Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 30 Januari 2014

Chocolate Fondant yang sungguh yummy dan nak lagi


Assalammualaikum...

Gara-gara demam Masterchef Professional Australia kat channel 709 tu dalam rumah saya, akhirnya saya dapat juga membuat kek chocolate fondant @ lava cake yang muncul dalam rancangan tu. Wahhh... sukanya....

Saya dan hubby dah a few weeks dok layan cerita Masterchef ni. Jam 7 malam aje, saya dah dok ubah channel tv. Tapi ulangannya jam 11 malam saya tengok dengan hubby. Kiranya 2 kali sehari saya tengok rancangan ni cuma tang maghrib tu, ada yang tak dapat tengoklah sebab solat dan mengaji.

Masa saya mula-mula makan lava kek ni, hubby beli di domino's. Saya dan hubby pun rasa macam sedap aje time tu cuma jarang beli sebab harganya boleh tahan juga. Dan, bila keluar aje dalam rancangan Masterchef ni, dan bilamana Chef Matthew sudu aje bahagian atas kek tu hingga ke tepi, terserlahlah kemelelehan coklat dari dalam ke luar. Ohhh... saya dan hubby punyalah macam teruja tengok chocolate fondant tu menjadi. Nampak memang macam sedap sangat. So, apalagi, saya pun carilah kat youtube.

Amik kau... banyak rupanya resipi chocolate fondant dalam youtube tu. Pilih sahaja mana yang senang faham atau pilih aje nak rasa macam Gordon Ramsay punya. Janji, apa yang kita buat tu mendatangkan hasil yang diingini.

Saya dan my sister with her friend, buat chocolate fondant @ lava cake ni last Saturday. Bersungguh-sungguhlah mencari bahannya petang tu. Sanggup meredah kesesakan MRR2 tu.

Bila buat, dan bila 1st tray keluar dari oven, three of us, excited. Bila dah sejuk sikit, kami keluarkan yang dari loyang dulu. Sedikit kecewa bila potong sebab dalamnya masak dan tidak mengalir lavanya. Adik saya siap menjerit, "Alah... aku nak lava tu...".

So, bila 2 tray pula keluar, yang kami letak dalam bekas porcelin, dah sejuk aje, saya potong dan apalagi... 'Wahhhh... jadikkkk....," saya menjerit. My sister pun suka. Dan abah saya yang masuk dapur masa tu untuk minum air pun terkejut dek kerana kami menjerit. And, his the first one who taste the chocolate fondant made by his daughters. Dia sukaaa... Kami pun suka...

Her are the chocolate fondant yang yummy tu...

Jom saya kongsikan resipinya. Hopefully anda juga berjaya membuatnya... :)

Bahan-bahan (untuk 4 hidangan):
1. 100gm coklat masakan (apa sahaja brand, tak kisah)
2. 100gm mentega buttercup atau yang sama waktu dengannya.
3. Serbuk koko dalam 1 tin kecil aje
4. 100gm gula kastor
5. 50gm tepung gandum / tepung biasa
6. 2 biji kuning telur (buang putihnya)
7. 2 biji telur
8. 25gm mentega cair (untuk sapu di loyang atau bekas porselin)
9. Gula icing (untuk hiasan)

Penyediaan:
1. Sapukan mentega cair di sekeliling lubang loyang atau bekas porselin. Boleh sapu dengan berus atau tisu.
Ini bekas yang saya gunakan
2. Kemudian taruk sesudu serbuk koko dalam bekas disapu mentega tadi dan ratakan sekelilingnya. Kiranya serbuk koko ini akan melekat di atas mentega tadi. Ia bagi memudahkan kita mengeluarkan kek dari bekasnya bila hendak makan. Lebihan koko yang ada dalam belas tadi, boleh dipindahkan ke bekas yang lain pula (tang pakai loyang tu, saya letak pinggan bawahnya. So, bila tumpah serbuk koko tu, letaklah di lubang selepasnya).
3. Letakkan di dalam peti ais seketika semasa hendak membuat adunan kek.
4. Masak coklat bar dan buttercup dengan menggunakan kaedah double boiling. Kacau sehingga ianya cair dan mesra. Selepas itu, tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit dalam 10 minit.
5. Campurkan kuning telur 2 biji telur lagi dan gula kastor dalam 1 bekas. Pukul sehingga kembang dan gula hancur (saya guna hand mixer ya).
6. Kemudian masukkan tepung gandum pula dan pukul lagi.
7. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam bekas berisi adunan tepung dan telur tadi. Kacau sehingga adunan mesra.
8. Kemudian, masukkan adunan coklat ini ke dalam bekas porselin atau loyang. Masukkan dalam 3/4 dari ketinggian bekas. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 15-20 minit.
9. Panaskan oven ke 190-200 darjah untuk oven besar dan 170-180 untuk oven kecil.
10. Selepas 20 minit, keluarkan adunan dalam peti ais tadi dan masukkan ke dalam oven. Bakar dalam 14-15 minit.
11. Setelah masak, keluarkan dan biarkan ia sejuk dalam 2-3 minit. Setelah sejuk sedikit, gunakan pisau untuk memotong tepi kek agar ia mudah dikeluarkan. Berhati-hati ya.
12. Selepas itu, amik sebiji piring dan letakkan di atas kek dan kemudian terbalikkan piring tersebut. Wallah... Kek pun akan jatuh dengan sendirinya.
13. Untuk hiasan yang simple (seperti yang adik saya buat di gambar bawah), ayakkan gula icing ke atasnya sedikit. Yes! Sudah siap chocolate fondant anda untuk dimakan...
Happy cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...