Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 25 Disember 2012

Resipi kacang berempah...


Assalammualaikum semua...
Kali ni saya nak kongsi resipi baru yang di'ngetest'.
Resipi ni saya dapat dalam buku masakan "Great Taste: Fingerfood" yang saya dok beli kat pesta buku Big Bad Wolf. Macam2 resipi simple ada dalam ni. Tu yang dok beli. :)

Bahan-bahan:
1. 500gram campuran kacang. Boleh campur pelbagai kacang seperti badam, macadamia, walnut, almonds, cashew nuts etc.)
2. 1 biji putih telur
3. 2 sudu serbuk kari
4. 1 sudu serbuk jintan putih.
5. 1 sudu kecil garam halus

Caranya:
1. Panaskan oven pada 150 celsius. Taburkan kacang dalam dulang dan panggang kacang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kacang tersebut dan sejukkan ia sebentar.
2. Pukul telur putih sehingga berfros. Kemudian campurkan kacang tadi, serbuk kari, serbuk jintan putih & garam. Gaulkan semua bahan hingga mesra dan panggang balik dalam oven selama 10-15 minit.
3. Selepas masak, sejukkan sebentar dan kemudian bolehlah dimakan... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...