Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 21 Julai 2013

Berbekam, akupuntur & yumeiho menyihatkan badan

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, "Penyembuh itu terdapat pada 3 perkara: Berbekam (untuk mengeluarkan darah), minum madu, al-kayy (tuaman dengan besi panas), Aku menegah umatku daripada al-kayy."
(Riwayat al-Bukhari)

Assalammualaikum semua pembaca.

Kali ni saya nak kongsikan satu entri menarik. Dah hampir 3 minggu saya sakit bahagian bahu kiri dan pangkal tengkuk. Rasanya seminggu sebelum puasa. Ingatkan kejap ajelah sakit. Tapi bila dah semakin lama semakin rasa tak selesa dan paling teruk bila nak bangun tidur dan beri salam ke arah kiri. Allahu akbar, hanya Dia yang tahu. 

Entah macam mana, hari Jumaat lepas saya terbaca buku tentang 101 Hadis Pengubatan Rasulullah dan terbaca tentang bab bekam, madu dan merawat dengan tuaman panas. Rasanya Allah nak beri ilham, petangnya bila suami balik, saya maklumkan saya nak cari tempat berbekamlah. Mana tahu sakit bahu saya hilang + dapat juga ikut sunah Rasulullah s.a.w. Ada banyak kelebihan berbekam bila saya baca buku tu. Itu yang buat saya nak cuba (sebenarnya masa habis sekolah dulu pernah berbekam di dahi sebab nak hilangkan jerawat tapi di badan tak pernah lagi). 

Dan pagi semalam, Sabtu, saya saje google tempat rawatan bekam di Nilai. Dan Alhamdulillah ada. Tempat yang saya call pertamanya, Pusat Bekam Nabawi di Nilai Impian, ada buat bekam, akupuntur & yumeiho. Tapi bekamnya hanya untuk lelaki. So, saya carilah yang lain. Dan Alhamdulillah, ada satu di Nilai Perdana. 

Suami hantar saya ke pusat bekam untuk wanita tu dahulu baru dia ke tempat Bekam Nabawi. Masa juru bekam tu bekam saya untuk tempat pertama, di bahagian pangkal tengkuk (boleh lihat di gambar bawah), aduhai, rasanya bila cawan transparent tu melekat kat situ, rasa macam kena cubit kuat sangat. Sampai saya terngaduh sekejaplah. hehehe...


Tapi, bila dah letak di semua badan, rasanya macam ok aje. Cuma keadaan rasa di belakang kulit belakang yang kena bekam tu macam ketat. But still, saya masih boleh berborak dengan juru bekam tu lah. Lebih kurang dalam 10-15 minit, aktiviti berbekam pun selesai. Masa dia tunjuk darah saya yang berbekam tu, hamik kau, darah tu macam kenyal ala2 macam rupa tau fu fa gitu (cuma versi darahlah kan). Yang paling teruk di bahagian pinggang saya. Allahu Akbar. 3 tempat di bahagian pinggang, semuanya sama. Kat tempat lain ok lagi. Juru bekam tu kata yang saya dah mula ada masalah kolestrol, angin, buah pinggang. Yang lain ok lagi. Perasaan saya masa tu ada rasa lega campur rasa nervous. Ish, bagaimana ni? Apa nak kena buat ya. Tapi saya fikir, insyaAllah, mesti ada cara nak ubati sebab dia baru nak start sakit. Nasib tahu lebih awal.

Kelebihan bekam ni yang saya rasa, selepas bangun tidur untuk solat asar, bahagian badan ada rasa macam lega dan ringan sikit. Tapi tak tahulah bagaimana dengan keadaan dalam badan. Harap2nya semakin baik . 
Tapi, yang kurang enaknya, tengkuk saya dan bahu still sakit. Dan oleh kerana hubby saya cuti hujung minggu, saya minta dia whatsapp tempat dia bekam tadi. Sebab juru bekam lelaki tu boleh buat akupuntur dan urut sikit di bahagian bahu (bukan apa, dia tak berapa selesa buat untuk perempuan). Alhamdulillah dia kata ok bila hubby saya minta tolong. 

Kami pun pergi ke tempatnya pagi tadi. Dia check tapak tangan saya dulu. Bukan tilik nasib tau tapi tilik tahap kesihatan kita melalui tapak tangan. Bila dia buat begitu, saya terfikir tentang apa yg Nabi minta bakal ibu bapa mertua dan lelaki lihat muka dan tapak tangan seorang wanita sebelum berkahwin. Rupanya ada ilmu di situ yang kita tidak tahu. Meh tengok kat gambar bawah. Mungkin kita boleh check sikit untuk diri sendiri. 


Bila juru bekam tu check tangan saya, nak mula kata masalah dalaman badan saya. Saya tekanan darah rendah. Saya angguk. Memang dah lama kena sejak dari belajar dulu cuma tak stabil. Dia kata saya ada masalah kolestrol dan angin. Saya angguk. Sama macam juru bekam perempuan tu kata semalam. Dan yg dia sebut selepas tu, memang saya terkejut dan tak tahu. Dia kata saya ada masalah tulang belakang dan masalah buah pinggang dan juga hempedu. Tapi still masih peringkat awal. Hamik kau. Saya dah pandang hubby. Dia pun diam aje. Tak tau nak kata apa. Dia pun kata saya kurang minum air maka buah pinggang dan hempedu serta darah dalam badan, tak dapat nak beroperasi dengan betul. Masalah buang air besar pun akan bermasalah bilamana air kurang dalam badan. Dia calculate tinggi dan berat badan saya. So, dia sarankan saya minum paling kurang 3 liter air. 3 LITER AIR tu. Bukan sikit. Banyak tu....

Dia kata, biar kita buang air banyak sebab melalui air kencing tulah segala macam toksik keluar. Lepas dia dah diagnos tangan saya, dia diagnos mata pula. Dan sekali lagi, melalui mata itu, dia tahu masalah saya lagi. Weh... banyaknya hidden disease makcik... No wonderlah agaknya saya ada rasa tak selesa dengan badan dan saya masih belum dikurniakan zuriat. Allah tahu badan saya tak mampu tampung lagi.

Lepas tu, saya buat akupuntur untuk legakan urat tengkuk dan bahu yang sakit. Yang kelakarnya, bila juru bekam tu main dengan jarum akupuntur setiap 10 minit, saya dah mula menyeringai sebab kebas dan sakit sikit di tempat tertentu yang dicucuk. Settle akupuntur, saya buat yumeiho. Yumeiho ni adalah salah satu cara urutan orang Jepun. ianya sudah banyak dipraktikkan di kebanyakan negara. Tapi di Malaysia masih tidak meluas lagi kerana orang kita masih suka urut tradisional. Maka, di sinilah ada beberapa tulang makcik bila disentap, berdetup bunyinya. But, at the end, wahhhhh... badan rasa lega... Rasa semua sendi yang dulu ketat macam longgar sikit. :) Encik juru bekam ni buat pun sebab pertamannya dia kesian kat saya yang sakit dan yang keduanya, suami saya ada. Kalau tidak, dia takkan buat punya.

Inilah Yumeiho. Ini masa mula-mula dia nak buat. Sakit jugalah dia picit tengkuk dan bahu tu 

So, jika ada yang berminat, boleh lawat Facebook under Bekam Nabawi. Boleh tengok gambar untuk aktiviti bekam, akupuntur dan yumeihonya dan boleh hubungi Encik Hafiz ini sendiri. Ataupun whatsapp dia. Line phone dia kadang2 susah nak dapat line.

Moga anda sihat-sihat selalu... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...