Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Chocolate Fondant yang sungguh yummy dan nak lagi


Assalammualaikum...

Gara-gara demam Masterchef Professional Australia kat channel 709 tu dalam rumah saya, akhirnya saya dapat juga membuat kek chocolate fondant @ lava cake yang muncul dalam rancangan tu. Wahhh... sukanya....

Saya dan hubby dah a few weeks dok layan cerita Masterchef ni. Jam 7 malam aje, saya dah dok ubah channel tv. Tapi ulangannya jam 11 malam saya tengok dengan hubby. Kiranya 2 kali sehari saya tengok rancangan ni cuma tang maghrib tu, ada yang tak dapat tengoklah sebab solat dan mengaji.

Masa saya mula-mula makan lava kek ni, hubby beli di domino's. Saya dan hubby pun rasa macam sedap aje time tu cuma jarang beli sebab harganya boleh tahan juga. Dan, bila keluar aje dalam rancangan Masterchef ni, dan bilamana Chef Matthew sudu aje bahagian atas kek tu hingga ke tepi, terserlahlah kemelelehan coklat dari dalam ke luar. Ohhh... saya dan hubby punyalah macam teruja tengok chocolate fondant tu menjadi. Nampak memang macam sedap sangat. So, apalagi, saya pun carilah kat youtube.

Amik kau... banyak rupanya resipi chocolate fondant dalam youtube tu. Pilih sahaja mana yang senang faham atau pilih aje nak rasa macam Gordon Ramsay punya. Janji, apa yang kita buat tu mendatangkan hasil yang diingini.

Saya dan my sister with her friend, buat chocolate fondant @ lava cake ni last Saturday. Bersungguh-sungguhlah mencari bahannya petang tu. Sanggup meredah kesesakan MRR2 tu.

Bila buat, dan bila 1st tray keluar dari oven, three of us, excited. Bila dah sejuk sikit, kami keluarkan yang dari loyang dulu. Sedikit kecewa bila potong sebab dalamnya masak dan tidak mengalir lavanya. Adik saya siap menjerit, "Alah... aku nak lava tu...".

So, bila 2 tray pula keluar, yang kami letak dalam bekas porcelin, dah sejuk aje, saya potong dan apalagi... 'Wahhhh... jadikkkk....," saya menjerit. My sister pun suka. Dan abah saya yang masuk dapur masa tu untuk minum air pun terkejut dek kerana kami menjerit. And, his the first one who taste the chocolate fondant made by his daughters. Dia sukaaa... Kami pun suka...

Her are the chocolate fondant yang yummy tu...

Jom saya kongsikan resipinya. Hopefully anda juga berjaya membuatnya... :)

Bahan-bahan (untuk 4 hidangan):
1. 100gm coklat masakan (apa sahaja brand, tak kisah)
2. 100gm mentega buttercup atau yang sama waktu dengannya.
3. Serbuk koko dalam 1 tin kecil aje
4. 100gm gula kastor
5. 50gm tepung gandum / tepung biasa
6. 2 biji kuning telur (buang putihnya)
7. 2 biji telur
8. 25gm mentega cair (untuk sapu di loyang atau bekas porselin)
9. Gula icing (untuk hiasan)

Penyediaan:
1. Sapukan mentega cair di sekeliling lubang loyang atau bekas porselin. Boleh sapu dengan berus atau tisu.
Ini bekas yang saya gunakan
2. Kemudian taruk sesudu serbuk koko dalam bekas disapu mentega tadi dan ratakan sekelilingnya. Kiranya serbuk koko ini akan melekat di atas mentega tadi. Ia bagi memudahkan kita mengeluarkan kek dari bekasnya bila hendak makan. Lebihan koko yang ada dalam belas tadi, boleh dipindahkan ke bekas yang lain pula (tang pakai loyang tu, saya letak pinggan bawahnya. So, bila tumpah serbuk koko tu, letaklah di lubang selepasnya).
3. Letakkan di dalam peti ais seketika semasa hendak membuat adunan kek.
4. Masak coklat bar dan buttercup dengan menggunakan kaedah double boiling. Kacau sehingga ianya cair dan mesra. Selepas itu, tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit dalam 10 minit.
5. Campurkan kuning telur 2 biji telur lagi dan gula kastor dalam 1 bekas. Pukul sehingga kembang dan gula hancur (saya guna hand mixer ya).
6. Kemudian masukkan tepung gandum pula dan pukul lagi.
7. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam bekas berisi adunan tepung dan telur tadi. Kacau sehingga adunan mesra.
8. Kemudian, masukkan adunan coklat ini ke dalam bekas porselin atau loyang. Masukkan dalam 3/4 dari ketinggian bekas. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 15-20 minit.
9. Panaskan oven ke 190-200 darjah untuk oven besar dan 170-180 untuk oven kecil.
10. Selepas 20 minit, keluarkan adunan dalam peti ais tadi dan masukkan ke dalam oven. Bakar dalam 14-15 minit.
11. Setelah masak, keluarkan dan biarkan ia sejuk dalam 2-3 minit. Setelah sejuk sedikit, gunakan pisau untuk memotong tepi kek agar ia mudah dikeluarkan. Berhati-hati ya.
12. Selepas itu, amik sebiji piring dan letakkan di atas kek dan kemudian terbalikkan piring tersebut. Wallah... Kek pun akan jatuh dengan sendirinya.
13. Untuk hiasan yang simple (seperti yang adik saya buat di gambar bawah), ayakkan gula icing ke atasnya sedikit. Yes! Sudah siap chocolate fondant anda untuk dimakan...
Happy cooking...

Ayam goreng rangup di luar dan lembut di dalam

Assalammualaikum...

Kali ni saya nak kongsika satu resipi yang pastinya majoriti kita menyukainya. Ayam goreng.
Siapa tak pernah makan ayam gorengkan. Cuma adakala kita nak buat seperti di KFC tetapi tak berapa nak jadi.
Alhamdulillah, kerana selalu menonton Food Network Channel & juga Masterchef Australia (lately), saya pun tapi sedar mencubanya ketika kenduri pertunangan adik saya. Oleh kerana orang lain pada masa itu sibuk mengemas rumah dan buat aktiviti lain, saya pun 'menyerah diri' untuk masak makan tengahari (majlis pertunangan adik saya dalam jam 4 petang. Takut mereka yang datang lapar untuk makan tengahari, saya masaklah apa yang patut. Dan... Alhamdulillah... adik-adik saya dan juga anak-anak sedara menyukainya. Sampai my sis pun mintak resipi camne nak masak. Waduh... kiranya ok lah tu bila dah minta resipi :)

Jom cuba. Mana tahu, anda, keluarga dan rakan-rakan sukakannya.

Bahan-bahan:
1. Ayam goreng 1/2 ekor dipotong ikut besar mana anda nak goreng.
2. Tepung goreng ayam / tepung gandun yang dicampur dengan pelbagai jenis rempah seperti paprika, lada hitam, garam sedikit, rempah tandoori, oregano, thyme (semua ni saya beli yang dah siap dibotolkan, jenama Mc Cormik dan yang dalam botol hijau tu)
3. Telur 2-3 biji
4. Garam
5. Serbuk Kunyit
6. Minyak Masak

Penyediaan:
1. Ayam yang telah dibersihkan dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ini bagi memastikan isi ayam nanti ada rasa dan bukannya tasteless. Tapi! Jangan terlebih garam sebab takut masin pula.
2. Perap ayam dalam 2-3 minit aje.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Sediakan 2 mangkuk. 1 untuk meletakkan telur yang sudah dipecah dan satu lagi tepung goreng ayam.
5. Setelah minyak agak panas, ambil ayam yang diperap tadi dan salutkannya denga tepung (salut nipis sahaja). Kemudian salut pula dengan telur dan salut kembali dengan tepung. Kiranya TEPUNG - TELUR - TEPUNG. Kemudian, masukkan ayam ke dalam minyak panas.
6. Goreng sehingga warna keemasan dan apabila sudah masak, toskan ayam agar tidak berminyak sangat.
7. Sediakan piring dan sos dan apalagi, pilihlah mana-mana bahagian ayam yang anda suka... :)

Happy cooking

Sandwich with creamy scrambled eggs

Assalammualaikum...

Pagi tadi, tiba-tiba terasa macam nak makan scrambled eggs dari Chef Heston tu aje. Bila tengok kat youtube, aduhai, sedap dan lembutnya. So, apa lagi, saya pun buatlah tapi ikut bahan2 yang ada di dapur saya aje tak lah 100% ikut dia (but he still give me an idea for cooking).

Bahan-bahan untuk 4 orang makan:
1. 5 biji telur ayam
2. 1/4 cawan susu rendah lemak (saya guna jenama Anchor)
3. 100 gram mentega
4. Garam secukup rasa
5. Lada hitam setengah sudu besar
6. Roti 8 keping
7. 1 biji tomato
8. Kulit ketam (alah yang kita selalu makan yong tau fu tu)
9. Salami ayam
10. Mentega untuk disadur pada roti
11. Sos Cili
12. Lada Sulah



Penyediaan creamy scrambled eggs:
1. Campurkan semua bahan 1-4 tadi di dalam sebiji mangkuk. Kacau perlahan-lahan bahan tadi agar mesra. Macam nak buat telur dadar tu.
2. Tuang adunan tadi ke dalam bekas yang boleh dibuat double-boiling atau kuali kecil. Letakkan bekas atau kuali tadi di atas sebiji periuk yang berisi air mendidih. Kacau perlahan-lahan .
3. Telur ini akan mengambil masa dalam 10-15 minit untuk masak. Sentiasa kacau perlahan-lahan.
Boleh rujuk seperti gambar di bawah ya.


4. Bila kelihatan seperti sudah berketul-ketul sedikit dan kelihatan creamy, bolehlah angkat dan letakkan ke dalam mangkuk. Siap.

Penyediaan sandwich:
1. Celur seketika kulit ketam dan angkat.
2. Sapukan roti dengan mentega dan cili sedikit. Ratakan.
3. Letakkan salami ayam dahulu di atas sekeping roti yang disapu mentega & sos cili dan kemudiannya kulit ketam tadi.
4. Letakkan creamy scrambled eggs di atasnya pula dan taburkan sedikit lada sulah.
5. Letakkan hirisan tomato di atas scrambled eggs tadi dan tuangkan sedikit lagi sos cili. Kapit sekeping lagi roti di atasnya dan tadaaa... dah siap breakfast untuk anda semua...

Happy cooking

Islam di negara bukan Islam...

Assalammualaikum semua.

Pagi ini saya terpanggil untuk kongsikan info yang amat menarik untuk kita semua sempena Maulidur Rasul yang akan menjelma esok.

Kita menyatakan yang kita sayang Baginda s.a.w namun, berapa banyak atau berapa kerap sunnah Baginda s.a.w kita apply? Adakah kita berusaha memperbaiki amalan hidup kita agar mengikut sunnah Baginda? Moga kita semua dapat berusaha memperbaiki diri dan amalan sebelum tibanya waktu kita tidak mampu atau dapat melakukannya lagi... iaitu mati.

Moga perkongsian ini menjadikan kita malu dan berusaha untuk mendapatkan gaya hidup sihat seperti yang disarankan Baginda s.a.w.

Profesor Dr. A. Husni Tanra mengatakan, 'Di Jepun nanti, kamu dapat melihat Islam yang sebenar.' Kenyataannya mengikat penulis kepada ucapan Syeikh Muhammad Abduh ketika berada di tengah-tengah kota Paris dulu, "Aku menyaksikan nilai-nilai Islam tumbuh di negeri bukan Islam namun aku tidak melihat Islam di negeri orang Islam sendiri."

Mengikut pemahaman penulis, gaya hidup orang Jepun adalah mirip dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Orang Jepun yang tipikal memiliki tubuh badan yang ideal. Jarang kita melihat orang Jepun berperut buncit ataupun obes. Orang Jepun seolah-olah memahami ajaran Rasulullah s.a.w iaitu 'Berhenti Makan Sebelum Keyang.'

Nasihat Rasulullah itu menjadi tradisi, khususnya di Okinawa. Pengambilan kalori penduduk Okinawa dikatakan 20% lebih rendah berbanding daerah lain di Jepun. Orang Okinawa mempunyai ungkapan, 'Hara Hachi Bu' yang bermaksud penuhkan perut dengan batasan 8/10 kekenyangan.

Orang Okinawa tidak mengenal istilah hidangan goreng. Makanan mereka dimasak dengan cara rebus, kukus ataupun bakar. Amalan pemakanan segar yang tidak dirosakkan oleh proses masakan ataupun pengawetan menjadi rahsia hidup sihat mereka. Mereka mendapat jumlah asid lemak omega yang mencukupi, vitamin B & C yang tidak rosak akibat teroksida, mamasak atau menyimpan makanan dengan terlalu lama.


Kesegaran & mutu makanan dijaga ketat oleh kerajaan mereka. Tidak ada bayangan ketakutan kimia berlebihan dalam daging ataupun mi, apalagi cerita beras yang dicampur simen putih. Tidak ada makanan yang mendekati tarikh luput dijual. Sayuran dan buahan yang dijual di gerai buah pada pagi hari turun harganya dengan drastik pada malam hari supaya dapat dihabiskan stok.

Orang Jepun berjalan dengan langkah pantas dan bergaya hidup aktif dengan menggantungkan kebahagiaan hidup mereka kepada pekerjaan. Mereka cekal bekerja. Format anatomi mereka, pergelangan tangan yang berurat besar, tangan yang kasar seperti kuliwalaupun wajah wanita mereka licin seperti anak patung.

Gambaran ini mengingatkan penulis pada kisah Rasulullah s.a.w dengan sahabatnya Saad al-Anshari. Saad memperlihatkan tangannya yang melepuh kerana bekerja sebagai tukang penghancur batu.

Rasulullah bertanya, "Wahai Saad, mengapa tangan kamu hitam, kasar & melepuh?" Saad menjawab, "Tangan ini aku gunakan demi mencari nafkah keluarga, ya Rasulullah." Rasulullah lantas mengambil tangan Saad dan menciumnya seraya berkata, "Demi Allah, tangan yang seperti ini tidak pernah tersentuh api neraka."

Penulis pernah bertanya pada Dr Maseke Senami, mengapa di Jepun jarang terdapat penularan wabak penyakit? Dr Maseke berkata, "ini disebabkan oleh tradisi kebersihan peribadi mereka yang sempurna. Sehinggakan seperti anjuran Rasulullah s.a.w, apabila setiap kali mereka habis makan, orang Jepun terus membersihkan gigi mereka. Tidak pernah ternampak sampah berselerakan di tempat umum ataupun di mana sahaja.

Untuk bacaan & info lanjut, anda semua boleh dapatkan buku "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' ataupun google sahaja info yang banyak di internet yang dikongsikan oleh blogger di sana.

Rujukan: Adi Hashman. 2009. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS. Gombak, Selangor.

Donat mudah dari Masterchef Australia Masterclass... Sedapppp...


Assalammualaikum Semua...

Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat buat donat ni. Dah seminggu berangan nak buat. Mana taknya, baru aje baik dari sakit gigi & tampal gigi. Bersabarlah saya menunggu gigi tu baik dari luka. Entah bila terjumpa youtube tentang donat ni tak ingatlah pulak. Tapi bila tengok resipinya & cara membuatnya, eh, mudahlah. Tak payah nak uli or tekap-tekap bagai. Makcik ni memang malas nak fikir susah-susah kalau dah ada benda mudah :)

Bila saya sharekan link youtube ni (Easy Donut Recipe, Masterchef Australia) pada kawan-kawan di FB, dan ada sorang my friend yang dah cuba, apa lagi, dia kata memang lembut sangat donat ni dan sedap. Wah!!! Tercabar makcik melihat gambarnya.... Akhirnya, jeng jeng jeng... berjaya juga buat donat ni. Plus, dah suku buat, tiba-tiba encik hubby menawarkan diri untuk 'piping' inti donat tu. Senang skit kerja makcik... hehehe...

Jom saya kongsikan resipinya dan cara membuatnya (jika ada yang tak dapat buka link youtube di atas, internet slowlah katakan kekadang tu).

Bahan-bahan:
1. 440 gm susu biasa. Suhu bilik (saya guna jenama Anchor)
2. 100 gm mentega
3. 75 gm gula kastor
4. 3 biji telur (jika telur ayam tu kecil, ambil 4 biji ya)
5. 25 gm yis (saya guna jenama mauripan tu, so guna 2 paket kecillah)
6. 600 gm tepung gandum atau tepung serbaguna
7. Jem blueberry / strawberry / kaya atau apa sahaja yang anda suka
8. Piping bag atau plastik bungkus yang anda boleh potong hujungnya.
9. Minyak masak
10. Bunga lavender (ini kalau adalah ya)

Penyediaan:
1. Masukkan susu ke dalam periuk dan panaskannya seketika. Api kecil aje. Masukkan mentega pula. Kacau sehingga mentega cair. Tutup api.
2. Tambah gula dalam adunan tadi kacau sehingga gula sedikit larut. Kemudiannya pecahkan telur dan campur dalam adunan tadi. Kacau sehingga semuanya mesra.
3. Campurkan yis ke dalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga semuanya mesra.
4. Letak tepung gandum pula sedikit demi sedikit dalam bekas adunan cecair tadi dan kacau. Akhir sekali, pukul adunan tepung tersebut sehingga ia kembang. Ia akan kelihatan agak lembik namun itu yang memang dimahukan. Lain sedikit caranya dari buat donut biasa.
5. Tutup adunan tadi dengan plastik dan biarkannya dalam 45-1 jam.
6. Dalam bekas lain, sediakan gula custer untuk digolekkan pada donut. Jika ada bunga lavender, boleh petik untuk mewangikan gula tersebut dan memberi aroma wangi juga pada donut.
7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Ini kerana kita tidak mahu doh donut tersebut hangus dengan pantas bila diletak ke dalamnya.
7. Setelah minyak agak panas, amik doh donat tadi dengan tangan dan kepal-kepalnya sedikit. Selepas itu, keluarkan doh donat di hujung tangan dan dengan pantas tangan kiri anda putuskan doh tersebut dari tangan kanan dan letakkannya ke dalam minyak panas. Buat benda yang sama dalam 5-6 doh.


8. Donat akan mula masak perlahan-lahan dalam 3-4 minit. Setelah masak, tapiskan ia dan letakkan dalam bekas berisi gula tadi. Gaulkannya.
9. Cucuk donat yang sudah bersalut gula tadi dengan pisau dan kemudiannya piping jem (pancut jem) ke dalam donat yang dicucuk sehingga intinya keluar sedikit.
10. Letakkan donat yang sudah siap ke dalam piring. Siap untuk dimakan.

Happy Cooking...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...