besar gula kastor
5. 2 1/4 cawan air suam
6. 1 sudu besar minyak sayuran / minyak biasa
7. 8 cawan air (untuk rebus bagels sebentar)
8. 5 sudu teh baking soda (untuk rebus bagels sebentar)
9. 2 sudu besar gula (untuk rebus bagels sebentar)

Untuk saduran & hiasan atas:
1. 1 biji telur dipukul
2. Mozarella cheese
3. Poppy seed

Penyediaan:
1. Campurkan tepung, garam dan yis dalam 1 mangkuk besar. Campurkan garam dan minyak dalam air dan tuang dalam bahan-bahan campuran tepung tadi.  
2. Uli dalam 7-8 minit menggunakan mixer roti. Gunakan medium/low speed. Doh kemudiannya akan melekat/berpaut pada bahagian bawah mixer. Jika nak guna tangan untuk menguli pun boleh. Cuma pastikan ada benar-benar berkederat.
3. Bulatkan doh dan letakkan doh ke dalam mangkuk yang telah disapukan minyak kelilingnya. Tutup mungkuk berisi doh dengan plastik dan kemudiannya kain. Ini bagi memastikan apabila doh naik, ia tidak melekat pada tuala. :) Biarkan dalam 1- 1 1/2 jam.


4. Apabila doh dah naik, ambil sedikit doh dan buatkan ia sebesar saiz buah lemon. Bulatkan ia dan buat lubang di tengah-tengahnya macam donat cuma bukan terap tapi lubangkan aje sebesar duit 20 sen. Letakkan di atas dulang yang disapukan sedikit marjerin.
5. Buat sehingga habis doh. Kemudian biarkan doh naik dalam 20-25 minit. 
6. Dalam satu periuk sederhana besar, tuangkan 8 cawan air tadi bersama dengan gula dan baking soda. masak hingga mendidih. Bila sudah mendidih, perlahankan api dan mula masukkan 2-3 bagels ke dalamnya. Jangan terbalikkan bagels tu. Biarkan aje kerana jika terbalikkan iaakan kembang/basah lencun seluruhnya. Tak mahu begitu tau. 
7. Angkat setiap bagels perlahan-lahan menggunakan spatula yang berlubang agar senang menapis. 
8. Letakkan bagels tadi ke atas dulang yang disapu marjerin. Bottom side down tau. 
9. Sapukan bagels tadi dengan telur dan taburkan hiasan atas dengan keju mozarella, poppy seed atau biarkan dengan telur sahaja.
10. Bakar pada suhu 180 darjah celcius dalam 20-25 minit sehingga roti kelihatan berwarna coklat. Setelah masak, biarkan ia sejuk sebentar dan bolehlah dimakan ikut kesukaan anda.

Happy cooking...

Khamis, 13 Mac 2014

Staff manners, perbezaan yang amat ketara

Assalammualaikum...


Adab atau manners akan sentiasa diambil kira oleh setiap orang bila berhadapan atau dealing with dengan sesiapa sahaja. Tak kira dengan kawan lama, kawan baru, jiran, saudara-mara, ahli keluarga, pelanggan, bos mahupun orang yang tidak dikenali.

Hari ini, untuk entah kali keberapanya sahaja berhadapan lagi dengan perangai staf yang tak semenggah dari sebuah syarikat. Saya call sebab saya nak maklumkan yang stok saya ambil terkurang dan nak tanya sama ada memang saya terlupa atau stok tiada. But the way she talked and replied to my question was make me so angry. Kau ni faham ke tidak etika berhubung dengan pelanggan? Cakap suka-suka hati tanpa fikir yang aku ni bayar kau cash tanpa hutang tahu tak. Bos kau bekerja cari duit nak bayar gaji, air, letrik and everything but the way you treat customers was so damn unacceptable.

Bukan saya sorang aje customer yang dilayan begitu. Adakala mata ni perasan akan pelanggan lain yang cukup bersabar deal with you guys. Dan nak dijadikan cerita, hari ini juga 1 lagi company yang saya ambil stok call saya. Menyatakan yang stok buku yang saya mahukan ada. Siap tanya nak reserve berapa? Dan bila saya minta tolong poskan, mereka takde langsung masalah nak uruskan. Plus, they give me solution how to make sure my parcel can be sent in a cheap way within less than 4 days. Mereka takde masalah langsung nak call saya 3-4 kali hari ini meskipun adakala saya tak sempat angkat (kat dapur masa tu, tengah masak).
Nampak tak perbezaan kat situ bagaimana mereka treat their customers.

Itu belum lagi banyak perkara lain yang saya lihat dan alami antara dua buah syarikat ini. There are so many differences. From top to bottom. Yang paling saya rasa tersentuh antara perbezaan staf dua syarikat ini ialah staf di syarikat yang saya suka deal ini amat mengenali cara saya bekerja dan juga diri saya. Mereka adakala bertanya tentang kesihatan saya, bagaimana saya datang hari ini, boleh bercakap terus dengan mak saya jika ada buku yang saya tak pasti tajuknya dan mereka layan baik hubby saya. Ini antara faktor juga yang menyebabkan suami saya lebih suka ke syarikat tersebut berbanding dengan syarikat yang mempunyai masalah staf dan adamasanya bos juga. Kalau ikutkan hati, hubby saya memang nak aje sound direct tapi mungkin memikirkan saya atau barangkali staf tersebut kena marah dengan bos dia, dia tahankan aje.

Saya bukan hendak banyak komplen or songeh cuma saya mahu kongsikan pengalaman saya yang deal dengan staf yang bermacam-macam perangai ini. Saya banyak juga deal direct dengan distributors atau publishers dan dari situ banyak kekurangan dan kelebihan sesebuah syarikat saya ketahui. Saya memang tabik spring dengan ketua syarikat yang menjaga kebajikan pekerjanya, menjaga bicaranya dan yang menjaga cara hubungan mereka dengan pelanggan tidak kita besar atau kecil.

Moga Allah memberi saya kesabaran dan jalan terbaik untuk menjaga hubungan dengan semua syarikat I'm dealing with. Saya cuba mencari rezeki yang halal dan saya juga mahu hubungan yang baik terbina untuk jangkamasa yang lama selagi mana saya hidup.

Ada satu hadis atau firman Allah (maaf saya tak ingat yang mana satu) yang saya baca sebulan dua yang lalu. ia berkaitan dengan apa yang kita kata atau buat menyakitkan hati orang lain atau under estimate, Allah akan membalas dengan cara yang hampir sama dengan orang yang kita kecilkan hatinya atau under estimate tu selagi mana kita hidup. Dari situ, saya takut untuk melakukan perkara yang boleh membuatkan orang kecil hati atau memandang rendah orang lain atau apa sahaja perkara yang negatif. Saya mahu Allah sayang saya dan saya mahu masuk ke syurgaNya.

Akhir cerita, saya harap syarikat yang mempunyai masalah staf dan bos (kadangkala) itu diberikan hidayah oleh Allah dalam menjaga hubungannya sesama manusia. Untuk pembaca entri ini, doa anda juga saya harapkan. Doakan ya...


Selasa, 11 Mac 2014

Soft Oatmeal Cookies with Chocolate Chip

Assalammualaikum...

Bila saya tengok biskut kat atas tu, tetiba rasa macam nak request aje kat tukang buatnya. Rasa biskutnya sungguh lembut, sedap dan paling penting kenyang. Nak tau kenapa kenyang? Sebab saiz biskut tu sebesar tapak tangan... maunya tak kenyang. Mama saya siap makan separuh dulu dan separuh lagi simpan untuk makan kemudian.

Rasanya ada yang hujung minggu ni atau minggu depan saya request kat tukang buat cookies ni. Stok dah habis le katakan... Exactly, tukang buat cookies ni adalah encik hubby saya dan my little sister. Bersungguh-sungguh depa try buat cookies ni untuk first timenya. Dan akhirnya jadi... :)

Hubby saya memang penggemar biskut coklat ala-ala cookies yang berjaya. Kalau pi raya rumah orang, itu yang di 'food testing'kan. Dan sesejak akhir ni, dia rajin beli soft cookies kat Subway. Murah sikit dari beli kat Famous Amous tu. Udahnya, dia cakap dengan saya nak buat masak soft cookies pula. Makanya, saya carikan kat internet resipi soft cookies yang ada. Dan akhirnya saya jumpa satu blog ni. Memang best sangat. Ada macam-macam resipi cookies, roti, ayam, makanan romania, itali, japan dan lain-lain negara dia try. Nama blognya Home Cooking In Montana. Google aje. InsyaAllah jumpa blog yang sungguh bermanfaat ini.

Gambar cookies terbaru ambang 2018. Hehehe...

Meh saya kongsikan resipi Biskut Lembut Oatmeal dengan Cip Coklat ni (entah ia ke idak translation saya ni):
Bahan:
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sudu teh baking powder
3. 1 sudu besar baking soda
4. 1/4 sudu teh garam
5. 1 cawan mentega suhu bilik
6. 1 cawan gula perang
7. 1 cawan gula kastor
8. 2 biji telur
9. 3 cawan oat
10. 1 cawan cip coklat

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dengan gula perang dan gula kastor. Pukul hingga lembut dan gebu. Boleh guna hand mixer atau whisk. Mana yang senang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dalam satu masa. Pukul adunan lebih kurang dalam 30 saat.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung, baking powder dan garam. Gaulkan perlahan-lahan dan ayak.
4. Kemudian, masukkan campuran tepung yang diayak tadi ke dalam adunan mentega gula secawan demi secawan. Pukul hingga mesra sehingga adunan bercampur keseluruhannnya.
5. Selepas itu, masukkan oat dan cip coklat dan gaul sehingga mesra.
6. Panaskan oven pada 175 darjah celcius.
7. Sediakan dulang yang disapukan sedikit mentega agar biskut tidak melekat bila sudah masak / guna non-stick pan.
8. Senduk @ kaup sedikit adunan biskut tersebut dan bulatkan ia. Letak atas dulang. Jika mahu biskut besar maka, kaup le banyak sikit. Jarakkan setiap biskut kerana ia akan kembang dengan jayanya nanti.
9. Masukkan dulang yang berisi biskut tersebut ke dalam oven dan bakar 15-20 minit. Tengok pada saiz biskut & oven anda.
10. Setelah masak, biarkan seketika dalam 5 minit dan bolehlah kemudiannya me'ngap' biskut yang sedap, lembut, chewy itu... :)

Happy cooking

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...